Sweetnya 150 juta

Sambil saya bermanja-manja di meja sambil buat kerja sekolah malam ni, seronok rasanya dihiburkan dengan lagu 150 juta kali. Walaupun dendangan nyanyian Naim atau bebelan Nazif sudah semestinya hiburan yang paling seronok bagi saya, namun sekali sekala menjamu telinga dan jiwa dengan lagu-lagu, pun ok juga.

Bukan apa, rasa liriknya sweet sangat.. Lagi-lagi bahagian yang

Dia mungkin bengis seperti singa tapi dia nangis tonton cerita Korea,
Dia mungkin keras bila bersuara tapi dia jelas jujur adanya.....

Give and take, paling penting dalam perhubungan, korang pun tahu. Prinsip ni boleh kita guna pakai dalam semua jenis perhubungan, bukan dengan kekasih je, semua orang tak terkecuali. Jangan asyik nak nampak yang bahagian buruknya aja, sekali sekali fikir juga bahagian baik yang ada padanya. Semestinya kita ni makhluk yang tidak sempurna, pasti akan melakukan kesilapan. Tegur menegur secara sopan lebih baik daripada kita fitnah dan bergaduh sesama kita...

fikir 150 juta kali sebelum buat sesuatu perkara, ye? Ini tidak, tak fikir langsung......aiiii

Comments

  1. Macam menarik je lirik lagu tu... I rasa I belum pernah dgr kot..

    Betul tu Aisy, kita bukan manusia yg sempurna. Kdg yg di luar nampak baran, rupa2nya hatinya lembut.. Yg nampak lembut, rupanya kepala batu... hehe.

    "Kdg yg disangka kwn rupanya musuh, kdg yg disangka musuh rupanya kwn"... lahaiii.. donia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, try dengar di youtube ye. Sekali sekala layan lagu ni, best tau....

      Ai donia......kan?

      Delete
  2. Setuju Aisy... kena gunakan akal yg Allah dah bagi ini sebaik-baiknya utk berfikir..

    ReplyDelete
  3. Ainan tasneem? Sedap lagunya. Penyanyi pun comel

    ReplyDelete
  4. Emmm..... tak kuasa nak fikir sampai 150 juta kali...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1