Kicapmu kicap ku jua

Kalau bab makan kicap, Naim ni memang anak mama. Samalah kita kan, Naim? Naim pun suka makan kicap kipas udang manis yang warna merah tu. Sedap, kan? E, sangat sedap....

Mula-mula kahwin dulu, saya selalu berbalah pasal kicap ni. Suami suka kicap tamin. Dia boleh gelakkan saya sebab tambah kicap kipas udang manis ke dalam nasi. Kurang asam tul, dia cakap macam budak-budak sebab saya suka kicap manis.. Amboi. sedap je ye. Saya pun apa lagi, saya cakaplah balik, "kicap cap tamin tu kicap orang lama lah. Kat kampong ayang, kami makan kicap tu dulu-dulu je, sekarang dah tak,"..

Haha, lucu bila dikenangkan.. Mujur Naim ikut saya. Jadi, nak tak nak kalau dalam senarai beli belah tu papanya akan tak tinggal beli kicap manis cap kipas udang sebab dia tahu anaknya suka. Kalau dulu, dia belikan kicap yang dia suka je... Naim ni kalau nak makan, mudah je. Ada kalanya, saya lembutkan yee mee dengan lobak merah, lepas tu yee mee tu gaulkan je dengan kicap manis. Habis semangkuk dia makan...

Comments

  1. kamipun suka guna jenama ni tp harganya makin mahal le..

    ReplyDelete
  2. paling suka makan telur goreng & kicap. sedapnya..

    ReplyDelete
  3. kicap mmg wajib ada,...tapi akak tak menggalakkan sangat anak makan kicap....

    ReplyDelete
  4. Hahahaha.... kar rumah pun ada 2 jenis kicap. Masin dan manis. Tapi, kami yg mkn. Adam x mkn kicap. Pelikkan? Org kata budak suka kicap. Tp, kalau mknn letak kicap, adam x mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam tak suka warnanya hitam kot...

      Delete
  5. Boleh sama pulak kicap kita Aisy. Kakak pun guna kipas udang yg merah sebab manis. Kalau guna utk ayam masak kicap ke daging masak kicap memeng sedap. Kalau goreng-goreng dgn ikan bilis+bawang+cili pun kakak suka Aisy.

    ReplyDelete
  6. kicap mesti ada kat rumah..anak2 suka makan nasi panas campur kicap

    ReplyDelete
  7. Eh sama!. Kami pun mkn kicap kipas udang manis yg merah tu.
    Kicap masin mmg tak suka.

    ReplyDelete
  8. my hubby mmg tak lepas dengan kicap.. makan apa jer, kena letak kicap... masak la sedap mana pun, wajib juga tambah kicap.. hihihi, mula2 kecik hati juga.... tapi lepas tu dah biasa... skrang ni Danish pula macam tu, semua makanan kena letak kicap... makan spagheti tak perlu buat kuah, letak kicap pun dah cukup... hihihi, nasib baik kat sini senang nak beli kicap :)

    ReplyDelete
  9. Kicap itu penting. Kat sini saya masih belum jumpa kicap yg menawan hati. Ada pun just buat syarat jer hihi.

    ReplyDelete
  10. mcm en.azmi pun suka kicap manis ni,akak ikut aje,sebab bila buat sambal kicap akak taruk garam dgn cili jd xde la rasa manisnya tu hehehe

    ReplyDelete
  11. Kicap kipas udang merahlah yg menjadi pujaan hati ku hehe....okje tak makan kicap masin tu AN...sebab yg merah tu dah secukup rasa!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts