Marilah mari pergi kenduri

Sebelum balik ke Temoh hari tu Papa Naim janji, "lepas abang mengundi kita terus balik rumah (rumah kami)". Tapi, akhirnya apa yang jadi... Akhirnya janji dicapati!!!

Memang hampeh.. Beriya saya bersiap dari pagi, sebab dalam hati dah rancang, kalau balik awal nak singgah di Ikea atau Sunway Pyramid, nak jalan-jalan kot ada nak terbeli apa-apa. Bertomoih dengan Naim dan Nazif berkali-kali pun, papanya buat relax je.. Lama-lama, fahamlah daku, orang tu nak balik lewat...Walaupun dalam hati keciwa, namun saya maintain, relax je. Sudah ku tahu begini akhirnya..

Sudahnya pukul 1 tengah hari tu, MIL arahkan saya, Papa Naim, kakak Papa Naim dan bonda sendiri pergi kenduri kahwin anak jiran. Naim pun ikut, cuma Nazif je dijaga oleh Atuk dan Uncle Intan Payung sebab waktu tu cuaca panas terik.

Dekat bebenar tempatnya, belakang rumah MIL je kenduri ni. Meriah betul. Kenduri tiga hari tiga malam tu.. Sungguh tak percaya pada mulanya, zaman sekarang ni, tambahan lagi dengan musim PRU ni, ada orang buat kenduri 3 hari 3 malam..Patutla sepanjang kami kat kampung, bunyi muzik dan kemeriahan tak pernah sunyi.

Keluarga kedua dua pengantin ni keturunan Bengali, jadi majlis pun buat ala-ala Bollywood gitu. Pengantinnya bersanding pakai baju macam cerita Shah Rukh Khan, meletop..sayangnya gambar amik jauh, ramai tetamu tu, ingat senang nak pergi dekat?


Yang saya paling tak sangka tu, masa jamuan makan tu, nyanyian lagu Bollywood dinyanyikan secara live. Masa makan tu, kami tak perasan lagi sebab tetamu yang ramai sangat, nak dapatkan tempat duduk pun bukan senang, apatah lagi nak tengok kiri kanan. Sesambil makan tu, seronoklah kami, dihiburkan dengan lagu popular Dilhamdul jayenge.
Brother ni nyanyi macam penyanyi asal, serius.......

Majlis macam tu meriah sampaikan kambing 15 ekor, dah habis walaupun baru pukul 2, budak kecil ni apa kisah. Lauk kenduri ada macam-macam, dia makan acar timun je. Yang lagi menariknya, dia datang kenduri bawak lampu suluh dan dua kereta mainan, hahaha, Naim Naim. Tak kisah dia suasana riuh rendah, selamba je main kereta kat atas meja makan. Waktu nak balik, dapat satu kon ais krim pun dia dah gembira sakan.

Comments

  1. assalam AN.15 ekor kambing?.banyaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, betul acik..kambing ada, lembu lagi, ayam lagi... tu baru satu mjls.. yg majlis lain sejak dua hari lalu pun tak kurang meriah

      Delete
  2. Kalau suami mila lmbt2kn nk blik umh parents trus mila buat muka,hehe..15ekor kmbing? Gempak tu kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, akak dulu pun sama, sejak dh dua anak ni, malas dah nak bikin kecoh. lg pun kalau balik kg akak sama juga..sedara diorang ni ada yg bukan Islam, rasanya sebab tu byk kambing disediakan...

      Delete
  3. wah mesti bingit kan ..

    psst memang kenangan tu tak dpt lupa... mesti nangis kalau teringat arwah.. baru2 nie nak beli seluar org kedai tue boleh ckp mengandung pun boleh pakai seluar nyer elastik ..owh tidak.. sedih pun ada dok dengar :( buncit dikata ngandung

    ReplyDelete
  4. mak aih..banyaknya kambing..klu makan sikit sedapla..pastu,2 in 1 le ni..mengundi dan kenduri..ok hape..

    ReplyDelete
  5. ada berbaur unsur politik gak ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Mana ada .. Kebetulan je..

      Delete
  6. tengok style brader tu nyanyi pun nmpk gempak dah. hehe

    ReplyDelete
  7. Naim apa kisah janji perut kenyang senang hati. Apa lagi ada mainan bawa dari rumah bollywood ke apa ke dia pun tak faham.

    Jarang dah sekarang org nak buat kenduri 3 hari 3 malam Asiy. Ini mesti org kaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, betul kan kak? Budak2 ni senang je, orang lain apa dia kisah..

      Kenduri anak tauke ayam dan daging ni kak..

      Delete
    2. meriahnya Aisy..3 hari 3 mlm..kambing pn sampai 15 ekor..

      Naim buat anty gelak lah.Naim nak suluh apa kat kenduri tu hehehe

      Delete
  8. wow... memang menarik... habis ribu ribanni...
    tapi yerkler kalau ada orang nak mengelolanyer oklerkan...
    sayang tak amek gambar pengantin..

    ReplyDelete
  9. wah seronoknya.... emm.. tak lama lg rumah deno pun ada kenduri kawen :)

    ReplyDelete
  10. yee cuti2 nie ada aje kenduri kan
    yelah mengambil kesempatan pada pilihanraya nie ;)

    ReplyDelete
  11. Wowww!! 15 ekoq kambing tu.. Memang meriah :D

    ReplyDelete
  12. singgah sini :)
    beruntungnya pengantin tu.. kenduri meriah wlaupun time PRU

    ReplyDelete
  13. Hehehe... Aisy, sememangnya nak grrrr.... je bila janji dicapati, tapi pasti ada hikmahnya. Skrg ni style I, tunggu dia call dulu baru siap2... selalunya mmg dia akan call dulu sebelum sampai rumah and ckp "I on de way ni, siap2 skrg".

    ReplyDelete
  14. hahah..tak menahan naim bawa lampu suluh g kenduri tuu..hihi nak suluh apa gamaknya

    ReplyDelete
  15. ain..15 ekor kambing?? humang aihhhh banyaknyaaaa ...seronok kalau kenduri kendara n....adeh naim nih kelakar la siap bawak lampu suluh pi umah kenduri..x malam lagi yang oiii..hehe

    ReplyDelete
  16. best juga dapat pegi kenduri yg mcm ni..meriah la dgn lagu hindustan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts