Posts

Kisah anak bongsu free diapers

Image
 Al kisah anak yang bongsu, rasanya itu sebab utama kenapa kami mula lambat usaha nak free diapers kan si adik ni. Masa abang- abangnya dulu, di usia 3 tahun dah mula ajar ke tandas sebab nak menyediakan diorang masuk ke tadika bila dah umur 4 tahun. Itu pun dah rasanya saya dah lambat mula sebab ada di kalangan anak kawan-kawan saya yang sejak dari awal dah pun free diapers. Macam-macam la alasan kami untuk mula lambat, konon xde pengalaman, konon jugak malas melayan anak kencing berak merata, susah kalau keluar, dan banyakla alasan lain. Al kisahnya pada awal bulan haritu, masa saya tengah berbual telefon dengan mak di kampung. Mak saya yang tanya, “ Eh bila nak free diapers kan si adik tu? Cakapnya dah pandai sangat tu, mitakla dia bagitahu kalau nak kencing berak”. Saya pun pada masa tu, macam tetiba tersedar dari mimpi. “Eh ye jugak, nape aku tak mula ajar si kecik ni, dah 4 tahun 4 bulan ni.. Bulan september nanti dia genap 5 tahun. Lambat sangat dah ni.” Kelakar kan? Tak ter...

Cukup bersediakah kita nak tempuh 2021?

Image
 Tak lama dah nak habis 2020 ni. Macam tak percaya pulak dah nak berakhir tahun 2020 yang ditunggu-tunggu sejak dari zaman sekolah lagi. Eh, macam salah pulak rasanya tajuk tu, patutnya tajuk entry ni saya tanyakan diri sendiri dah bersedia ke tak nak tempuh tahun yang bakal penuh cabaran, 2021?Orang lain bukannya tolong kita selesai masalah kita 100% kan? Kita lah juga yang nanti ada stress, ada up and down, ada suka ria dan ada jugak menangis sorang- sorang. Ah, tak kisahla apa-apa pun sebabnya selagi bernyawa, memang hidup pasti penuh dugaan dan halangan, kan? Wah bermadah pujangga kat situ. Kalau kena masa yang bermasalah tu, dengan serabutnya, dengan sedihnya mulalah stress tak pasal. Masa tu dah tak ingat dah kata-kata motivasi ni semua.  Tadi diari 2021 yang saya beli dah sampai. Wah, terharu sangat tengok diari ni. Elok sangat kejadiannya. Tak sangka diari sekarang lawa sangat. Rasanya dah lama sangat saya tak ada planner atau diari. Ada dapat planner hadiah daripada s...

Early birthday celebration

Image
 Assalamualaikum semua. Penulisan kali ni bersempena sambutan hari jadi si bongsu kesayangan kami. Dah 4 tahun 2020 ni, patut dah banyak sangat perkembangan si dia ni. Dah faham sangat apa yang berlaku. Kejap je rasanya anak-anak membesar. Haha, ya kan? dah boleh suruh banyak perkara dah sekarang si budak comel ni. Walaupun masa usia diorang setahun dua tu rasa letih penat dan lain-lain, sampai rasa jadi mak lampir kadang-kadang tapi bila masa dah berlalu ni  semuanya okje. Dah tak rasa apa dah. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah dah berikan ini. Alhamdulillah juga tahun 2020 ini walaupun dunia diancam penyakit bahaya, famili kami bebas dari hospital. Alhamdulillah. hikmah daripada kurang keluar jika tak perlu, pakai pelitup muka dan pembasmi kuman ni. Jika diimbas balik pengalaman membesarkan anak-anak setakat ni, hampir setiap tahun ada je kes yang kena warded. Kes sawanlah, demam tinggilah, ezema lah, lung infectionlah dan lain-lain. Terutamanya si birthday boy ni, 3 kali...

Resepi keluarga dan bendi hasil tanam masa pkp

Image
 Assalamualaikum semua. Siang tadi sikit kami makan tengah hari harini. Hihi, bukan lambat sikit kalau dah makan pada pukul 4.15 petang ni. Al kisahnya tadi kami dah makan kek. Jadi taklah terasa sangat menunggu siap masak untuk makan berat ni. Ternampak di instagram gambar kek ni, lalu  terorder la pulak sebab yang jual tu melayan kami nak ambil kek di tepi tol. Jauh ni belinya dari Rawang. Tapi alhamdulillah sedap keknya ni. Alang- alang kami dari Tapah tadi jadi taklah jauh pun, sehala je masa singgah tadi.  Memang nampak sedap keknya kan? Rasanya pun sedap, alhamdulillah. Ok, kembali ke kisah bendi yang ditanam semasa PKP haritu. Rasanya lama sangat dah tanam tapi alhamdulillah dua minggu lepas pokok bendi tu mula menunjukkan hasilnya. Walaupun buahnya keluar sebiji-sebiji, perasaan teruja tu sentiasa ada. Sebelum keluar kerja, jenguk pokok bendi dulu sambil kira buahnya. Masa balik kerja pun sama, mesti tengok pokok bendi dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. Kali ni ...

It’s okay not to be okay

Image
 Assalamualaikum semua. Kesibukan semasa selalu melekakan kita, kan? Ada masanya saya cuma berharap setiap hari berakhir dengan kerja siap mengikut masanya. Cuba tak buat diri sendiri stress sebenarnya. Tapi ada masanya banyak benda yang akhirnya kita abaikan. Tak sedar pun kita abaikan benda tu sehingga diduga tentang perkara tersebut. MasyaAllah. RahmatMu sememangnya sangat besar dan tak terfikir oleh hambaMu ini.  Terima kasih Allah. Sesungguhnya dugaan ini walaupun cuma separuh hari, dah menyeksa hambaMu ini dan menginsafkan hambaMu ini sesungguhnya.  Meh sambung kisah ni, asalnya semalam saya nak tulis macam tu je, konon biarlah rahsia. Tapi sekarang ni terasa nak menulis panjang sikit jadi kita tulis jelah. Kisah dugaan di atas tu sebenarnya taklah besar mana bila kenang sekarang. TAPI, semalam petang sehingga lewat malam tu terasa macam dunia nak terbalik dah. Laptop yang digunakan buat kerja sehari-hari ni secara tiba-tiba tak boleh masuk windows. Kemudian, bila s...

Pengalaman ada anak speech delay

Image
Assalamualaikum semua. Saya kembali menulis di sini, catatan pengalaman membesarkan anak, semoga di saat tua nanti kalau terbaca semula kisah ini, dapat diimbas pengalaman yang pernah dilalui dengan anak-anak. Mungkin juga dapat memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada ibu bapa lain yang mengalami masalah yang sama. Pengalaman saya mengajar murid sekolah menengah selama 13 tahun ni, tidak terkecuali terjumpa dengan murid yang ada masalah pembelajaran. Lagi-lagi semasa saya masih bertugas di sesi petang, saya ni setiap tahun 'diberi peluang' mengajar kelas hujung. Jadi sudah pasti sentiasa berhadapan dengan murid yang bermasalah. Pelbagai masalah yang saya pernah jumpa. Walaupun lokasi sekolah saya ni di bandar, namun saya pernah ada anak murid bermasalah yang mempunyai ibu bapa berprofile tinggi. Jadi, saya menganggap masalah anak-anak ini sebagai satu dugaan yang 'ibu bapa  terpilih' ini perlu hadapi. Sebagaimana seorang guru tidak boleh memilih kelas yang ingin ...

Sejak PKP banyak perkara dah lain ke?

Image
Hai semua, jom saya nak kongsikan kisah hari ini. Tak tahulah nak kategorikan lucu ke, sedih ke atau maybe gabungan kedua-dua tu. Layankan ajelah ya korang. Al kisahnya tengah hari tadi, anak minta nak makan kimbab. Jadi tak payah masak, semua beli je, kata si bapaknya. Jadi apa lagi, mother happylah kan? Semestinya la kalau dapat cuti masak dan kemas sangat happy. Lagipun sejak PKP   ni tak pernah lagi beli makanan korea, jadi tiga bulan tak merasa taste korea. Jadi mother pun pesanlah sekali apa yang dia terasa nak makan. Apa yang terjadi tadi, si bapak pergilah beli makanan kat mall. Tapau dan bawak balik, musim ni mana boleh makan kat kedai kan. Masa bapak order , bapak call si mother dan dia tanya , “ Mama nak order bulgogi kan? Nak ala carte atau set?” . So mother pun jawablah , “ Ala carte jelah”.  Kemudian bapak sambung lagi, “Betul ke ala carte, kalau ala carte tak ada nasi! “ “Eh, pelik betul ni, order sambil tengok menu tak tu? “ tanya lagi si mother. Tak puas h...