Membeli kenangan manis

 Assalamualaikum semua..Apa khabar semua? Saya doakan semoga semua yang membaca entry ni berada dalam keadaan baik-baik sahaja.. sesungguhnya semakin merisaukan keadaan di Malaysia ni. Dengan kes Covid masih lagi tinggi,  varian Delta Plus dah sememangnya terasa bahangnya di mana-mana. Agaknya selepas dua minggu apalah angka nanti? Memandangkan di beberapa buah negeri dah diberi kelonggaran tu. Semoga semua orang tetap  menjaga SOP walau di mana korang berada. Benda bukan main-main ni. Boleh bawa maut .Sedih betul mendengar kes-kes kematian berkaitan covid ni. Lebih-lebih lagi bila mengetahui anak-anak murid sendiri yang sememangnya rapat yang kehilangan ibu bapa kerana Covid.. jahatnya penyakit ni.. Macam manalah anak-anak ni nak menghadapi hari hari seterusnya. 


Jangan lupa baca doa ni sentiasa ya. Moga Allah lindungi keluarga kita dan kenalan kita daripada bahaya Covid. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Melindungi. 


Bercakap tentang risau bahaya covid ni, kalau terasa bosan di rumah atau ada hari yang tertekan tu, kita tengoklah gambar-gambar lama, telefon orang yang kita sayang atau tontonlah cerita-cerita menarik yang ada. Jangan mengeluh atau melatah. Lebih baik kebosanan dalam sihat, berbanding gembira sekejap kemudian sengsara, tah-tah maut terus.. Menyesal tak guna nanti.

Rezeki yang tak sangka. Di saat merindu saat-saat dapat jumpa ahli keluarga, merindu juga suasana luar, saya ternampak di instagram ada orang menjual epal strudle ni. apa lagi, terus order .. Alhamdulillah dapat beli. Saya namakan ni makanan membeli kenangan manis. Ikhlasnya saya tak  tahu epal strudle ni sama tak rasanya dengan pastri sama nama yang saya beli di Perth. Namun, sebab rasa benda ni suatu masa dulu pernah makan sambil gembira dapat jalan anak beranak, tetap rasa happy makan pastry yang rangup luar dan lembut di dalam ni. Rasanya pun sedap bila gabungan manis dan sedikit masam epal tu. 

Rupanya bila dipotong.

Rupa asal, sama macam yang dijual di Perth.



Semasa saya masukkan ke IGS pagi tadi, ramai yang komen "rajinnya masak". haha, korang ni, serkap jarang pun agak-agaklah. Benda ni rasanya tak rajin saya nak belajar cara membuatnya. maybe sebab saya tak gemar sangat makanan manis banyak-banyak, konon takut gemuk walau tak kurus mana pun. Namanya pun kenangan manis kan... manis dikenang kegembiraan lalu. Eh, tak juga macam tu, kenapa saya belajar dan dah banyak kali buat phad thai, yang saya rasa makanan paling sedap masa saya melawat ke Bangkok dan Krabi? haha, entahla... maybe sebab saya tak mahir membuat makanan jenis pemanis mulut ni kot. 

Ok lah jumpa lagi.. jaga kesihatan semua ya..

Comments

  1. Kenangan manis, jangan terlalu manis
    takut ada kesan jangka panjang

    ReplyDelete
  2. tak dapat nak ke oversea, kita bawa oversea ke rumah. yang penting happy

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?