Semoga dipermudahkan urusan calon-calon SPM 2020

 Akhirnya esok 22/2/2021 , sampailah masa untuk anak-anak SPM 2020 ni menduduki peperiksaan SPM. Calon istimewa dalam sejarah ni, umur 18 tahun menduduki SPM dengan pelbagai halangan mendatang sepanjang tahun 2020. Semoga anak-anak ini dipermudahkan urusan menduduki peperiksaan, diberi kesihatan yang baik serta mendapat keputusan yang cemerlang semuanya..

Jadi, nak ingatkan semua calon, jangan datang lewat ke sekolah, memandangkan kena semak suhu dan urusan itu ini, jadi datang awal dapat elakkan huru-hara. Murid boleh datang seawal 7 pagi dan boleh terus masuk ke Dewan atau bilik peperiksaan masing-masing, nanti lapang fikiran untuk menjawab..

Cikgu pun tak senang duduk ni. Semoga kat dalam dewan tu nanti, semua murid ni dapat menjawab dengan baiklah. Pembelajaran atas talian, peperiksaan bertulis dan semakan pun secara online... istimewa betul kali ni... Sila buat yang terbaik semua, doa cikgu dan ibu bapa sentiasa yang terbaik buat korang.


Comments

  1. Oo ye la kan.. SPM tahun ni special sikit, 18 thn.
    Moga dipermudahkan semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, kita doakan semoga semua murid SPM tahun ni mendapat keputusan yang cemerlang..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1