Kasihnya ibu bapa tak tertanding

 Hujung bulan lepas saya mendapat seorang anak saudara lelaki. Alhamdulillah adik saya dan isteri dikurniakan bayi sulung dua bulan sebelum mereka sambut anniversary ketiga. Comel sangat bayi tu, Adam nama diberi oleh ibunya. Kiranya cucu yang ini lahir selepas ketiadaan arwah ayah. 16 orang cucu lain lahir awal maka sempat didodoi oleh arwah Atuk diorang yang sememangnya sangat sukakan budak-budak. Al fatihah untuk arwah ayah..


Pada hari baby Adam balik ke rumah, saya membuat panggilan ke kampung, nak bertanya khabar. Orang baru tu pada masa tu, tidur je. Pada masa tu sempat mak saya berlawak , " Baik baby ni, tak nangis langsung, tak macam Naim dulu". Haha, sempat neneknya buat perbandingan dengan cucunya yang lahir 11 tahun lalu.. anak saya la tu yang dimaksudkan suka menangis tu.. Tapi saya  tak marah pun, memang yang seorang tu jenis kuat nangis. Semua orang pada masa tu mengaitkan anak sama perangai dengan mamanya(sayalah tu) yang masa kecil juga sangat suka menangis.. Sekali lagi hiba hati saya mengingatkan kisah lalu. Teringat kisah lalu, yang sentiasa disebut-sebut di kalangan ahli keluarga kami. Antara enam beradik, sayalah juara menangis dari bayi sampai usia setahun lebih. Pada waktu malam, pasti arwah ayah akan mendodoikan saya dengan zikir-zikir dan bacaan ayat suci Al Quran berkali-kali. Jiran kami, salah seorang yang bernama Abang Fauzi yang saya jumpa lima tahun lalu setelah sekian lama tak berjumpa pernah berkata, " La, budak yang suka nangis malam ni dah besar pun, dah ada dua orang anak ya?". mengikut kata Abang Fauzi ni pada masa dia belajar untuk persediaan ke luar negara, dia selalu berjaga malam apabila terdengar suara tangisan saya dan suara arwah ayah mengaji Al Quran untuk mendodoikan saya. Maklumlah di kala sunyi malam, memang mudah dengar bunyi walaupun dari rumah orang lain. 

Orang lain beranak, saya  pulak yang sedih dan gembira kan.. yalah, hal-hal macam ni, bukan kita ingat sentiasa, tapi bila ada kes macam ni baru imbas kembali kenangan lama yang buat hati sedih dan rindu kepada arwah ayah..

Bercakap tentang baby Adam ni, Adam juga lahir di hospital yang sama dengan Naim. Maklumla anak sulung, jadi saya balik kampung pada masa tu untuk bersalin. Mak saya sihat lagi pada masa tu, memang dapat berjaga malam menjaga cucu yang suka menangis tu.. Dengan kelahiran Adam ni juga, saya mendapat tahu satu perkara selepas hampir 11 tahun tak pernah mak saya ceritakan. Dalam masa hampir sebulan saya dan Naim di hospital pada tahun 2010 tu, yang bergilir-gilir menemankan saya ialah mak dan kakak saya. Tapi yang paling kerap ialah mak saya. Saya langsung tak tahu pada masa mak saya menemankan saya di hospital 11 tahun yang lalu tu, mak saya pernah berjalan kaki ke kawasan surau di luar kawasan hospital yang jaraknya lebih kurang 400m. Sebab luka pembedahan ceaserian saya pada masa tu bermasalah, memang lama saya dan Naim berada di hospital. Jauh tu 400m kalau berjalan kaki, sedangkan dah lebih dua tahun kebelakangan ini mak saya berkerusi roda kerana kakinya dah semakin tak kuat. Kalau tanpa kerusi roda, mak hanya boleh bergerak mungkin beberapa langkah je. Kasihnya ibu kan? bila anak dan cucunya tak sihat, sanggup bersusah payah padahal pada masa tu seingat saya mak saya memang dah mula sakit kaki kerana gaot, dan dah mula solat di kerusi sejak zaman saya di universiti lagi. Boleh mak berjalan kaki sejauh tu pada masa tu......semoga Naim baca ni, tolong terharu jugak ya.. nenek kamu dah banyak bersusah untuk kamu...



Comments

  1. Taggungjawab kita sebagai anak untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka sama ada mereka masih ada atau sudah dijemput illahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah ... moga jadi anak yg soleh dan solehah sentiasa

      Delete
  2. Bila ingat pengorbanan ibu kita.. memang boleh menitis air mata. Moga Syurga buat mereka.. kan Aisy?. Aamiin..
    Anak ai pun jenis penangisan, walaupun mamanya tak (agknya..sbb mak tak pernah crita.. hihi). Bila pikir balik bersyukur.. mungkin Allah nk bagi kita pahala lebih kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, betul, tak terbalas jasa ibu bapa kita ni.. rasanya saya semakin berusia skrg, teringat pengorbanan mak ayah mmg menitis air mata aje.. haha, bab menangis tu saya xleh kata apalah.. budak mmg mcm tu kan? haha, Allah tak uji sesuatu yg kita takleh tanggung kan? saya beranak yang lain kat sini, alhamdulillah yang lain ni jenis tak nangis sangat malam ...

      Delete
  3. Jasa mak x terbalas, hanya Allah yg mampu balas..ingat lagi Muka make Masa mr konvo k.ti..senyum sokmo
    Teringat Masa melawat k.ti d was lps bersalin tu..k.ti oyk serik dh nk branok, sakit sgt2..oge hok dgr pn rasa sakit..hihihi..wsp oge deh, 0138991809. Lm x bual nga k.ti

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?