Salam Ramadhan

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah berjumpa lagi kita dengan Ramadhan,  bulan penuh kemuliaan ni.  Bermula malam ni nampaknya saya memang jadi 'bff' dengan si kecik ni.  Tadi semasa papa dan abang-abangnya nak ke surau dia beriya nak mengikut.  Buat beberapa helah barulah diorang lepas keluar.
Si kecil yang dah makin banyak akal ni memang pantang sesiapa keluar.  Sekarang ni dialah orang paling sibuk nak ikut kalau ada sesiapa keluar dari pintu depan. 

Bercakap pasal Ramadhan ni,  seronok sangat rasanya nak mula puasa.  Alhamdulillah perancangan dan ketentuan Allah lebih baik.  Rasa selamat bila berpuasa dengan ada suami di rumah.  Sepatutnya papa diorang ni kena outstation ke Boston tapi ada isu visa menyebabkan tak dapat ke sana.  Ada hikmahNya tu.  Mulanya saya memang dah susah hati memikirkan bakal tempuhi bulan Ramadan dengan anak-anak.  Kalau bulan biasa, lain kisahnya.  Kan?  Anak-anak berdua tu paling gembira sebab dapat ke surau dengan papa.  Dapat solat sambil makan dan main, katanya.  Takpelah nak,  asalkan korang gembira.

Dari segi persediaan korang,  mcm mana?  Dah sedia menu nak masak apa nanti? Haha,  belum mula puasa dah mula fikir apa nak makan masa berbuka ya..  Itulah kegembiraan orang berpuasa kan?  Oklah korang,  menulis dengan si kecik ni tak dapatla banyak-banyak coretannya. .Dia ni jenisnya nak perhatian. Mama buat keje lain kang dia perasan apa aktiviti mama nanti dia mulalah buat hal.  Elok mama duduk saja tepi dia, pasti elok je moodnya.

Semoga ramadan kali ni jadi Ramadhan yang penuh keberkatan buat semua ya. . Selamat berpuasa korang. . Banyakkan ibadah ya. .

Nota tambahan: bersedia nk balik raya,  baru tadi saya pesan benda ni. . Semoga pokok-pokok sihat sejahtera nanti kalau tuan balik kampung utk beraya. 

Comments

  1. Ramadhan Kareem Aisy..
    Sib baik kan hubby ada..
    Mesti la tak seronok kalau posa2.. berjauhan. Nangis pulak nanti dengar lagu raya kat bazaar or shopping complex. Lain la kat Aussie ni.. tak de sapa pasang lagu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. . InsyaAllah rasa aman sikit puasa sama2. Selamat berpuasa Sam..

      Delete
  2. Ramadhan kareem aisy...moga ramadhan kali ini lebih bak kita dan bertambah2 keimanan kita hendaknya

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan AN...... Moga kita semua diberikan kesihatan yg baik supaya dapat menjalankan ibadah ini dengan sempurna dan terbaik. Tulah tu..... hari hari fikir menu tau.....serabut jugak ni tau hahahaa... Dah besar si kecik tu ek rupanya.... terasa kejap je..... sebab tak menjaga kan hihi
    Lama ke outstation ke Boston..... jangan kena time Raya pulak, kang ada org yg meraung hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadi pergi Okje... Visanya dapat lepas tarikh persidangan.. tapi dapat untuk multiple entries, jadi kalau dipanggil lagi tahun depan la pulak pergi...

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1