Sambutan Hari Guru bernafas baru

Sebelum korang baca entry ni,  amarannya,  entry ini mengandungi banyak warna kuning mustard.

Selama 12 tahun bergelar cikgu,  tiap-tiap tahun ada sambutan hari guru.  Namun,  untuk tahun 2019 ni sambutan hari guru sekolah saya lebih istimewa sebab dianjurkan oleh para AJK PIBG dan dilaksanakan 70% oleh murid-murid atau lebih tepat lagi oleh para pengawas sekolah.

Dengan bertemakan kuning mustard,  sambutan kali ni memang terasa perbezaannya.  Pentas telah disiapkan oleh para murid dalam dua hari sebelum majlis.  Biasanya ini kerja para guru,  sikit saja yang dibantu oleh murid.  Mungkin dikatakan majlis kali ni pecah tradisi sekolah kami yang biasanya tak banyak melibatkan murid dalam persiapan majlis.

Bertungkus lumus murid pengawas menyiapkan pentas ni.  Terharu melihat daya usaha mereka ni.  Nampak ceria warna mustard ni rupanya.  Sebelum ni saya memang tak ada baju warna ni. Disebabkan tema maka saya belilah baju warna ni untuk meraikan majlis.


Semasa persembahan pun meriah betul semua persembahan yang ditunjukkan.  Taklah terasa cikgu syok sendiri.  Bila murid diberi peluang begini,  nampak kreatif mereka dalam berkarya.


Masa jamuan pun sama,  ada kelainan lagi kali ni. Jamuan diuruskan oleh para ibu bapa dan pengawas, memang kagum betullah. Makanan terlalu banyak. Makanan disumbangkan oleh para ibu bapa dan murid.  Banyak dan pelbagai.  Tak sempat nak merasa semua sebab banyak sangat menu yang dihidangkan.  Alhamdulillah syukur.



Oklah,  sebelum mengakhiri entry ni meh tepek gambar sambutan hari guru 2019 ni banyak sikit.  Moga kalau dah tua nanti(sekarang pun memang dah tua),  dapat kenang kisah ni.  Saya tak rasa saya akan kerja sampai umur 60 tahun.  Tak pasti dapat merayakan sambutan hari guru ni untuk berapa kali lagi.  Kalau dapat lagi 12 tahun pun dah cukup syukur rasanya.. 

Comments

  1. Happy teacher's Day, sis:) sekolah saya pun bercadang untuk ubah tradisi dengan sambutan hari guru tahun ini, tapi kami mungkin menyambutnya lewat lagi, selepas Aidilfitri mungkin:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah. Syokla kalau sambut lps raya, lg meriah jadinya kalau sekali dgn sambutan raya..

      Delete
  2. selamat hari guru cikgu aisy..akak ni pun tak dapat bayangkan dapat tak kerja sampai usia macam tu tapi akak ambil pencen umur 58

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq atas ucapan hari guru tu kak. . Kalqu jenis kuat semangat dan tahan stress boleh je kerja sampai 58 tahun.. InsyaAllah minta sihat ya. Saya pun plan je 50 tu tapi kot bila sampai masa jadi extend pulak. Tp kalau tgk stress skrg mmg xsanggup keje lama

      Delete
  3. Selamat Hari Guru AN..... moga terus sabar dan dedikasi mendidik anak bangsa....Tapi kalau ikutkan mmg sepatutnya macam tulah kan, org yg diraikan kena duk diam diam, tetiba je ada surprise gitu.... barulah seronok.
    Mcm dah pasang niat nak pencen awal je tu hihi....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1