Perangai buruk yang kadang-kadang diri sendiri pun bengang

Assalamualaikum semua.

Kita ni memang tak dapat lari daripada berkelakuan pelik atau dalam erti kata lain "perangai buruk" dengan orang tertentu atau pada masa yang tertentu, kan?  Korang setuju tak dengan kenyataan ni?  Eh,  ke saya sorang je macam ni paelnya?  Haha. . Baik mengaku. .

Al kisahnya saya ni kalau bab barangan saya memang pantang orang main redah amik je tanpa tanya elok-elok,  apatah lagi kalau dah amik baru bagitahu.  Memang i hangin satu badan masa tu,  dah kena azan di telinga kiri dan kanan pun ada masa memang tak terasa cool lagi.  Ha,  nampak hasutan syaitan nirojim memang kuat kat ditu.  Memang kalau berlaku gitu,  memang rasa geram sangatla.  Lagi-lagi kalau barang tu baru.  Selalunya memang benda baru, cantik dan mahalla orang berkenan tu kan?  Pesen manusia juga,  suka nau barang orang.

Padahal kalau ditanya elok-elok,  saya ni takla jahat nau.  Sebaliknya boleh jadi sebaliknya.  Kalau orang tanya baik-baik benda yang dah lama, contohnya dia nak pinjam,  kalau ada yang terkini saya biasanya bagi pinjam benda yang lebih baru.  Macam tudung contohnya.  Rela bagi pinjam tudung yang paling baru dalam koleksi,  siap tag harga RM 89 tak buang lagi. padahal dia nak minta yang buruk je. Ha,  tak kedekut tau.  Kalau orang berbahasa,  takla terasa naik marah kan.   Kita pun sejak dari kecik diajar jangan ambil barangan orang sewenang-wenangnya,  jadi dah tua ni macam rasa pelik dengan orang yang jenis suka buat barang orang macam hak sendiri tau!

Samalah macam kes dengan anak-anak ni juga.  Kalau anak-anak saya ni baik,  dengar cakap,  tak payah minta reward pun mama memang mama berikan reward.  Kalau merengek minta berkali-kali tu mulalah rasa malas layan.   Haha,  perangai betul kan?

Abang fixie ni gembira sangat bila dapat basikal baharu.  Sebab good boy kebelakangan ini,  semalam dia dapat basikal baru,  senyum lebar je dia semalam.  Mulanya mama janji nak beli lepas mama dapat gaji, tapi semalam terus beli..  Ha,  kalau mama senang hati kan baik-baik aje semuanya.   Haha.   Memang 'berangin' mak kamu ni.  Apa-apa pun anak-anak memang sumber kebahagiaan kita kan?  Dua basikal beli dalam masa sebulan pun tak kisah,  asal anak-anak gembira dan dengar cakap. hihi, ini belum lagi si bongsu tu pandai meminta, kalau tak 3 basikal sekali pulak kena beli..huhu.. 

  Sekian kisah hari ini.  

Comments

  1. hai sy dtg melawat blog memalam nie. meh la jenguk blog kita pulak. hihi

    ReplyDelete
  2. sama la dengan akak ni aisy, kadang2 memang berangin satu badan dengan anak2 tu ha, tapi adakalanya belum anak minta dah bagi

    ReplyDelete
  3. Nama pun manusia AN..... ada je, tapi masalahnya dah lepas buat perangai baru sedo ....ehhhh teruknya perangai aku hahhahaa.....Tak perlah yg dah lepas biarkan ajelah, cuba pulak perbaiki diri utk masa akan datang.

    Ha a kan, lumrah manusia ni mmg suka kan yg baik baik agaknya.... sebab tulah bila org buat baik, mmg mudahlah cair....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1