Sebab kenapa wanita nak kurus.

Amaran: entry ini adakah berdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak mengambil kira kajian saintifik.

Assalamualaikum semua.
Haha, seawal entry dah bagi amaran. Macam la nak tulis sesuatu yang gempak. Padahal nak bercerita pasal kegemukan yang melanda diri je. Huhu.

Jadi, berbalik kepada tajuk, kenapa saya nak sangat kurus, ada tiga sebab:
1. Nak elakkan orang mengata saya gemuk.
(Ada tau yang macam tu. Tengok gambar profile whatapp, selamba je bagi mesej tak ada salam apa, ayatnya, "tembamnya kak oi, gambar ko terbaru ke tu?" . Sentap mak oi.. tak sensitif betul perempuan tu!!)

2. Tak selesa dengan lemak di bahagian perut, punggung dan paha.

3. Untuk rasa lebih fit dan selesa berpakaian.

Sejak abis pantang yang dah nak masuk tiga bulan atau secara tepatnya 81 hari yang lalu, saya masih lagi nampak agak berisi. Ok, faham ayat kat situ, agak berisi. Bagi yang biasa nampak saya kurus, ramai yang kata tahap ni sesuai daripada badan dulu yang kurus. Sedang-sedang comel kata diorang. Tapi bagi saya, setakat ni, masih cuba nak menguruskan lagi badan ni dengan harapan kembali ke keadaan seperti dahulu. Dengan tinggi yang tak berapa ni, berat 51kg ni dah agak bulat nampaknya. Tapi, bab diet tu pulak, takla serius pun. Ada hari makan tu jaga, tapi ada hari lain pulak makan je apa yang suka. Maklumla selama ni pun taklah saya ni jenis terlalu diet orangnya, tapi ditakdirkan sebelum ni badan tak naik sangat.

Ok, jadi kesimpulannya, JANGAN suka tegur perempuan yang naik badan sesuka hati ya. Sensitif tau isu tu..

Gambar hiasan: bayi tembam yang nampak berisi dalam gambar. Berat semasa dua bulan ialah 5.1kg. Pesanan penaja: ko mengata I gemuk pun I tak berapa suka, ko mengata anak I gemuk pun I tak suka.. haha.. sensitif perkataan gemuk ni..

Comments

  1. Ha3..

    Akak pula dlm sessi naikkan berat badan, dah berjaya kiranya setelah bertahun2 mencuba, malangnya baju2 kerja semuanya sendat2.

    Mnta izin dr suami nak diet semula tp x dberinya sbb kata dia sblm ni muka akak cengkung sgt, x CANTIK, itu le org laki, berani dia kata bini dia x comel, hu3

    Apa yg pasti, berat masih lg unggul... ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la kak kalau gitu. Jeles pulak sy membacanya.

      Delete
  2. mana ada gemuk baby tu comellah...geram je tangok lengan tu haaa.

    betul tu kadang kita takdelah kisah sangat badan berisi ke apa tapi bila orang bercakap macam tu tanpa mukadimah dan tanpa salam sentap juga dibuatnya kan. sebab pernah jumpa aisy dulu akak rasa oklah badan yang dulu tu sesuai dengan ketinggian. berat 51kg sekarang ni mungkin sedikit berisi dan comel akak rasa, takdelah gemuk tu.

    tapi kan akak pun sensitip kalau orang kata akak gemuk..mulalah nak kontrol makan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, itulah kan.. sentap sy terus tukar gamba profile tu dan letak gambar yang tak ada muka pun..geram punya pasal..

      Nazmi baby takpe tembam..comel je.. kalau mamanya tembam ni memang nampak tak comel.. tgk diri sdiri dlm cermin pun boleh stress

      Samalah kita kak, tp itulah stres ke sentap je, dietnya ikut angin Je.. takdela nak berdisiplin mana.. huhu.. cemana nak kurus cepat ni???😱😱😥😥

      Delete
  3. Hehe.. Baru nak baca entry da kene warning.
    Memang betul la aisy.. Ira pun sensitif kalau org ckp gemuk.. Paling sentap bila org tanya pregnant ke? Lebih2 lg bila org offer duduk dlm tren time x pregnant.. Mmg duduk terus tgk hp je.. Malu.. Huhu..
    51kg? Ira 55kg.. Hehe..lg berat. So far timbang after 3 bulan cucuk depo, berat maintain.. Tak tau la next month mcm mana.. Skg ni selera je, main bedal je ikut suka..
    Da meniarap ke sikecik tu?.. Geram tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ira tinggi.. tak la nampak tembam sgt kalau sy yg tak tinggi ni, memang takleh bagi naik lagi berat, Jap lagi akan nampak obes la jawabnya..

      Si kecil ni blm meniarap, setakat ni ada dia pusing separuh badan dan kalau dia tolak kaki bergerak bdn dia ke atas agak jauh jugala

      Delete
  4. Ohhhhh...susukn baby dgn susu ibu pasti kuruih kering..knor rasa tk rasa gemok sgt,tpi debab tu adalhhh..org nk kta, i dont care..i kta blik syukur alhamdulillah...senyum manihhh jer tau,lit2 lgi.so far tk pernah nk sentap atau apa pun...kmi gelak sama2 adalh...dh tau lps mkn pi tidoq kompom la gemokkkk..hihi.

    ReplyDelete
  5. Faham sangat dengan "kasut" yg AN tgh pakai ni...
    Saya juga mengalami situasi yang sama... jom nangis berjemaah... huwaarrhgghh!!!

    Saya masa dalam pantang, mmg pantang betul2... cukup 100 hari, semua benda bedal.. Lepas bedal semua benda boleh perasan yang berat badan naik sangat cepat...

    Masa lepas pantang tu, happy giler bila boleh pakai jeans saiz 28.. skrang dah lama simpan jeans tu dalam almari... dah tak muat.. huhuhu, nangis lagi sekali...

    Saya nak kurus ada tambahan dua sebab (selain apa yg AN nyatakan kat atas yg tersangat benar):
    1) Nak jimat kos.. agar dapa pakai balik baju2 saiz M yg ada dlm almari... Stress tiap kali ternampak baju2 tu...

    2. Stress tiap kali tgk badan dalam gambar... boolat sgt..

    Tapi itu la.. dengan baby yang masih menyusu badan, redha aje la dgn badan bulat buat masa ni.. Kalau diet nanti kan, tak pasal2 Aina pula kelaparan sbb tak cukup susu...

    Bila baby dah besar sikit kot baru boleh nak diet2 ni...

    ReplyDelete
  6. kalo still bf baby takyah laa diet2..sian nanti susu cair....anak dah besar 2 tahun ke gitu baru laa leh diet balik...lagipun ape nak kesah...nak kurus kan azam semua perempuan tiap2 tahun hahaahaha...bile tak tercapai tahun ni kite carry forward tahun depan heheeheheh

    ReplyDelete
  7. Saya sejak pindah sini ni je Aisy baru dpt badan yg ideal. Masa kat Msia dulu agak meluat juga bila asik ditegur.. "eh napa u kurus sgt niii??". (Mata tgk dari atas sampai bwh ulang2). Oh pleaseeee... very de busy body u know!. Nak buat guane, dah mkn byk pun tetap mcm tu juga.

    Tapi don't worry.. hujan tak selamanya hujan Aisy, sampai masanya ia akan berhenti.. akhirnya bila duduk sini dpt juga kembali ke berat asal zmn bujang. Bila dikenang kelako plak dulu2 sampai minum weight gain.

    ReplyDelete
  8. Alahai.... okje dah tak kisah orang kata gemuk AN. Dah lali kot haha...

    Mmg le kalau boleh nak kurus tapi asal nak diet je tak menjadi. Nak exercise malas pulak. Aduhaiii...sudahnya diet bila mahu haha...

    Mmg tak selesa pun kalau gemuk ni. Mengah pun ye

    ReplyDelete
  9. Hahaha. Perempuan bab2 badan memang sensitif. Janganlah tegur kan, bagilah solution macam ajak g gym sama2 ke..

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  10. heheh...
    klo dh pompuan tu.klo blh smua nk perfect kan..tp kna tahu nobody perfect.. hehe..

    mcm lya klo bdn naik skit mmg x selesa sbb rsa berat j badan..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1