Lupa memang penyakit semua orang
Mana ada manusia yang tak pernah lupa sesuatu dalam hidupnya kan? Ada ke? Memang hebatla insan tu kalau sememangnya dia tak pernah langsung terlupa walaupun satu perkara atau satu benda dalam kehidupanya. Otak dia memang terbaikla. Ataupun juga dia memang seseorang yang cukup sistematik dan ada visi.
Itulah, ayat pujuk diri sendiri malam ni. Dari magrib tadi saya tetiba teringat sesuatu yang agak penting. Puas mencarinya di seluruh rumah ni, di sekitar kawasan yang dirasakan ada kemungkinan pernah menyimpannya. Cari punya cari berkali-kali tak juga ditemui. Akhirnya, ternampak Maggi tomyam. Masak Maggi tomyam tu dan sambil tu tonton cerita ikan dukung, drama korea di 393, dapatlah kembali bertenang. Lap air mata sebab pedas pulak. Lepas tu gelakkan diri sendiri sebab letak barang merata dan lupa pulak mana letak. Sambil tu gelakkan diri sekali lagi sebab makan maggi dah pukul 10 malam sedangkan dalam fasa diet sikit, malam tak makan berat.. ai, susah hati punya pasal memang rasa nak makan je.. makanan memang pengubat susah hati ye..
Mujur juga beli playpen hari tu, dapat tolak sikit dengan kaki jadi seolah-olah dibuai baby dalamnya. Maka sempat la mamanya siapkan satu entry tentang kelupaan diri ni. Moga esok saya lusa akan dapat ilham kat mana benda tu disimpan ye.. kalau dah memang tak ada rezeki, tak tahu la, kena redo sahajalah dengan kehilangannya. Ini baru ujian kecil dah rasa susah hati, sesungguhnya yang Maha Besar tiada yang lain selain Allah, jika Allah menghendakinya maka itulah yang terjadi..
Penyakit lupa semua mengalaminya.
ReplyDeletesemua orang ada penyakit lupa nih..akak dah 2 kali lupa dimana letaknya jam yang diberi en.azmi..huhuhu rasa bersalah sangat2 nih.
ReplyDeleteMoga apa yang dicari itu akan ditemui InshaAllah...
Haha.. saya pun kes hilangkan jam dah beberapa kali, tu yang sekarang tak beli jam dh.. tgk hp je utk masa..
DeleteMemang semua org ada penyakit lupa ni.. kalau tak silap ira, jika kita lupa sesuatu, selawat banyak2.. lps tu gosok belakang tengkuk.. mudah2an dgn izin Allah, mana tau blh ingat balik.. 😊
ReplyDeleteAmboi bulatnya dia..lena betul tido.. geram tgk..
Hehe.. bkn ke mkn megi blh menambahkan lagi lupa ke? Haha..gurau je.. tp itu la makanan yg paling senang n paling sedap dimakan waktu mlm.. hehe..
Tahu amalan baca selamat tu, dah pun buat malam tadi tapi masih juga tak boleh ingat kat mana simpan nya sampaikan sekarang. Kena redo tak ada rezeki la kot. Peringatan kepada diri, lain kali kena beringat lagi lagi benda penting. Agaknya Allah nak uji saya, hari tu gelakkan seseorang yang memang suka tinggal barang setiap kali. Bukan la gelak dgn niat jahat r dengki apa, tapi saya macam pelik, datang je wajib tinggal barang. Semalam masa mencarinya tu, terus teringat pasal si dia tu. Agaknya inilah dugaan Allah nak bagi sekali sekala.. orang yang beringat pun kalau nk diuji pasti akan lupa juga...
DeleteBab makan maggi tu.. haha, susah hati punya pasal, tak fikir apa dah.. masak je sambil bersedih makan.. dah habis tu senang hati sikit sb terhibur tgk tv dan juga masa tu mak sy call, dpt sembang dgn mak walaupun xbgtau ada masalah , tetap jadi kelegaan.. alhamdulillah mak masih sihat masih boleh dengar suara..
Saya terlupa anniversary saya rupa2nya tak lama lg.. sehinggalah seorg kwn yg sama tarikh up status kat fb. Kira teruk tak?. Haha..
ReplyDeletePaling hazab bila tgh ada baby kecik dan kita tak sihat. Nasib baik si comel tu senang plak tido walau tak berbedung ye Aisy.
Haha.. kalau lupa pasal tarikh anniversary tu, mesti suami Sam pulak yang jenis ingat tarikhnya tu.. biasanya salah seorang akan ingat dan salah seorang biasanya tak berapa ingat..
DeleteSi comel ni alhamdulillah jenis mudah tidur berbanding abang-abangnya.. tu yg mamanya tak kurus lagi walaupun dah nak dekat tiga bulan ni..huhu.. anak senang jaga, maknya pun naik lemak la..
Saya dah komen ke entry ni? Lupa pulak.
ReplyDeleteBelum kot.
Comey baby , tembam ... sedapnyer dia tido..
ReplyDeleteAda rasa nak terkencing tak masa mencari tu AN? Hihi....Apa yg dicari sebenarnya tu? Mesti makan sambil flashback mana letak benda tu kan.
ReplyDeleteSatu lagi sifat was was....adoi!! Hari tu masa gi Seri Iskandar, dlm perjalanan tu teringat iron dah tutup ke belum. Rasa mmg dah tutup tp was was. Memangtak seronoklah jadinya sepsnjdng kat sana tu. Balik rumah mmg ironlah di tengok dulu. Mmg dah tutup pun.