Annual Sports Day tadika Naim
Hari yang dinanti dah tiba. Dah sebulan Naim duk bercerita tentang hari sukan ni. Lagi seronok dia bila cikgu bagi baju sukan hijau, siap berkali-kali pesan yang mama, papa dan adik kena pakai baju hijau juga nanti. Papa pun belikan dia kasut baru ada warna hijau juga sebagai tanda sokongan moral.
Dimulakan dengan persembahan murid. Nampak lancar je budak-budak 4 ke 6 tahun ni membuat persembahan, tetiba rasa kagum dengan para guru yang melatih diorang ni. Mujur sangat dibuat dalam dewan tertutup macam ni, masa acara ni, kat luar hujan tengah lebat.
Acara berbeza ikut usia murid. Namun yang pasti dalam setiap acara pun ada saja gelagat lucu yang anak-anak tadika ni buat. Memang geli hati betul menyaksikan sukan diorang ni.
Acara yang Naim masuk ialah 'Magic Straw'. Pasukan Naim dapat nombor tiga, jadilah kan.. haha..ada dapat medal ni dah suka sangat dia.
Bergambar dengan rakan-rakan sekelas sebelum balik.
Selamat bercuti kawan-kawan. Jumpa Naim lagi tahun depan ya...
Penyokong tegar Rumah Hijau, satu famili pakai baju hijau.. tapi yang paling tak duduk diam masa dalam stadium tu ialah budak ni. Asyik bertanya abang dia kat mana je.. macamla abang dia je yang masuk acara.
Ai, anak siapalah comel sangat kat depan tu ya? Hehe..
Yang ni pulak gambar yang dikirim oleh guru kelasnya.. kononnya bangga dengan medel diorang la tu ya.. haha. Dapat no 3 je pun.. oklah tu kan, acara berpasukan. Ada yang cepat, ada yang lambat buat jadi akhirnya gitu jelah rezki.
alhammdulillah tahniah
ReplyDeleteseronokkan dpt pergi dan bagi semangat pada dorang.
selamat bercuti abg naim :)
ppsstt: akak, mmg sesak pon. saya pergi kemarin.
parking bnyk, cuma tu la jem di ats jalan raya kawasan luar sblm bak msk ke parking.
tp kaunter bayaran mmg bagus. servisnya cepat. xda nak beratur panjang. cepat dan pantas.
food court mmg penuh gn manusia.hihi. sbb yg ikea cheras food court dia besar sangat. suka
Tu jadinya kena sabar byk2 la ye nk dapatkan parking.. takpe korang pegi dulu, xrasa lagi nak redah ke sana. Hihi
DeleteItulah, sukan sebagai penutup sekolah tahun ni nampaknya buat naim gembira sangat.. lega gitu..
amboi seroboknya korang saru famili baju hijau..betul padu sokongan buat naim..tahniah dpt no 3 pun janji dapat medal..acara berkumpulan ni ikut nasib la menang kalah..acara solo takde ke naim masuk?hehe..
ReplyDeleteyang penting penglibatan dan sokongan famili..mesti naim suka sangat2..
Takde acara individu.. semua bkumpulan je.. eh ada, yg budak 3 tahun main muzikal chair.. tu pun budak yg xdapat duduk dah meraung sedih kat situ.. jadinya kalau gitu elok acara group jela.. kang ramai lak yg menangis bila kalah..
DeleteCantik warna hijau
ReplyDeleteDpt buat acara tertutup ni mmg best...bgus utk anak2..selesa tklh berpns,berhujan..
Tahniah naim..
Mak2 paling happy..
Memang cumil budak itu.
ReplyDeleteAnak bujang sapa la tu ye..
OK la tu nombor 3 pun... asalkan dpt medel. Tahniah Naim..
Ha betul la kan.. budak kecik ni tahu ada medel je kan.. opah atuknya datang sini, beriya dia tunjukkan medel dan buat demo apa yg dia buat di hari sukan.. suka sangatla tu
Deleteanak saya pun tadika arif minda... SP3... rumah ungu 4 tahun :)
ReplyDeleteEh.. maybe kita ni jiran la kot
DeleteWahhhhh gah sungguhlah ye annual sport Naim ni....
ReplyDeleteMacam sukan olimpik hihi.....
Tahniah Naim, janji dapat medal, tak kiralah dapat no berapa pun hihi....Wahhhh mmg best bila satu family berbaju hijau tanda sokongan, cuma yg tak best, auntie tak nampak gambo family Naim yg berbaju hijau tu huhu.....
Haha. Xde la gah mana.. olimpik budak tadika.. haha.. famili mmg xsempat la nak bergambo sebabnya nazif dah mula nk join sama.. waktu tido dia pun masa tu..
Deleteseronok tgk gelagat budak2 tadika ni bersukan..
ReplyDeletebelum merasa lg tgk aimy bersukan.. harap2 ada rezeki tahun depan..
acara sukan tahun ni untuk budak 5 dan 6 tahun je..
jadi la dpt no 3, dapat juga hadiah.. mesti seronok naim dpt hadiah..
semangat tu.. satu family pakai baju hijau.. hehe..
Oh.. tahun depan la gitu ye ira.. kalau kami utk thun 6 naim tahun depan ni agaknya kena ada plan baik utk adik lebih sabar tunggu habis pgram.. aritu nazif tak sabar nak balik ...
Deletebest nya.
ReplyDeleteaida sungguh rindu saat ni tau.
tunggu izzat naik 4 thn next year.
kembali kan nostalgia ikut anak aktiviti taska :)
Tahniah Naim... semangat tu...nampak majlis sukan depa ni pun meriah..seronok nengok anak2 bersukaneka ni...
ReplyDeleteChiyookkk pasukan hijau... hihi
Sayakan puas cuba mengingatkan diri ni ada ke tidak acara sukan masa si Bubbly Abang di Smart Readers! Macam takda aje tau! Cuma yang saya ingat Bubbly Abang dapat baju Smart Readers sepasang untuk acara jalan-jalan naik bas pi rombongan ! Itu pun saya ambil baju je, permission saya tak beri (keh3x)
ReplyDeleteLa ni dah 3 tahun anak di sekolah Cina, belum sekali pun dapat menghadiri Hari Sukan. Memangnya budak-budak sekarang bawah 10 tahun takda Hari Sukan ke apa nih?
Comellah anak siapa tu pakai baju hijau ^_^ Rasa nak cubit je pipi si Naim ni tapi sebab pipi tak montel, takut pulak mamanya seligi saya kang! Hahaha!
meriah betull sukaneka budak budak nihh.. bestt!!
ReplyDeleteyeayyy..goo green goooooo....dayyan pun aritu green gak...jenuh satu family cari baju hijau...menyokong katenyer heheeheheheheeh
ReplyDeletesuke tgk sukaneka budak2 nieh...gelagat dieorg tgh beraksi pun lawak dibuatnyer....belum lagi tgk perarakan bagai tu heheehehehehe
rasa cam dah lama tak tengok sukaneka bebudak
ReplyDeleteada rezeki mungkin tahun depan aisyah pula
cam best aje diorang buat indoor ye
afif dulu outdoor...panas membahang! hehe
ok naim...janji dapat medal
time afif dulu dapat tupperware aje...hehe
Tahniah.. Dpt nmbr tiga hebat la tu
ReplyDeleteSbb ada penyokong tegar la tu.. Semangat lebih sket
seronok tengok ank2 kecil bersukan pasti banyak ragamnya kan.
ReplyDeletebelum ada pengalaman tengok ank bersukan sbb tadika adam takde buat hari sukan pun..mungkin thn depan di sek.rendah dapat tgk sukan