Teman 2015 yang penuh suka duka

Pejam celik dah tak lama lagi nak habis tahun 2015 ni. Tahun yang penuh suka duka dan ikhlas aya rasakan panjangnya tahun 2015 ni. Pengalaman pahit, manis, suka, duka dan pelbagai lagilah rasanya banyak mematangkan diri dan juga pada masa yang sama mengajar diri untuk lebih beringat dan bersungguh-sungguh. Apa, awal lagi nak buat entry macam ni sebab baru pertengahan bulan November? Haha, mungkin juga alasan saya tulis ni sebab sesi persekolahan 2015 hanya tinggal seminggu lebih saja lagi.  Selain itu, bagi saya apa sahaja pun tak elok kita bertangguh. Mana tahu bila masanya kita bakal dijemput oleh Allah? Kalau tak tulis sekarang di saat terasa nak menulis bila lihat koleksi gambar yang ada ni, mungkin di masa yang lain dah tak ada kesempatannya pula. 

Gambar semasa majlis graduasi sekolah. pagi buta lagi ni, rasanya dalam pukul 7.30 pagi, berselfie dengan Kak Wan dan Kak Mimi yang ceria sokmo ni. selain ceria, saya juga kagum dengan kerajinan yang ditunjukkan oleh kedua-dua akak ni. Memang kaki kerja keduanya.

Rakan-rakan baik, dari kanan : Suhana, Zilla, Suriyati dan hujung sekali Naza
Gambar ni agak baru, tujuan berjumpa kali ni sebab nak raikan rakan yang bakal berpindah dan juga meraikan hari jadi Kak Engku. Bila dah berpisah nanti, pasti tak mudah nak berkumpul selalu macam ni. Bagus sangat sebab ramai juga yang nak lapangkan masa keluar di hari cuti sekolah. Pernah saya terfikir, kalau saya yang berpindah agaknya ada ke yang terasa sedihnya, sebagaimana saya sokmo sedih bila ada rakan-rakan yang dapat tukar. Namun, demi kebahagiaan masing-masing, kena redha dengan perpisahan ini. 

Ada saya baca satu pepatah atau kata-kata seseorang yang kadang-kadang kita tak sedar dengan sebaris kata boleh merosakkan  100 tahun silaturahim . Betapa tajamnya lidah kita ni!

jadi, cakap yang baik-baik, doakan yang baik-baik dan sayangi orang di sekeliling kita. Walau apa pun halangan atau cabaran kita hadapi, insyaAllah dengan adanya teman yang baik di sekeliling kita, pasti semua masalah dapat diatasi dengan baik..

Untuk 2016, sesi yang bakal mencabar kita lebih, moga Allah berikan kekuatan untuk kita semua, moga menghadapinya dengan baik dan lancar semua urusan yang bakal dilakukan. 

Comments

  1. Sahabat yg baik-baik itu lah pengikat kasih sayang..
    Memang sedih bila ada kekawan yg bertukar dan pergi meninggalkan kita ni kan Aisy..
    Akak tahun 2015 ini adalah tahun dukacita.. akak kehilangan kedua orang tua akak dalam tahun yg sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takziah buat akak ya.. saya baca juga blog akak dan ada tbaca pasal kes ayah akak rasanya. Tabahkan diri.. insyaAllah doa sampai pada arwah di sana.

      Delete
  2. itulah, 2015 dah nak habis, macam2 juga berlaku tahun ini

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..moga2 kita smua akan dikelilingi oleh kawan2 yg baik..
    sentiasa lah berkata yg baik2 agar perhubungan persahabatan yang dijalin berkekalan.. mudah2an ukhuwah yg terjalin juga di redhai Allah.. :):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. moga doa2 Atie ni terkabul.. tulah sebenarnya salah satu nikmat kehidupan kita kan..

      Delete
  4. sebaris kata boleh merosakkan 100 tahun silaturrahim
    nice quote. terkesima dibuatnya
    apapun saya doakan yang baik2 buat cikgu AN dan rakan2

    ReplyDelete
  5. Sekejap aje masa berlalu, AN. Tahun ni pun sebenarnya tiada apa sangat yang dapat dibanggakan tentang pencapaian diri sendiri. Harapnya tahun mendatang ni lebih baik lagi. Begitulah harapan kita setiap kali menyambut tahun barukan. Manalah tau, Allah perkenankan doa kita kali yang ini ^_^

    Biasalah tu bila berhadapan dengan perpisahan, memang akan terasa sedih. Tak kiralah sama ada kita rapat atau pun tidak. Kalau rapat, lagilah terasa kehilangannya.

    Semoga segala saki-baki urusan AN dan rakan-rakan berjalan sebaik mungkin lagi sebulan lebih sebelum tamat 2015 ni ya :)

    ReplyDelete
  6. betul setiap tahun..tahun yg makin mencabar..dengan keadaan ekonominya..sedih kan..haha lari tajuk dh sy..

    cikgu sporting rakan sekerja yg baik..klu berpindah tentulah terasa kehilangannya..mesti diraikan kawan2 punya kalau tiba turn cikgu AN

    ReplyDelete
  7. Seronok dapat kawan2 yg baik,nak pula kawan2 yg sentiasa positif..otomatik kita pun akan jadi positif

    ReplyDelete
  8. Best dpt kwn yg baik kan AN. Kalau jenis yg menyakitkan jiwa kita pun takda mood nk dekat. Alhamdulillah tu rezeki juga namanya tu. rezeki sahabat yg baik

    ReplyDelete
  9. saya suka kata-kata tu.. sebab tersangatlah betulnya.

    ReplyDelete
  10. Betullah AN ustaz ckp nak buat baik jangan bertangguh, disamping tak tentu umur kita ni, takut niat yg baik kalau ditangguh akan berubah....

    Memang terasa sangat cepat tahun ni berlalu... moga tahun depan diberikan kesihatan yg baik, masih berpeluang menghirup udara Allah ini.
    AN....kalau awak yg pindah, mesti mereka pun sedih jugak. Hilang kawan yg baik mcm awak mmg susah nak berganti.

    Seronoknya dpt berjimba mamba dengan kawan kawankan....mcm sikit jer pinggan atas meja tu

    ReplyDelete
  11. Bagi seorang cikgu, tak awal dah ni utk buat ucapan akhir tahun... Tinggal lagi seminggu sesi persekolahan..
    Tapi kalau disingkap balik, tahun 2015 juga sangat bermakna bagi saya...

    Semoga kwn AN bakal jumpa sahabat yg baik mcm AN juga kat sekolah baru nanti :)

    ReplyDelete
  12. Suka pepatah tu Aisy.. "Dgn sebaris kata boleh merosakkan 100 tahun silaturrahim"...

    ReplyDelete
  13. Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. sekejap je masa tu terbang kan... teman2 baik pasti akan kita kenang sampai bila2 kan

    ReplyDelete
  14. in shaa Allah
    cikgu AN baik hati, pasti ada kengkawan yg memeriahkan

    kejap je kan..

    ReplyDelete
  15. in shaa Allah...
    2015 bakal berakhir.
    masih ada slot utk diisi dgn perkara gembira.
    2016? planning yg terbaik aje.

    ReplyDelete
  16. so sweet... hashtag friendship goals hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1