Posts

Showing posts from September, 2015

Aktiviti yang sesuai untuk melepaskan tekanan.

Image
Assalamualaikum semua. Musim sibuk kembali menjelma. Baru rasa tak nampak mainan anak berselerak kat lantai. Baru rasa tak cukup masa sampai kalau boleh nak tambah lagi 3 jam sehari agar lebih masa tidur. Haha, bukan nak buat kerja lebih tau, nak cukup masa tidur supaya awet muda macam menantu mami ni . Jadi, kalau tengah sibuk ni mesti stress aje kesnya kan? Betul tak semua orang? Bulan september oktober nilah anak nak menduduki peperiksaan, anak nak masuk semester barulah, kot ada yang anak nak kahwin hujung tahun ni pasti banyak persediaan yang nak kena buat tu. Lagi, kalau yang kerja pun sama kan, macam-macam laporan nak kena buat nak kena audit hujung tahun ni, kan? Pasti tertekan nak mengejar tarikh akhirnya tu kan? Jadi, kalau nak elakkan atau kurangkan tekanan tu kenalah buat sesuatu yang mengalih perhatian kita. Paling mudah, meh makan-makan. Jeruk campur air tangan Chor tau ni, bukan Penang mari. Sedap sangat ni sebab ada siap masuk cili potong sekali, b...

Cuti jugak disalahkan

Image
Sebut pasal cuti, teringat pasal kisah Cuti dan Awang Sulung Merah Muda yang ada dalam teks komsas bahasa Melayu lama untuk tingkatan 1. Letih juga kalau mengajar tajuk ni, sebab prosa tradisional ni banyak elemen yang budak-budak cakap tak lojik. Contohnya Cuti ni ialah seorang tukang asah gigi kepada Awang Sulung Merha Muda. Cuti ni dibayar lumayan untuk mengasah gigi Awang Sulung dan Cuti rela dibunuh selepas selesai tugasnya. Budak-budak ni mempertikaikan kenapa Cuti ni namanya kelakar. Ada juga yang bertanya kenapa kena asah gigi? Seterusnya kenapa Cuti sanggup dibunuh dan kenapa keluarganya ambil harta upahan yang banyak tu? Macam-macamla persoalannya. Dah namanya prosa tradisional kan, mestilah ada banyak elemen yang pelik sebab kisahnya tiada penulis, diturunkan dari mulut orang-orang lama. *** teks yang dimaksudkan ni dalam buku lama ya, kalau anak-anak 13 tahun di Selangor sekarang dah mula guna buku teks yang baharu. Satu lagi kes berkaitan cuti ialah si comel saya ni....

Demo lukisan

Image
Dah namanya budak, kan? Memang tak reti sabar. Sambil abangnya cari buku di Popular BS, dia ternampak benda ni terus minta mama belikan, terus heret ke kaunter bayaran dan terus dibuka balutan akhirnya kat situ juga dia mula menulis.  Keluar je dari kedai buku terus dibukanya papan putih ni, Nazif terus bersimpuh kat situ dan lukis apa yang dihajatinya. Ish.. tak puas hati ni. Kena rapat sikit. Tulis tangan kiri pulak. Makin syok ni, kena bersila kaki pulak ! Kena tulis puas-puas sebelum Abang kita datang ! Eh, kenapa ramai orang tengok adik ni. Padamla, jom kita balik rumah mama! Macam mana tak ramainya dik, kat bawah tu ada persembahan gendang, perasmian apa entah pada masa tu jadi semua orang berdekatan datang berkumpul untuk melihatnya. Sambil-sambil tu diorang jeling kamu dik sebab kelakar agaknya tengok budak kecil syok menulis kat tepi.. Sian kamu ya, baru sekarang mama nak belikan papan putih ni. Moga lepas ni tak ada lagi luk...

Ops Nazif

Petang ni kami laki bini bincang secara serius pasal Nazif. Makin menjadi-jadi perangai tak nak tidur malam si budak kecil sorang ni. Adoi, jenuh nak tidurkan dia. Mama papa nak kerja esoknya, sedangkan dia nak main lagi walaupun dah pukul 2 pagi. Pernah dia tidur hampir pukul 3 pagi, ha, nak pengsan kami melayan! Itu satu hal. Satu hal lagi yang juga agak membimbangkan, bila dia tidur lewat, maka waktu siang dia akan mengantuk. Dah dua hari kami dimaklumkan oleh cikgunya yang Nazif tak sertai aktiviti di playschoolnya sebab dia nak tidur. Dah berkali-kali dikejutkan pun dia buat gaya tak daya nak bangun. Adoi. Patutla malam mata cerah walaupun tengah malam sudah, siang dia tidur lama rupanya. Abis, macam mana ni? Nak salahkan cikgunya tak bolehla juga. Nak salahkan cikgu kat taska lama yang bagi tidur lama pun tak kena juga. Itulah pasal yang akhirnya tadi papanya cakap mulai malam ni, dilancarkan Ops Nazif. Target kami selama dua minggu cuba untuk buat dia tidur seawal 11 malam. Ha...

Moga kematiannya menghidupkan hati jiwa-jiwa yang telah 'mati'

Saya ingin berkongsi kisah yang moga menjadi pengajaran buat kita semua: Dalam ramai-ramai mangsa jemaah haji yang menjadi korban kren di Tanah Suci, kisah wanita ini yang paling mencuit jiwa saya, dan mungkin anda juga. Betapa beliau adalah insan yang terpilih di antara yang terpilih. Dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia 37 tahun, yg bagi saya sangat istimewa sebab tak ramai yg tunaikan haji pada usia 30-an. Kebiasaannya lewat usia memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di tempat suci, tempat yg baik dan dalam ibadat yang sangat besar ganjaran pahalanya. Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau mengakhiri nafasnya juga. Walaupun meninggal dalam keadaan yang tidak dijangka, dalam keadaan yg mengerikan penuh berlumuran darah dan mayat bergelimpangan, beliau terpilih kerana jasadnya adalah jasad yang paling sempurna. Sempurna, bersih dan indah seperti saat hayatnya di dunia. Dan, jenazahnya dimakamkan di perkuburan ...

Bukan semua suka sekolah dicutikan sebab jerebu.

Bak kata akak si tak reti tulis pendek , jerebu ni dah jadi acara tahunan. Betul juga je? Rasanya sejak 8 tahun ni, ada sahaja aktiviti sekolah yang tertangguh kerana masalah jerebu dek pembakaran di tanah seberang. Pagi ni murid-murid duk bagi mesej tanyakan kena datang ke sekolah ke tak. Amboi, deme semua ni suka betul kalau sekolah dicutikan ye.. diorang je suka. Ada pihak lain yang tak suka tau.. Pertamanya cikgu, memang tak suka kalau kena cuti sebab jerebu, nanti kena ganti sekolah tau. Ingat cuti saja-saja. Kalau gitu, tiap-tiap hari boleh je ambil cuti sebab alasan jerebu. Korang takpe la, nati kalau buat sekolah ganti, korang tak nak pergi pun kan? Kot-kot ada yang tak bagitahu pada mak pun bila ada hari sekolah ganti. Lepas ti pergi berjalan-jalan, ambil gambar dan post pulak gambar tu kat instagram yang korang pergi berseronok pada hari Sabtu yang ada sekolah ganti ye? Budak zaman sekarang ni... Kedua, ibu bapa pun bukan semua yang suka kalau sekolah dicutikan sebab jereb...

Yeye, Naim dah didaftarkan ke tahun 1

Image
Haha.. terima kasih kepada sahabat yang sedang bercuti akhirnya saya berjaya buat pendaftaran online untuk persekolahan Naim. Lambat lagi pun sesi 2017 ni kan? Haha.. padahal kawan-kawan yang ada anak seusia, yang bukan kerja sebagai cikgu, hampir kebanyakan dah buat awal-awal lagi pendaftaran untuk anak diorang. Tanya geng yang kerja cikgu ni, nampaknya bukan saya je yang belum buat pendaftaran ni, kemain rilex ya korang.. haha.  Apa-apa pun dah selesai untuk Naim pagi tadi. Isnin ni insyaAllah saya akan hantarkan dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipilih. Moga dapat sekolah pilihan, senang Naim pergi ke sekolah yang sama dengan Adam, kawan baiknya. Boleh naik bas sama-sama nanti. Korang yang anak akan masuk tahun 1 pada 2017 ni ada lagi yang belum daftarkan anak ke?  Gambar Naim buli adik. Manja-manja adik beradik, gaduh sikit-sikit atau usik mengusik tu biasalah, kan? Tak usik abang atau adik nak usik siapa lagi kan? Cepat juga ye dah nak masuk s...

Mood ke laut

Assalamualaikum semua. Apa kes ni? Minggu ni sungguh-sungguh terasa malas nak membawa diri ke sekolah. Haha.. kemain ya, kalahkan anak yang bersikap sebaliknya. Si Nazif minggu ni kemain bercerita setiap kali saya balik, alhamdulillah. Nampaknya dia seronok dan gembira berada di tempat baharu ni. Legalah saya tengok keadaan dia macam tu. Yang kurang lega sikit bila Naim pulak beriya nak masuk ke sekolah adik juga. Adoi, hampir setiap hari dia merayu nak sertai sekolah adik. Seronok katanya. Lagi-lagi semalam, adik ni balik-balik je menunjuk set Tamhid yang cikgunya bagi, si abang pulak, makinla bertambah cemburunya.. Kalau makin malas menulis, aci tak buat segmen penulis jemputan? Haha, kemain budjet retis ya, padahal berapa je pembaca blog ni.. hihu.. sekadar bebelan, abaikan je ye.. Okla, jumpa lagi. Nak sediakan bahan untuk masak bihun ni. Semalam saya goreng bihun taucu pedas. Sedap di tekak saya, itu yang nak ulang masak lagi untuk jadikan bekal ke sekolah hari ni. Saya je kot ...

Selamat berjaya semua

Seronok kami makan malam tadi. Untuk suami saya masakkan gulai lemak cili padi ikan salai dengan pucuk ubi. Bahan-bahan kecuali santan dan bawang, semua angkut dari rumah MIL. Baik punya anak ye. Papa N la tu, dia makan sedap maknya masak, dia minta bawa balik untuk suruh saya masakkan di rumah kami pula. Untuk diri sendiri pula saya buat paprik ayam, juga makanan dua dalam satu. Ada ayam, kuah sikit dan sayurnya ialah lobak merah dan bunga kobis. Budak-budak makan nasi dengan ayam goreng, kicap dan timun. Semua orang makan ada karbohidrat, protein dan serat. Bukan selalu saya rajin nak masak beberapa jenis ni. Kalau tak, biasanya satu atau dua je, maka kome makan jelah apa yang terhidang. Itulah yang sambil makan tu, saya terfikir, sedap makan ni, mak-mak yang tengah gedebar sebab anakanda diorang nak menempuh peperiksaan UPSR bermula esok agaknya macam mana ya? Ada kot yang tak lalu makan? Bagi semua yang sedang risau akan anak-anak macam mana esok lusa ni, korang jangan risau ye.....

Tak senang duduk kalau melibatkan anak sendiri

Separuh hari berada di sekolah hari ni, sungguh terasa tak senang hati. Berkali-kali saya tengok video Nazif ni, sampai seorang kawan perasan dan cakap, " Tengok gambar anak dia lagi?". Sambil senyum saya cakap, " Risau macam mana adik kat sekolah hari ni. Dah tukar ke sekolah lain". Barulah kawan tu faham keadaan sebenar. Sebenarnya, kami tukarkan Nazif ke tadika playschool kerana risau kes berkali-kali Nazif balik ke rumah dengan muka Nazif ada kesan cakar semasa berada di taska lama. Kali pertama kena, saya terus bagi mesej bertanyakan kepada cikgunya apa yang berlaku, jawapan yang cikgunya berikan ialah ada seorang budak baru masuk yang agak lasak. Sebelum tu budak yang sama pernah buat kawan Nazif juga. Ok, baiklah. Kali pertama dengar alasan dia, masih lagi ok kami sebagai mak ayah ni. Bukan nak jadi ibu bapa yang cerewet pun, bertanya sebab nak mengetahui apa yang berlaku serta mengharapkan lain kali penjaganya akan lebih prihatin. Hari keesokkannya, lagi ...

Perimeter vs peribahasa

Image
Happy Wednesday you alls... haha, selepas sebulan hari Rabu dan Khamis tak menggerunkan atau menakutkan saya lagi. Hujung bulan 7 dan awal bulan 8 haritu, saya cukup tertekan nak menghadapi hari Rabu Khamis ni, memang wordless betullah kalau tibanya hari tu.. Kalau boleh nak terus masuk ke hari Jumaat je. Tapi walau macam mana pun, takla saya pernah MC ye, korang, dan bukan juga sebab nak terus ke hari Jumaat tu sebab nak sangat bercuti hujung minggu ya. Itu kegemaran  akak yang fofular sorang ni.  Ha, cer teka apa sebabnya tu? tak ada hadiah pun kalau betul, saja nak bagi korang gunakan kegeligaan otak korang tu.. nah, dua peransang bagi korang... cer tengok ni dan uji KBAT korang, dan bagi jawapan korang ye...                                                                    ok klue kedua pulak.... a...