Posts

Showing posts from March, 2015

Pelaburan saya

Image
Tadi ada kawan menyampaikan berita tentang pelancaran rumah-rumah unit baharu yang katanya sesuai untuk dijadikan rumah atau dijadikan pelaburan sahaja. Saya senyum sahaja dan menjawab mesej tersebut dengan mengatakan saya tak mampu nak beli. My miracle baby My precious one.. Inilah pelaburan saya.. harta dunia dan akhirat. Moga diberikan kesihatan yang baik, dianugerahkan kewarasan dan hidayah-Nya untuk mencorakkan yang terbaik serta memimpin harta berharga yang saya ada ni. 

Mengikuti perkembangan

Cukup meriah majlis Pemahkotaan Sultan Johor. Seronok tengok kan..Namun saya sejak dengar pasal majlis ni, dua persoalan bermain di fikiran saya. Pertama, saya bertanya kenapa baru sekarang diadakan majlis ni? Sedangkan Sultan dah lama juga naik takhta. Lagi satu yang saya tertanya-tanya ialah kenapa ayahanda Sultan sebelum ni tak ada pula majlis macam ni? Akhirnya, terjawab persoalan tu. Terima kasih kepada Kak Mimi, pakar sejarah sekolah kami. Cikgu pakar sejarah ni menjelaskan kepada saya yang majlis pertabalan atau pemahkotaan ini sebenarnya satu majlis rasmi untuk memaklumkan tentang sultan yang dilantik. Sultan yang naik takhta boleh memilih untuk melaksanakan atau tidak melaksanakan majlis ini. Alhamdulillah, nampaknya majlis sedang berjalan lancar sekarang ni. Kemeriahan majlis ni, semoga sedikit sebanyak memberikan peringatan kepada semua untuk mematuhi Sultan yang berkuasa. Dapat juga kita memahami sedikit sebanyak adat kaum Melayu yang sebenarnya memang kaya dengan adat d...

Naim is five years old today!

Image
22 Mac 2015..... Semalam kami makan kat luar untuk meraikan hari jadi Naim. Kebetulan ada hal, jadi teruskan ke restoran untuk meraikan hari jadi Naim. Lawa kan hiasan dalaman restoran ni? Siap sediakan  buku untuk dibaca oleh pelanggan. Kami makan ni di Restoran The Foodies Cafe di Putra Heights.  Tak adalah makan besar pun. Saja nak lain sikit dari hari biasa. Ini pun dah kira alhamdulillah, syukur sangat atas apa yang ada. Kat bawah ni makanan Papa N, hidangan ikan salmon yang sedap.. memang kena dengan selera. Sos lada hitamnya sedap sangat. Saya pula, macam biasa pilih menu yang dijangkakan anak nak makan. Saya pilih spagetti aglio olio, tapi tak berapa kena rasanya dengan selera saya. Habis jugalah makan sebab bukan tak sedap, tak kena sikit jelah rasanya.  Yang kat bawah ni pula kek pilihan Naim, tapi yang habiskan kek ni ialah Papa N. Macam mana nak makan, anakanda berdua ni asyik nak main je. Restoran ni ada sediakan ruangan unt...

Cuti sekolah kami @ Krabi

Image
Assalamualaikum semua.. Mula-mula saya terfikir nak tulis ke tidak entry pasal ke Krabi ni. Gambar tak banyak. Malas menulis pun satu hal lagi.  Satu percutian yang memang buat minit-minit akhir. Fikir ke mana destinasi percutian ni dalam masa cuti sekolah bakal menjelma lagi 14 hari. Ditambah pula dengan sibuk dengan pelbagai kerja pada dua minggu akhir tu, saya memang mengiyakan saja apa perancangan Papa N kali ni. Otak saya masa tu memang tak sempat fikir pasal nak bercuti sebenarnya, dengan peperiksaan dan lain-lain hal memang kalut sangat.  Tapi bila dah sampai ke tempatnya, memang hilang semua stress kerja. Melihat air yang jernih membiru macam ni, rasa damai sungguh. Eh, ada ke istilah jernih membiru? Haha, tak kisahla ya. Gitulah lebih kurang nk jelaskan perasaan masa mula-mula tengok pemandangan yang lawa ni. Takjub sangat. Tengok tu, ada masanya dapat tengok air yang berlainan warna. Memang jenis jakun kan, memang seronokla datang ke tempat maca...

Terima kasih kawan!!

Image
Semalam sekali lagi saya kena usik dengan staf-staf pejabat. Katanya saya dapat tiga bungkusan pos laju sekali gus. Mulalah berdebar, aik kenapa tiga? Rasanya ada beli barang dalam dua bungkusan aja? Sambil tersipu-sipu cakap yang dua bungkusan ni kongsi dengan kawan-kawan sebab nak dapatkan harga diskaun, saya capai sekali bungkusan ketiga tu.. waaaa..ini bendanya.. Terima kasih MD ... cepat tul sampainya.. bersama dengan sekeping surat cinta.. haa.. malu pulak nak terima sebab dah makin kurang berblog sejak tahun 2015 ni, banyak betul komitmen yang lain yang nak kena diberikan lebih keutamaan. Apa pun saya doakan : moga makin meriah blog MD nanti ya..  sekarang pun dah meriah tau..orang yang dah tahu, memang dah faham sangat dengan MD dan blognya ni,  jenguklah bagi korang yang belum lagi singgah ke blog MD ni.. Sebelum mengakhiri entry ni, jom kita hayati petikan ayat di bawah.. moga dapat menceriakan kita semua..

Fasa : comel

Image
Terilham dengan kata-kata motivasi MummyComelSokmoAwetMuda , saya memerah otak nak menulis pagi ni. Betul sangat tu, kita kena pandai bahagikan masa. Pemakanan kita pun kena jaga juga kan? Kalau asyik bergantung kepada vitamin pun tak elok juga. Jadi, disebabkan ada kenalan saya yang dinasihatkan berhenti mengambil makanan tambahan keran dibimbangi bila ambil pada masa yang lama, badan akan jadi lain, saya pun ikutlah sama.  Motifnya nak menulis pasal Nazif pagi ni. Di usia dua tahun tujuh bulan ni, Nazif memang comel. Biasalah mak ni kan, anak sendiri pastilah yang paling comel di hatinya. Bukan sebab bulatnya sahaja, tapi dengan percakapannya dan tindak tanduknya juga memang nampak comel. Apa yang tidaknya, kalau mengusik dia, gelaknya cukup sedap didengar. Respons pun bagus, lagilah suka orang yang nak mengusiknya. Tak macam abang, dah mula pandai buat hal sendiri. Nazif belum lagi macam abang, kalau diusik suka nak menyengeh, pandai pulak dia pun sama nak balas apa yang...

Ahad yang berlalu, semoga bahagia semuanya

Image
Alhamdulillah hari Ahad yang lalu merupakan hari yang menggembirakan buat kami dan harapnya juga menggembirakan buat korang semua. Pagi-pagi kami lepak je kat rumah. Dalam pukul 11.40 tengah hari mula keluar dari rumah untuk pergi ke kenduri kahwin kawan saya yang bertempat di Vila Titiwangsa. Alhamdulillah, meriah sangat majlisnya. Makanan sedap, suasana selesa dan sesuai dan pengantinnya siap berarak naik kereta kuda lagi, meriah tul majlisnya kan? Ahmad berdua ni pun sukalah sangat sebab majlisnya buat kat tempat ada kolam, suka tengok air katanya. Mama jelah makan tak berapa nak kenyang sebab asyik mengejarkan diorang je kerjanya. Takpela, asalkan dapat menghadiri majlis kawan ni pun dah cukup rasa bahagia. Bergambar dengan pengantin beramai-ramai, kemain lama nak habis snap sebab banyak kamera yang hulur satu demi satu. Tak tahu senyum lawa ke tidak dah. Baju pengantin ni, kawan saya buat sendiri rekaannya. Ai, kagum lagi. Bila masa dia ni ada masa nak mereka baju ni?...