Posts

Showing posts from December, 2014

Tak mengalami tak akan sangka!!

Image
Hari ni, saya gembira sangat sampai menitiskan air mata semasa dan selepas bercakap dengan adik saya di kampung. Air makin surut katanya, dan hari ni sempat mengecas telefon di dalam kereta yang membolehkan beliau menghubungi saya dengan segera. Allah hu Akhar. Tak terbayang tak pandai saya nak jelaskan macam mana perasaan bila dapat mendengar perkhabaran dan mendengar sendiri suara mak dan adik saya tadi. Alhamdulillah, rumah kami tak naik air. Malah, beberapa orang saudara mara datang meletakkan kenderaan di laman rumah kami kerana rumah mereka dinaiki air. Alhamdulillah. Namun, elektrik dan air paip dah lima hari tiada. Diceritakan oleh adik tadi, bekalan makanan di rumah dah semakin habis. Beberapa hari ni makan nasi dengan telur itik atau ikan kering sahaja. Kebetulan mak saya ada memelihara beberapa ekor itik. Memandangkan tadi tidak hujan, awal-awal lagi adik saya ke bandar Pasir Mas. Malangnya, adik saya balik tanpa beli apa-apa. Katanya tiada kedai yang menjual. Bekalan ...

Jangan berhenti berdoa dan membantu!!

Allah hu Akhbar... Mula-mula sekali saya ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang bertanya khabar semasa saya tak sihat. Episod demam dah berlalu, 3 hari je namun masih belum sihat sepenuhnya. Namun, tak usah dibicarakan sakit saya yang tidak seberat apa yang ditanggung oleh saudara mara kita, kalau tak ada pun insan yang korang kenal terlibat banjir, anggaplah diorang saudara seagama dan saudara senegara. Allah hu Akhbar. Jangan kita berhenti berdoa ya. Doakan yang baik-baik. Saudara mara kita selamat. Doakan moga cuaca cepat baik dan juga doakan moga air bah ni akan surut sekelip mata. Allah hu Akhbar. Cubalah membantu sedaya upaya yang kita mampu. Moga sampai kepada mangsa banjir dengan segera. ..... saya tak mampu nak tulis panjang. Hati sangat tak tenang kerana tak tahu keadaan ibu, ayah, adik lelaki, keluarga dua orang kakak dan saudara mara yang lain di Pasir Mas macam mana. Semuanya sudah tidak dapat dihubungi sejak 3 hari yang lalu.

Allah menguji umat-Nya

Mak Cik AN ni tengah demam ya, kawan-kawan. Tapi di hari ketiga ni saya rasa gagah dah sikit. Tekak pun dah makin selesa, perut pun dah mula tunjuk tanda lapar bila bolrh dengar bunyi-bunyi lapar dari dalam tu. Dua hari sebelum ni, paksa diri telan sesuap dua roti sebelum makan ubat pun rasa seksa nak masuk. Nazif dihantar ke taska, Naim je yang ada di rumah dengan saya. Itu pun Naim yang jaga diri sendiri sejak saya demam. Insaf. Allah bagi sakit untuk uji saya. Tak selamanya kita sihat. Tak semuanya berjalan lancar untuk saya. Sedih saya, rasanya orang yang menjadi mangsa banjir jauh lagi sedih dan banyak penderitaannya. Moga mangsa banjir kali ni banyak-banyak bersabar ya.. 

Ultraman dengan buku

Image
Nampaknya berbaloi betul beli buku Thomas and Friends hari tu. Sampai hari ni, Naim masih lagi nak baca buku-buku ni. Maksud Naim nak baca ni korang tahulah, nak mama bacakan. Kan agak stress tu. Untuk korang yang memang rajin membaca pasti tak ada masalah ulang beribu kali pun kan? Saya ni, alahai pemaleh nau punya mak orang. Hari ni kira ok sikit sebab dah hari ke berapa. Kalau semalam dan hari sebelum ni,memang tak sempat buat apalah, disuruh baca dan baca lagi. Lagi dan lagi.  Tadi Papa N belikan Naim ultraman yang baru. Yang ni sebenarnya ultraman dah kali ke berapa dibeli. Buat kali pertama saya tak marah Papa N belikan ultraman ni, biasanya saya bising juga. Apa taknya, kalau jumpa orang jual benda ultraman ni Naim nak beli. Padahal dia main tu kejap je, lepas tu dia rosakkan ataupun mungkin adik yang rosakkan. Tadi saya tak kata apa, sebab saya ingatkan kalau dah ada permainan baru ni, Naim akan lupa dengan buku Thomas and Friends tu. Salah jangkaan saya rupanya. M...

Naim Nazif ke Pameran Big Bad Wolf

Image
Sampai juga kami ke BBW ni. Selama ni tengok orang lain je pergi pameran ni. Tapi, saya balik dengan sedikit kecewa sebab tak jumpa buku-buku agama dan motivasi yang saya idamkan. Kecewa ya, padahal bukan rajin menelaah pun sejak beberapa tahun ni. Sesiapa yang pernah pernah pergi ke pameran ni, memang tak ada jual buku macam tu ke atau saya saje yang tak sempat jumpa?  Bila dah penat Nazif minta saya heret bakul dengan dia pula masuk kat dalam tu...sabar jelah Masa kami pergi tu taklah ramai sangat orang. Agak selesa juga nak memilih buku dan mengheret bakul tu. Tak adalah berlanggar atau sesiapa kena heret sama dengan bakul tu. Maklum sahajalah, pada saat-saat kecederaan je saya boleh heret bakul tu. Sejak dari awal, Naim dan Nazif yang beriya-iya heret bakul ni sorang satu. Masa dah penat berjalan, mulalah Nazif minta nak masuk ke dalam bakul, "Adik dah penat" katanya. Ingatkan bila Nazif dah masuk bakul ni lagi senang nak memilih buku-buku kanak-kanak yang ...

Chichi dan Chacha

Image
Semenjak cuti ni, banyak juga rancangan kanak-kanak yang saya tonton sama ada secara sengaja atau tak sengaja. Antara yang tak sengajanya ialah rancangan Chichi dan Chacha ni. Entah macam mana Naim mengganggap saya suka rancangan ni, jadi kalau ada je keudara rancangan ni, cepat-cepat Naim akan paksa saya tonton rancangan ni. Cerita mama, katanya... Bila pula mama kamu suka cerita ni entahla. Tapi saya layankan je, bukan lama pun rancangan ni. Tapi nampaknya bagus juga rancangan ni. Sesuai kalau nak ditonton oleh anak-anak dan ibu bapa. Konsep rancangan ni ala-ala High-5, yang rancangan luar negara tu. Ada lima orang pengacara yang ada sekali-sekala menyanyikan apa yang dibincangkan dalam rancangan tu. Isu yang dibincangkan pun sesuailah untuk usia kanak-kanak seperti isu pencemaran alam. Kalau Naim naik syok dengan lagu hari tu, maka mamanya pun dipaksa bergedik bersama-sama. Konsep rancangan pendidikan yang baik ni. Ada juga segmen kraf, diorang tunjukkan kraftangan mudah yang s...

Ini entry terbaik 2014

Image
Saya dah terpengaruh, jadi ambil sikit masa nak sertai segmen Diana kali ni. Lagi pun syarat mudah, blog Diana memang saya dah berzaman follow dan tak ada kena like apa-apa di FB yang memang dah bertahun saya delete akaunnya. Jadi inilah dua entry yang saya pilih untuk dicalonkan dalam segmen kali ni. Tak fikir panjang pun untuk memilih dua entry ni,  tapi dua entry ni saya pilih atas sebab dikatakan baik penulisannnya oleh para rakan blogger ( entry 1) dan yang kedua ni saya rasa saya menulisnya dengan penuh perasaan saya, perasaan seorang ibu yang sangat cemas yang saya rasa saya tak ingin sesekali lagi kembali ke masa tu (entry 2). Entry terbaik saya 2014 :    1  .   Ayat Seribu Makna    2.    Takkan kuulang lagi detik itu Jadi, sesiapa yang rasa terpengaruh sama, bolehla sertai segmen ni, boleh klik pada banner kat atas tu ya. Tarikh tutupnya 25hb Disember ya kawan-kawan.

WW : Contoh yang menjadi ikutan anak-anak

Image
" Mama, Naim ada dua tangan je" Dalam dua hari ni, Naim suka sebut macam tu. Masih lagi saya rasa lain macam bila dengar ayat ni keluar dari mulut Naim. Bila saya suruh sesuatu di saat Naim nak main atau ada benda yang dibuatnya, maka Naim pun keluarkan ayat macam tu. Baru tadi Naim ni guna ayat tu untuk minta saya angkat mainannya yang banyak. Grrrrr!! Pagi ni baru saya terfikir yang Naim dah pandai sebut ayat tu sebab dia mencontohi papanya. Ha, abang tengok ni, anak dah mula ikut. Papa N ni, kalau diminta buat sesuatu di saat ada benda lain yang dibuatnya, itulah ayat popular yang disebutnya. Ha.. anak pun dah pandai sebut gitu!!

Feeling anak empat

Image
Saya memang kagum dengan kawan-kawan yang dalam usaha membesarkan keluarga. Maksud saya, rakan-rakan yang bercita-cita nak ada 5 orang anak atau lebih. Bukan satu tugas yang mudah tu nak jaga anak yang ramai, kan? Hari Sabtu hari tu, saya cubalah nak feeling feeling kalau ada empat orang anak. Kebetulan ada dua orang anak buah tidur di rumah saya, maka kami bawa kedua-duanya berjalan-jalan sama dengan kami. Masa dalam perjalanan pun dah beberapa kali tersenyum saya dengan gelagat 'anak-anak' bertiga kat belakang. Mirul @ Abang Long hari tu, yang pakai baju merah tu mulanya mengajak ke Toy's R Us, ada mainan yang nak dibeli katanya. Kami pujuk, katakan kepada Mirul yang selepas berjalan baru nak bawanya ke tempat impiannya. Sampai ke ke depan kawasan Muzium TUDM tu, mulalah tunjukkan seronok masing-masing. Jarang sekali dapat tengok helikopter kat depan macam ni, buruk tu lain kira katanya si Mirul. Masuk lagi kat ruang pameran tu, mulalah tunjuk minat m...

Tarikan baru di Melaka : Upside Down House

Image
Teruja tak korang tengok gambar ni? Nampak real tak gambar ni semua?  Saya baru tahu tentang kewujudan rumah terbalik atau The Upside Down House di Melaka ni pagi semalam. Kebetulan masa tu saya mendengar perbualan antara abang ipar dan isterinya yang bermalam di rumah saya tentang tempat ni. Lalu, segera saya mengajak Papa N ke Melaka semata-mata untuk pergi ke tempat ni sahaja. Ingatkan tak jadi mulanya, sebab masa kali pertama saya sebutkan pasa tempat ni, Papa N menjawab dengan nada tinggi. " Ha?"  Mulalah buat muka sedih saya ni, tapi sebab ada orang lain di dalam rumah masa tu, saya kononnya nak cover lalu cakap lagi, "Melawak je, tak nak pergi tak pe". Papa N tanya lagi, " bila?" Acuh-acuh saya menjawab lagi," sekaranglah". Maka itulah kisahnya. Sampailah kami ke Melaka dua jam setengah kemudian.  Mujur model kecil tu sudi masuk dalam gambar. Saya paling suka gambar yang ni. Nampak ada kisah di dalamnya. ...

Perkahwinan : Proses mematangkan diri

Image
Hari ni saya berjumpa dengan seseorang, dan sebenarnya saya dah melihat perkara ni beberapa kali. Individu yang sama, banyak bezanya sebelum dan selepas orang tu berkahwin. Matang. Itulah perkataan yang saya cari. Proses perkahwinan mematangkan seseorang.. baru je kahwin beberapa bulan yang lalu, tapi memang berbeza karektornya. Alhamdulillah... Bersyukur dan beruntunglah orang yang mengikut hukum dan syariat yang Allah tentukan..jadi, bagi yang dah cuku syarat dan belum kahwin lagi tu, cepatlah kahwin.. Ha Dik...nangis je kerjanya, mama bagi kahwin baru tahu !! Ops..tak cukup umur lagi!!

Air dicincang takkan putus

Image
Moga keceriaan, kemesraan dan kasih sayang antara anak-anak mama akan sentiasa berkekalan.. Kejap tadi kecoh rumah dengan adegan tolak-tolak dan jerit-jerit. Tiba-tiba elok je diorang berbaik sendiri bila kedua-duanya kena marah. Tahu je diorang nak bersatu padu bila ada ancaman ( dimarah oleh mama supaya main tu elok-elok),  sekarang boleh bergelak-gelak pulak tu. Pandai-pandai la korang, mama nak tidur kejap.. tidur pun depan ni je, bersedia untuk apa-apa kemungkinan. Bersedia juga untuk ditarik-tarik tangan atau rambut oleh Nazif kalau dia nakkan sesuatu.

Rutin yang semakin ok !

Dah makin membiasakan diri dengan rutin harian sebagai surirumah sepenuh masa. Pagi-pagi macam ni anakanda saya yang berdua tu masih lena. Apa taknya kalau malam, jam dah masuk putaran hari lain baru nak tidur. Siang hari memang tak tidur pun. Jadi pagi, saya biar je diorang bangun sendiri, setakat ni lebih kurang antara jam 9.30 hingga pukul 10.00 pagi diorang akan bangun dengan mood yang cukup baik. Sementara anak tidur, saya dah jemur baju. Dah masak agar-agar. Dah keluarkan lauk dan kuih frozen untuk digoreng jika diminta.. kentang pun dah siap potong, kejap lagi boleh goreng. Memang kena ada stok banyak bila anak kat rumah ya? Makan mulut kecil ni takla sebanyak mana, tapi lepas diorang buat aktiviti, diorang akan minta makan. Payah pulak tu nak bersabar lama-lama. Ingat mama diorang ni ada kuasa ajaib ke apa, bila petik jari terus siap apa yang diminta. Jadi, kalau dah sedia awal-awal dapatlah kurangkan masa penyediaan makanan tu. Setakat seminggu ni saya rasa tips yang paling ...

Nasi goreng kacang botol

Image
Betul ke nama ulam tu kacang botol? Malas saya nak tanya google, tapi orang kampung saya sebut nama ulam tu macam tu ya kawan-kawan. Biasanya makan cicah budu je, kali ni buat yang lain sikit. Menu sarapan kami pagi ni ialah nasi goreng kacang botol. Sayur lain dah tak ada kat peti sejuk kami, jadi saya potong halus-halus ulam tu, masukkan ke dalam nasi goreng saya. Ahli rumah ni, wajib ada sayur atau serat. Kalau nasi goreng togel tu kan, ditanya pulak kenapa saya tak masuk sayur. Saya pula, kalau pagi-pagi malas rasanya nak ke kedai untuk beli sayur. Kalau pergi, nak terus pergi mall yang jauh, meh shopping beberapa jam... haha..bijak alasan kenapa letak ulam tu ke dalam nasi goreng. Tapi sedap je di tekak saya ni. Boleh tahan rasanya. Kenalah dengan nasi goreng ikan masin ni sebenarnya. Dah siap tadi, pandai-pandailah ahli rumah nak makan dengan ayam goreng yang semalam tak habis atau dengan telur dadar. Tak nak pun, makan je gitu, jangan banyak komplen tau.  ...

Nak tukar baru

Assalamualaikum semua.. Ada yang perasan tak perubahan yang ada? Sesaja saya ubah layout dan background blog ni sebab rasa dah lama sangat blog ni berwajah hijau tu, jadi tadi saya saja-saja usik coding dan template. Bab coding nampaknya saya kena dapatkan bantuan pakar, kerana memang saya rasa tak tahu apa nak sentuh untuk mengubah elemen-elemen yang saya rasa saya tahu. Mungkin kerana pihak yang buat templete lama tu ada teknik yang saya tak tahu. Apa-apa pun untuk sementara ni, layan sahajalah apa yang korang nampak ni ya.. berubah demi sesuatu y ang baik, pastinya lebih baik..... Anakanda-anakanda saya dah memanggil-manggil tu, maka lain kalilah bercerita pasal pengalaman jadi mak yang bercuti dan jaga anak sepenuhnya. Pastinya hari ketiga lebih baik dan dah mula rasa aman kat rumah ni..  Ok jugalah rupa baru blog MamaNaimNazif ni? alah, ok kan sajalah...

Ubi purple

Image
Pernah makan ubi warna ungu ni? Apa ya namanya?  Mak saya bagi masa nak balik ke sini. Maka, saya yang kurang mahir ni buat-buat bijak, potong ubi ni kecil-kecil. Lepas tu rebus sehingga lembut. Kemudian lagi saya masukkan santan dan gula..  Hasilnya, tak berapa sedap di tekak saya. Ke memang rasa ubi ni macam ni? Ubi yang sama ni boleh buat kerepek kan? Macam pernah makan kerepek berwarna purple dulu. Rasanya kali terakhir saya makan kerepek ubi ungu ni, perut saya jadi dipenuhi angin, senak betul sampai kena jumpa doktor. Rupa-rupanya masa tu saya baru mengandungkan Naim, perubahan hormon kot menyebabkan perut asyik kembung je masa tu. Lepas tu terus rasa serik nak makan kerepek ubi ni.

Lega satu perkara

Ai semua..assalamualaikum.. hari kedua hampir berakhir. Makin lama agaknya saya akan makin biasa dengan rutin kedua-dua anak comel ni. Haha.. intronya macam hari ni berjalan lancar je kan? Haha, taklah sehebat itu, namun sikit sebanyak boleh dikatakan hari ni ialah hari yang lebih baik. Ahmad kecil dah makin kurang buat perangai, jadi mamanya taklah rasa stress sangat hari ni. Saya ikit nasihat Diana, hari ni jadi guru disiplin. Jadi sedikit sebanyak bolehla saya bagi tumpuan kepada Naim juga. Kesian Naim semalam, memang macam diabaikan, sebabnya memang adik yang dapat sepenuh perhatian. Maka hari ni, mamanya usahakan nak buat aktiviti yang Naim suka. Kami tengok Pink Panther bersama-sama. Sebelum tu sempatla saya main tulis-tulis dengan Naim. Dia nak saya sebut apa bendanya dan dia nak menulis. Layankan sahaja sementara Naim ni dalam mood yang baik. Apa yang saya lega tadi ialah hari ni Naim dah mula tulis E dengan betul. Risau saya bila sesi yang sama dibuat semalam, Naim tulis hu...

Tak semudah disangka

Image
Memang saya dah agak kalau saya yang jaga kedua-dua Ahmad ni, saya yang 'masak'. Tapi Papa N dah beriya, seolah-olah mencabar saya bila dikatanya "takkanla anak sendiri pun takut nak jaga?" Amboi.. bukan takut, tahu tak? Tapi budak-budak ni yang tak takut mama diorang ni. Terutamanya si Ahmad kecil ni. Alahai, sepanjang hari ni memang mencabar kesabaran mamanya. Merengek dan bergayut di kaki mama tu dibuatnya pada awal pagi. Memang saya tak dapat nak buat apa masa tu. Sekali sekala rasa tak tahan, saya biar je si Ahmad kecil ni meraung sehingga selesai apa yang saya nak buat.  Kalau tak, mahu lapar kami bertiga tak sempat nak sediakan apa-apa makanan. Di saat Ahmad kecil ni betul-betul meraung, sempat saya ambil satu video dan segera saya kirimkan kepada bapaknya. Sebagai bukti anaknya buat hal. Ditambah pula dengan MIL yang nak singgah lagi sekali hari ni. Mengenangkan rumah yang patut dikemas, saya mencari helah beberapa kali supaya kedua Ahmad ni beri saya ruang...

Roti sardin pembuka tirai

Image
Setelah sembilan hari meninggalkan rumah, petang ni kami selamat sampai ke rumah. Wah, bahagia rasanya. Masuk je ke dalam rumah tadi, suami saya terus mengatakan , "bestnya bau rumah sendiri". Saya pun, juga rasa macam tu.. memang rasa seronok dah kembali ke rumah sendiri. Walaupun masih lagi rasa penat berjalan jauh, malam ni saya masak juga. Tapi saya tak memasak beriya-iya pun, cuma masak sikit jelah, goreng je roti sardin segera yang dibeli. Jamu orang yang sedang melayan bola. Rindu nak sepahkan dapur sendiri.... hangus ke, kurang sedap ke, itu lain kira, apa yang penting, buat sendiri kita tahu bersihnya, halalnya dan pastinya ikut citarasa kita..

Ayam, itik dan kambing

Image
Ai semua.. Kami masih lagi di luar kawasan. Meneruskan perjalanan dengan balik ke kampung untuk beberapa hari. Awal pagi tadi kami keluar untuk membayar saman trafik yang kena masa sekatan jalan raya di Jeli. Masa tu ingatkan kenapa kena tahan, rupanya polis tu bagitahu lampu brek ketiga kereta kami tak menyala. "Acu cik gi belakae, cik tengok saya tekae brek ye" Suami saya dah berfikir sebelum dia keluar dari kereta, saya gelak juga masa tu. Dah agak dia tak faham sepenuhnya ayat polis tu. Hari ni bila Papa N pergi bayar, katanya dua kali ditanyakan pada polis tu ayat-ayat yang beliau tak faham. Dikenakan RM100, dan kata polis tu kalau nak murah lagi kena pergi buat rayuan di balai polis berdekatan dengan tempat yang mengeluarkan saman tu. Dalam hati saya, agaknya berapa kali polis tu terang sebelum difahami ayat-ayat tu. Haha, jahat bininya ni ya.. Dah petang ni pula, kami singgah di satu bengkel di kawasan Kota Bharu ni untuk membaiki lampu brek yang ...

Romantik ke kedekut ni?

Hari ni MIL cheq buat rancangan ke Sunway Carnival Mall ye kawan-kawan. Abis, kenalah semuanya mengikut. Cheq ni tak minat mana masuk ke mall gini, sebab target kalau bercuti nak pergi ke tempat yang ada alam semula jadi. Eh, duk utara beberapa hari dah mula cakap utara ya? Alang-alang dah masuk, cheq pun jalan-jalan la sorang diri, membawa diri katanya. Kesnya masa mula-mula masuk cheq melawak minta beg tangan baru, laki cheq kata "bukan datang nak shopping ni, nak habiskan masa sama-sama keluarga". Mulanya merajuk gak, sambil saya jalan tu dah berniat nak beli juga beg tangan dengan duit sendiri. Amboi, merajuk macam pasangan baru kahwin gitu. Haha, padahal bukan apa sangat pun. Bila dah jalan-jalan seorang diri tu, saya mula rasa bosan. Tengok beg tangan pun rasa tak berapa menarik sampai nak beli. Tak lama pun jalan sorang diri tu, lepas tu Papa N menelefon saya. Anak-anak dah selamat masuk ke tempat permainan, ada yang sudi menjaga budak-budak kat situ. Beriyalah kono...

Not yet end but mission accomplised

Image
Tujuan nak merapatkan hubungan antara ahli keluarga yang ada. Masa cuti pasti tak sama, tinggal pun jauh-jauh antara satu sama lain. Berjalan seharian, Atuk dah penat, jadi dapatkan perkhidmatan kerusi roda, cucu-cucu terutamanya berebut-rebut nak menolak Atuknya. Moga jadi ikutan buat kedua-dua Ahmad ni, anak mama yang mama sayang sangat ni, nanti mama dan papa dah tua bolehla bawa mama dan papa jalan-jalan macam ni. Kalau kena tolak, pun berlapangla dada ya anak-anak mama..  Bersama-sama menikmati pemandangan, tiada yang berkecuali.. Sesi paling seronok bila makan minum beramai-ramai. Semua benda terasa sedap dan bermakna. Inilah vending machine yang saya maksudkan dalam entry lepas.  Sesuatu yang tak dapat dibeli atau ditempah.. kena mengalaminya baru la terhasil muka gembira seperti ini. Baju hijau... tak nak letak apa-apa ayatla untuk gambar yang ni..

Masjid Terapung, Tanjung Bunga

Image
Entry pasal tempat di Pulau Pinang lagi nampaknya. Korang bertahan sahajalah ya.. kalau mood elok, esok ada lagi entry pasal family day kami ni. Diana , PK dan korang yang dari Penang, buat-buat layan jelah orang yang dua tahun sekali sampai ke Pulau Pinang ni, jakun katakan.. Semua rasa seronok bila bercuti ni.. Masjid Terapung namanya. Rasanya lapang dan cantik masjid ni kerana kedudukannya yang berdekatan laut dan binaannya yang menarik. MD , bolehla bawak Mami ke Penang lain kali, singgah solat kat masjid ni dan boleh makan-makan di kawasan sini yang memang banyak pilihannya. Pemandangan pintu depan Kawasan tepi masjid, boleh nampak tepi pantai. Naim paling suka, dia duduk kat atas kerusi tu sambil termenung melihat pemandangan. Berangin agaknya, itu yang dia suka. Ada beberapa vending machine kat depan pintu masuk masjid. Rezeki budak-budak, anak-anak saudara saya ni, sementara saya menjaga diorang kat luar kerana tak solat, sorang dem...

Penang Butterfly Farm

Image
Jamu mata dengan keindahan bunga dan beratus-ratus rama-rama .. Tak sempat tangkap banyak gambar pun sebab Nazif takut dengan rama-rama yang terbang bebas tu, jadi banyak jerit-jerit masa kami nak menikmati keindahan kat situ. Apa benda ni? Agak saya ini yang sebelum jadi ulat beluncas, ye ke? Masuk kawasan indoor baru Nazif tak menjerit. Elok je dia nak main, barulah ada peluang mama dan papa nak melihat-lihat. Banyak juga bendanya..  pelbagau jenis rama-rama yang ada di seluruh dunia dipamerkan kat sini.. Geli pun ada bila tengok ni.. Rama-rama besar yang lawa..