Hati anak

Di saat mama buat kerja. Kononnya nak kemas rumah, lipat baju atau menonton tv.
" Mama, mama tanya Naim. NAIM TAK APA-APA KE?" Pinta Naim sambil tarik tangan saya. Saya mula fahamla..kena cepat-cepat tanya seperti yang dia suruh tu.

Terima kasih Naim, kerana mengingatkan mama kamu ni..
Ada masa mama sibuk dengan kerja sekolah dan kerja rumah..

Hampir menangis saya bila Naim cakap
" Terima kasih mama. Mama ni baik. Naim sayang mama".

Kata-kata terima kasih tu sebab mama mendengar dia nak bercerita pasal kawan-kawannya di sekolah sambil mama lipat baju yang setimbun. Macam baju tu akan rosak kalau tak lipat lagi, kan?

#prayforthebestformykids

Comments

  1. Naim budak yang sangat baik, mak bapak Naim pun adalah orang yang baik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan mama baik tu, buat saya sedih.. rasa macam Naim nak sangat perhatian saya. Selalunya kalau ada masa lapang, adik lebih berkepit dengan saya.. Naim ni macam jeling2 je dari jauh.. jadi, dia puji gitu rasamya seeolah2 dia nak lebih masa dengan saya.. itu yg sedih

      Delete
    2. Adam dah pandai express kan perasaanya. Kalau terlebih sangat layan adik, adam datang dan cakap " asyik manja2 dgn adik je. Adam pun nak! "

      Kadang2 kita lupa kan.... Anak yang besar pun perlukan perhatian yang sama

      Delete
  2. hihihi. mmg baju takkan rosak. kadang2 kita lupa!
    anak2 boleh jadi reminder yang hebat kan!

    hi naim!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan.. ada masanya rasa tak layan anak sebab keje yang lain.. mujur anak jenis gini.. boleh mengingatkan kembali

      Delete
  3. Baik naim .. Reminder bergerak ;) , cantik gg naim

    ReplyDelete
  4. mama dia hebat anaknya pun hebat juga...
    semoga naim membesar menjadi kebanggaan mama dn ayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama dia jenia tak hebat Knor.. banyak kelemahan dan sokmo stresd pasal keje. Padahal orang lain lagi banyak kerja drp saya ni..

      Delete
  5. haha..pandai naim...
    comel... bgus naim ni

    ReplyDelete
  6. wah, kita pun terharu..
    bila Luth nak cakap ni..

    ReplyDelete
  7. Alahai....... terasa suci ya amat.......Sapa? Dua dua sekali le mama ngan Naim hehe....
    Tulah tu bila awak cerita mcm ni OKje pun kadangkan tu ada mcm tak layan bila TLBD cerita...kadang tu tgh jalan ke dapurlah, tgh membloglah tgh tengok TVlah...kesian pulakkan...
    Kena ubah jugaklah nampaknya lepas ni...

    ReplyDelete
  8. good boy la naim....bile die ckp terima kasih, bile die puji masakan kite mmg rase terawang2 dek pujian anak2 tu kan aisy..... ye laa anak2 ni tak reti menipu ...hehehe kalo memuji mereka ikhlas gitu ....

    cantik gigi naim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. gigi si penggigit ais ni.. orang kata kalau suka gigit ais, gigi jadi lebih kukuh.
      Dua beradik ni suka gigit ais sejak umo setahun..

      Delete
  9. smart gak naim ni AN!terharu lak bila ank ckp sedemikian rupa..apapun akak bangga la ngan AN,ibu muda berkerjaya lg blehuruskan sumer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak layak saya dipuji ni kak..
      Kelam kabut rumah saya dan pengurusan masa saya sebenarnya memang tak tersusun selalu.. kalau dh penat, saya memang biar je..

      Delete
  10. Mahulah tak terharu kalau anak puji kita. Kalau saya, dah kembang kuncup hidung merah-merah jadinya terasa sedih. Mulalah rasa macam cukup ke masa kita spend dengan anak-anak. Kain baju kalau dilonggok tak berlipat memanglah tak rosak tapi masa yang kita tak gunakan untuk bersama anak-anak bila diperlukan, memang akan 'merosakkan' memori kita bila dah tua nanti. Terasa menyesal pulak...

    Anyway, awak memang emak yang baik, AN. Kalau tidak takkan Naim dengan gembiranya ucap terima kasih pada mamanya :)

    ReplyDelete
  11. Kadang2 dek kerana kesibukan kita terlepas pandang pada kehendak rutin anak2...walaupun tak disengajakan...

    Sekiranya ada anak2 yang faham...bertuahlah...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  12. amboih,..siap puji2 tuh..senang hati mama nya mendengar..:)

    ReplyDelete
  13. teringat pula kat shamir edwin..dia pun selalu cakap cikgu ni baikla..bdk ni mcm naif sangat.kesian sgt!

    ReplyDelete
  14. sejuk hati mama bila naim ckp camtu ye..
    moga jd anak soleh ye naim :)

    ReplyDelete
  15. ala.ayat naim sangat la sweet,
    cantik gigi dia.

    ReplyDelete
  16. aduhai..kalau IbuNoey dengar macam tu,confirm nangislah..kadang kita sebagai ibubapa ni tak sedar kita kurang perhatian pada anak-anak kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?