Usia mummayiz
Melayan anak-anak sememangnya sangat mencabar di samping menyeronokkan pada masa yang sama. Bertabahlah hati mama bila kedua-dua Ahmad ni jenis saling nak menarik perhatian mama dalam masa yang sama. Apa yang abang buat, si adik pun nak mengikut. Apa yang adik ada, abang pun pasti nak benda yang sama.
Bila MD sebut dalam entrynya pasal Adik suka mengajuk Abang bercakap, saya teringat kat anak-anak saya ni. Pun situasi yang sama. Nazif ni, suka sangat ajuk cakap orang. Ada masanya sakit perut gelakkan dia. Apa taknya, bayangkan masa saya membebel menasihati Naim ni, tiba-tiba ada suara latar belakang yang mengajuk bebelan saya tu. Siapa lagi kalau bukan Nazif ni. Dia macam tukang menyedap ayat, boleh dengar Nazif ikut saya sebut, "tau", "jangan buat agi", "dengar cakap mama tau"... kalau abangnya angin baik, ok je. Kalau abang pun angin tak baik, bolehla saksikan ada orang kena ketuk kepala pulak.
Semalam, masa saya pergi ke rumah Kak Ja, anak-anak Kak Ja suapkan Nazif dan Nazim dengan banyak makanan. Ibu diorang yang suruh, katanya kalau budak berdua ni kenyang, mudahla saya bila balik nanti. Tapi, tahu tak apa yang berlaku? Dalam perjalanan balik, memang dua beradik ni tak diam langsung. Banyak tenaga diorang main mengusik dan gelak sampai saya dah tak larat nak larang diorang pun.
Tapi, di usia mummayiz ni, memang kita kena banyak main-main dengan anak, kan? Kalau bab main-main gurau ni, boleh katakan rumah kami tak pernah sunyi. Ada masanya saya rasa kat rumah ni ada tiga orang budak. Dua Ahmad dan papanya sama je cara gelak bila sama-sama bergelak ketawa masa main dan bergurau.
Permainan yang diorang bertiga ni main ada kala saya sendiri rasa entah apa-apa. Main panjat belakang papa. Main kejar-kejar atau main-main sergah dan berlakon seolah-olah takut dengan sergahan tu jadi sumber keseronokan.
Main ambil gambar lucu macam ni pun biasa. Lepas beberapa snap, diorang tengok semula gambar dan gelak-gelak ramai-ramai.
Moga kemeriahan macam ni kekal untuk kami . Risau juga saya bila Papa N bagitahu kemungkinan tak lama lagi kalau dapat projek baru, masa kerja Papa N dah tukar ikut pelanggan baru, iaitu masa UK. Alahai, kalau papa balik pukul 12 malam, apa nasib kita tiga beranak nanti? Ai... gurau dengan mama, pastinya lain caranya dan tak main lasak macam masa main dengan papa.
konfius baca..ingatkan mama yiz...mumayyiz deh!sori..jgn terasa..
ReplyDeletecomel papa N eh..mama tak pakai ke spek comel tu?
Haha.. kalau mama pakai pun gambar tu takkan ditunjuk ke orang lain.. hihi
DeleteMemang riuh rumahkan. Kalau saya balik, si kecil tu terus ajelah nak datang salam sambil sibuk nak angkut barang. Belum masuk pintu rumah lagi dah penat. Lepas tu startlah tak berhenti superheroes ni bergegak gempita dalam rumah dah macam menjaga 18 orang budak je gayanya.Tegur yang ini, yang itu buat hal. Yang ini mengadu hal sekolah, yang itu pun sibuk tarik muka nak mengadu pasal 'hal sekolah'nya juga. Pening-pening....*__*
ReplyDeleteHaha. Jadi kira normal ke anak2 saya ni? Ada masa saya terfikir rumah kita je ke bising macam ni, Naim? Cuba tengok rumah sebelah diam je.. padahal rumah sebelah, orang bujang tak kawin duduk pulak sorang, memang la diam..hihu
DeleteNak banding dengan rumah orang bujang, memanglah.... Tapi saya rasa berdasarkan cerita kita yang hampir serupa, anak-anak kita ni kira okeylah juga. Kita aje rasa 'bising' sebab kita memang suka suasan sunyi sepi. Kalau ikutkan ada je anak orang lain yang lagi hiruk pikuk tak makan saman sampai kita tengok pun jadi panas hati apatah lagi emak mereka sendiri.
DeleteSekarang ni daripada sunyi sepi lebih baik bisingkan, AN. Nanti-nanti bila kita dah tua, sunyilah balik hidup ni. Sedih pulak rasanya ....
msa ank tgh mbesa ni la..kita layan je bermain dgn dia org..
ReplyDeleteamboi..nmpk muda papa N.. hehe
Haha. Tu baru papa yang pakai, kalau mama pakai lagi nampak remaja.. itu yg takleh pakai spek mata nazif ni.
Deletecomel gambar pakai spec ni..
ReplyDeletebudak lelaki klu main dengan papa mmg la ganas sikit..gurau dengan mama tak boleh la ganas2.muahaha...
Hehehe ingatkan syafiq je asik ajuk ummi bercakap
ReplyDeletetak sabar nak tunggu rumah saya pon riuh macam tu.
ReplyDeletealahhhhhh nape tak letak gambar si Nazif sekali....barulah best tengok 3 hero bergabung sekali hehe....
ReplyDeleteMama jadi queen sesorang dalam rumah...bestkan .....memasing semua sayang.
Masa diaorang kecik ni kita dengar riuh rendah macam nak pecah rumah....jangan cakap rumah OKje ni pun senyap jer AN sebab memasing dah besar.... sama jer kekdahnya hehe
Siannya awak AN kalau Papa N kena kerja ikut masa sana....kuranglah masa jumpa kalau cenggitukan...
rumah saya kategori sunyi. memang ada budak, tapi x bising.
ReplyDeleteadam dan aleesya masih boleh kawal lagi. tunggulah dtg segerombolan kazen mereka. wahhhhh!!!!
nazif ni mesti kelakar..macam adrien jg suka mngajuk ckp mamanya ni, nak marah pun tak jadi
ReplyDelete