Boleh tahan juga Naim ni

Naim ni sejak kebelakangan ni saya tengok kemahiran bersosialnya makin baik. Lagi-lagi kalau kami keluar di kawasan rumah kami ni. Banyak kali juga di kedai makan atau di taman permainan atau di kedai sebaneka kami terjumpa dengan kawan tadika Naim, mulalah dia tunjuk bakat berkawan. 

Kalau di kedai makan, mulalah dia makan sambil main. Siap suruh kawan dia tunggu kejap masa dia makan dan cepat-cepat dia suap makanan untuk cepat pergi main. Saya perhatikan cara sembangnya macam budak-budak dah besar. Tahu diorang nak bercerita apa yang dibuat pada hari minggu, apa yang mereka jumpa dan siap tunjuk-tunjuk lagi pada saya dan papanya masa bercerita tu.. macam tak sangka pula Naim di usia empat tahun tahu bercerita macam tu. Padanlah kalau di sekolah, budak-budak suka sangat cakap dengan kawan dia, memang masa bercakap dengan kawan ni seronok sangat ya..

Ini baru empat tahun..Naim o Naim.. kalau kamu dah ada kawan perempuan nanti macam manalah ya? Ada ke macam papa kamu dulu, masa mula-mula kenal dulu, Papa N bagitahu mak dia garang tapi hatinya baik. Diceritakan juga Abah pula jenis macam mana. Kira banyak cerita pasal keluargalah pada masa tu, terus mama kamu rasa papa kamu ni jenis anak yang baik.

Legalah juga bila nampak Naim mudah berkawan. Tapi satu je, jangan benarkan budak-budak ni main ipad sokmo, kalau tak ginilah jadinya.. sembang kosong pun tidak..

Mama kamu ni Naim, banyak benda yang dirisau. Seharian berhadapan dengan beratus-ratus murid, saya selalu doakan anak-anak saya jadi insan yang baik bila tengok murid yang baik dan bila berhadapan dengan murid yang ada masalah, saya selalu risau dan harapkan anak-anak saya tak jadi macam tu juga.

Comments

  1. Ohh... friendly rupanya Naim ni ye.. Ieqa sebaya juga dgn Naim, tapi cukup takut dengan boys.. Harap² bila dah dihantar ke tadika tahun depan dia bolehlah bergaul dengan semua orang. InsyaAllah Naim akan jadi anak yang baik macam Papanya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naim ni setakat ni friendly dengan orang yg dia kenal.. kalau xkenal, dia mmg macam pemalu.. tapi oklah juga tu kan.. Ieqa dah ke sekolah nanti mesti ok juga tu...ramai kawan nanti

      Delete
  2. Alhamdulillah.In shaa Allah..semoga Naim jadi anak soleh,saham papa mama di akhirat..

    ReplyDelete
  3. wah..alhamdulillah..pandai naim bergaul ye..esok lusa dah besar ni mesti senang nak pergi mana-mana ni..sebab tak malu bertanya..;)

    ReplyDelete
  4. begitulah anak2 skrg walau ramai,tapi sepi jer..
    mana taknya sorang satu ipad di tgn...canggih sungguh.

    semoga naim ikut kwn2 yg baik2 saja

    ReplyDelete
  5. kemana tumpahnya kuah kan AN..ank cikgu pasti la pandai bergaul..hehe

    ReplyDelete
  6. Ohhh Naim dah nampak bakat peramahlah ni yeh AN......Nampaknya bakal wakil rakyat kot ....... Ada chance le mama nak tumpang glemer sok hehe....

    Ada juga budak jenis yg pendiam, tak reti nak berkawan..... Budak sekarang rasanya mmg lebih banyak berkawan dgn Hp atau Ipadkan, lupa dah kawan sekeliling.
    Lupa pulak anak anak OKje macamana dedulu.

    Alahhhh biasalah masa bercintakan....tukar tukar cerita pasal keluarga, konon nak bagi lebih kenallah tu....ada aje benda nak cerita yek hehe.... Kelakar kalau ingat cerita lamakan

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu,

    Cikgu ada byk experience. Of cos tau mcm ne perangai anak-anak kan? Sy pun seram gak ni dgn oengahruh rakan sebaya. Moga-moga semua baik-baik je.

    ReplyDelete
  8. pandai berkawan..nanti naik darjah satu mesti tak de apa2 masalah nak sesuai kan diri..tengok muka pun matang..

    ReplyDelete
  9. Naim ni kategori budak peramahlah kiranya. Jangan bimbanglah, AN. Insya Allah, yang baik-baik aje akan berlaku.

    Wah, jauh dah tu berangan sampai ke kawan perempuan anak! Nanti bila ada kawan perempuan, mestilah Naim tunjuk macho lelaki sejati gitu.

    ReplyDelete
  10. Insyaallah naim baru dapat kekuatan , pasni kemahiran sosial dia pasti bertambah ;)

    ReplyDelete
  11. suka tengok budak2 berkawan, comel jer dorang. Hari tu jelita balik dengan penuh baju berconteng kalerful, esoknya mak kawan dia yang sorang ni cakap, bukan projek kelas, tapi projek dorang 3 sekawan conteng each other and warna tu tak leh cuci hohoho.

    ReplyDelete
  12. kita baru keluar dr bertapa ni.hehe..

    baguslah naim semakin cemerlang dalam bersosial..budak2 klu dah bergadget mmg tak pandai nak bertegur sapa..bincang pun pasal game je.kita nii dah namanya mama mmg selalu risau,harap anak2 kita baik2 sokmo..:)

    ReplyDelete
  13. wahhh!!!! bagus la naim semakin bijak!
    memang risau kan... bila tengok macam-macam pengaruh kat luar, takut anak terikut. insya allah, kita bagi contoh terbaik untuk anak-anak

    ReplyDelete
  14. itulah bagusnya bila awal2 hantar anak ke taska atau tadika,mereka akan mula pandai bergaul dgn org2 sekeliling.. pasal ipad tu..oh itu tidak elok, mereka akan sibuk dgn ipad la pulak, akak lebih suka dorg bermain dan bersembang..

    inshaAllah semoga anak2 kita akn membesar menjadi anak yg baik,beriman dan beramal soleh..doakan sentiasa

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..naim pndai bkawan n sesuai kan diri dgn org..
    ok la tu.. nanti senang dh sekolah..

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...semoga dimasa2 akan datang Naim lebih terbuka dalam pergaulan disamping peningkatan usianya...

    ReplyDelete
  17. Peramah ye.. Ank LM dua yg kecik ni peramah. Yg dua atas x peramah. Hihi

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah.mmg sronok tgk anak anak baya naim ni bersembang.
    saya suka ni melayan.hihi

    waaa.. rindunya dkt anak anak tadika saya..
    nak nak si kembar daniel n danish. sorang lagi faiz. oghe kelate.pot pet je..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?