Posts

Showing posts from August, 2014

Meriahnya majlis ambang merdeka 2014

Image
Nampak kemeriahan dan keceriaan yang terpapar di wajah murid-murid ni? Alhamdulillah, tahun ni sekali lagi sekolah kami berjaya menganjurkan Majlis Ambang Merdeka. Rasanya majlis petang tadi paling meriah sejak empat tahun saya berkhidmat di sekolah ni, malah rasanya majlis sempena kemerdekaan yang paling meriah dalam sejarah perkhidmatan saya. Hihi..ayat macam dah kerja berpuluh-puluh tahun sebagai cikgu ni, padahal takla selama itu pun..takpe, itu tanda meriahnya majlis tadi pada pandangan saya. Korang tengoklah semangatnya budak-budak ni. Pelbagai bangsa memakai baju tradisional kaum yang ada di Malaysia.. Rasa seronok sangat dan lain semangatnya bila datang ke sekolah tadi, lama sekolah dipenuhi oleh murid-murid yang nampak lawa dan hensem dengan baju raya masing-masing. Pandai je diorang ni usahakan nak cari baju melayu. Hensem kan anak-anak murid saya ni pakai baju Melayu? Yang perempuan pulak nampak lawa bila pakai baju kurung masing-masing....

Wordless betul

Sekali sekala log in ke website yang saya jarang guna, mulalah lupa kata laluan.. Ai jenuh fikir, try and error, tak juga kena yang betul.. setiap kali log in macam itulah, tak insaf betul.. kenapalah tak tulis kat mana-mana sebelum ni, kalau dah tahu diri pelupa?? Adoi..tolong..

Adat bersahabat

Image
Hari ni saya kerja macam biasa.  Ada sekolah ganti satu sesi, tapi kami tak belajar pun tadi, sebaliknya adakan program aerobikton. Sebenarnya ini sebagai penutup kepada kutipan derma yang dibuat oleh warga sekolah beberapa minggu sebelum ni. Banyak juga pengisian aktiviti hari ni. Antaranya ada dipanggil pasukan jururawat dari KPJ Shah Alam, untuk sesi pemeriksaan kesihatan percuma. Saya dan rakan-rakan tak ketinggalan nak membuat pemeriksaan tahap glukos dan tekanan darah. Dah macam budak-budak pula, semasa sesi tu cikgu-cikgu ni kecoh pasal tekanan darah masing-masing dan juga tahap glukos. Seorang kawan saya gelakkan saya, sebabnya pada masa saya menghulurkan jari untuk diambil sampel darah tu, saya pejam mata sambil pusing ke arah lain. Katanya, orang dah anak dua pun takut periksa ni. Sebaik dapat keputusan, seorang rakan pula tiba-tiba pengsan. Tak sempat saya nak bagitahu yang keputusan ujian tadi saya cuma 5.4. Berkalut pula angkut kawan yang pengsan tu ke bili...

Kembalinya hamba Allah

Image
Assalamualaikum semua.. Bertemu lagi kita hari ni. Al fatihah buat semua mangsa kejadian maut MH17. Salam takziah buat seluruh keluarga. Rasanya boleh saya sebut salam takziah buat seluruh rakyat Malaysia. Kita semua memang sangat bersedih dengan kejadian ini dan merasa kehilangan saudara sebangsa serumpun kita ni. Bagi kita yang masih hidup ni, marilah sama-sama kita berkelakuan baik ( berjuruh) semasa hidup lagi ni. Moga di saat kita dipanggilNya, kita diberkati dengan syurgaNya.. amin.

Dah abis lalok

Assalamualaikum semua. Dah abis lalok mula rasa bosan duduk kat rumah. Sebenarnya saya tak berapa sihat hari ni, pagi tadi dah ke klinik dan diberikan cuti sakit. Balik tu saya makan ubat sambil tengok tv, tapi penangan ubatnya saya tertidur hampir tiga jam. Rasa macam dengar je kisah drama Angle Eyes tu tapi tak larat nak buka mata. Ini gaya mesti antibiotik ni saya takkan abiskan lagi. Hihi. Patutnya kena habis ya. Takpe kita cuba lagi malam ni dan esok pagi, kalau kesan laloknya macam ni juga cukupla ya.. tak jadi kerja macam ni. Nak cepat baik kena berpeluh badan kan? Saya nak pergi kemas bilik bawahla... sabtu ahad ni kot ada rezeki boleh pergi open house dengan senang hati takla risau rumah selerak lagi. Petang sikit baru saya pergi ambil dua anakanda tu. Diorang pasti teruja kalau sekali sekala mamanya yang jemput dari sekolah. Bab dapat jemput dan hantar anak ke sekolah ni memang seronok kan? Boleh tengok muka teruja diorang bila diambil tu... jadi meh cepat kemas dan boleh p...

Sesungguhnya rakyat Malaysia pemurah

Image
Alhamdullillah.  Gembira dan syukur sangat saya hari ni. Tak sangka sebenarnya, Papa N berjaya tolong saya. Terima kasih papa... Projek PIBG sekolah saya tahun ini adalah membuat kutipan derma sebenarnya. Mula-mula dengar tu memang langsung saya tak bersetuju. Malu eh nak kena bawa kad pergi kutip derma dengan orang lain! Anggapan saya masa tu. Tapi, apa kan daya, undian ramai memilih juga kutipan derma ni. Jadi, kenalah terima je dengan berat hati. Mulanya saya memang dah berhasrat akan keluarkan wang sendiri untuk memenuhi jumpa kutipan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.  Tapi, selepas dapat ilham daripada kawan sebelah, Zilla ni, saya pun mencuba nasib. Saya suruh Papa N bawa kad dan sampul surat ke pejabatnya. Kena pujuk juga tau. Mulanya Papa N pun segan nak meminta-minta katanya. Saya pujuk dengan katakan, bukan kena merayu meminta ni, tunjuk saja sampul kepada sorang kawan dan suruh je pass kepada yang lain. Sekolah tinggi semuanya, pandailah diora...

Nak latih anak bersabar

"Sorry sayang, mama lupa buat ais krim" , itulah yang dapat saya katakan bila Naim bertanya pasal ais krim yang dijanjikan apabila saya mula sampai di rumah petang ni. Beriya mama kamu berjanji semalam ya, tapi akhirnya mama lupa nak buat ais krim ya. Terus rasa bersalah bersarang di hati ni. Dah la dah lama diorang ni tak minta saya buatkan ais krim, bila diminta saya lupa pulak nak buatnya pagi tadi. Naim ni memang ingat sangat, terus dibuat muka penuh harapan yang saya pun rasa bersalah sangat. Jadi, tanpa buka tudung, shawl lilit lagi kat kepala terus saya cuci tangan dan buatkan ais krim untuk dua anakanda ni. Barulah Naim mula senyum kembali. Comel sangat senyuman gembira Abang ni tau. Tapi, masalah mula timbul. Oo penat nak menghadapi. Memang payah nak diatasi. Mulalah fasa merengek. Bukan seorang. Tapi dua orang. Naim dan Nazif sekali merengek meminta ais krim. Diorang ni kan, ingat dalam 5 minit je ais dah membeku jadi ais krim??  Nazif lagi drama king, siap bergul...

Menghadiri kenduri 3 dalam 1

Image
Sabtu lepas kami menghadiri kenduri, tiga orang sepupu Papa N berkahwin dalam tempoh setahun ni dan ibu bapa diorang mengadakan satu majlis resepsi pada Sabtu malam tu. Mak pak diberikan kain untuk buat baju kenduri. Tema warna hijau lembut, jadi anak-anak bolehla pakai baju raya hari tu. Jimat kat situ. Walaupun lain warna hijaunya, tapi kira bolehla, kan? Mama dan papa cuma bayar upah jahit baju je. Sejak tengah hari kami berkampung di rumah Uncle Chu, meriah bila ada ramai-ramai. Si kecil tak minta nak menetek sangat.. dah Naim pulak seronok main macam-macam dengan saudara mara yang ada. Dah siap berbaju pun masih lagi main macam-macam diorang ni. Sampai je kat tempat kenduri tu, budak-budak satu geng duduk di satu meja. Makanan belum dihidang lagi tapi diorang duduk elok-elok, buka doorgift dan sedang elok jumpa telur puyuh, diorang riuh makan telur puyuh ni. Naizf terutamanya, rasanya malam tu Nazif makan sampai 6 biji telur puyuh. Air sirap tu dua ti...

Menikmati pagi Ahad dengan biskut raya

Image
Bukan biskut raya lebihan untuk raya tau.. ini biskut raya yang ditempah selepas raya. Dapatnya pada hari Khamis. Sebenarnya Kak Ja dan Kak Bi saya yang menempah biskut ni sebab kata diorang biskut ni sedap sangat. Akak saya ni kan? Padahal tahun lepas pun saya ada beli juga biskut hasil tangan kawan sekolah, Kak Nurul ni. Diorang tak perasan pun. Tahun ni diorang minta saya tempah lagi 3 botol, jadi saya pun tumpang sekali jadikan 4 semuanya. Saya dengan Nazif je yang makan ni. Tapi dah hampir separuh botol tak ada isinya.. hihi. Tak sedar masa telan tu. Nazif ni lagilah, habis satu dia mintak lagi. Lepas tu lagi dimintaknya.  Bercakap pasal tauke rempah hitam dan biskut ni, saya sebenarnya kagum dengan Kak Nurul, kawan sekolah ni. Akak ni, katanya masa anak kecil dia memang tak memasak. Sama ada suaminya belikan yang dah siap atau makan di kedai, itulah cara dia makan seisi keluarga. Masak di rumah boleh dikira, memang jarang sangat. Tapi, bila anak-anak dah maki...

Ugut dengan Rindu Awak 200%

Image
Ramai rupanya yang mengikuti dan meminati drama Rindu Awak 200% . Termasuklah budak-budak remaja yang saya ajar ni. Siap boleh merayu dengan cikgu untuk balik pada masanya kerana tak nak terlepas menonton drama ni. Padahal, bukan saya nak tahan diorang balik sebenarnya pun. Tak kose ambe. Lagi-lagi ambe ni antara cikgu yang memang cabut awal dari sekolah. Bila bebudak ni bising sangat masa saya mengajar tu, saya mula pakai speaker . Mulanya nak kuatkan suara supaya diorang akan bagi lebih tumpuan. Maklumlah waktu akhir, budak-budak dah hilang tumpuan sebenarnya. Tapi, semalam, cikgu pakai speaker pun, suara diorang lagi kuat. Amboi-amboi, tak boleh jadi ni!. Mulalah rasa berasap kepala saya ni. Dah lebih macam pasar malam ni. Sambil saya terfikir apa nak buat untuk ambil perhatian diorang, tiba-tiba saya sebutkan pasal balik lambat sekiranya terus bising. Tau apa yang berlaku? Budak Melayu, mula menjerit, " tak nak cikgu, cepat teruskan ajar, kami tak nak miss cerita Rin...

Kisah ke jamuan makan

Image
Assalamualaikum semua. Dah mula kerja hari ni, ramai yang sambung puasa sunat kot? Sabtu Ahad banyak pergi jamuan makan kat sana sini tu, pasti hari ni tak liat nak mula kerja kan? Entah apa yang saya rasa malas sangat nak menulis. Macam-macam hal sebenarnya, sebab tu hari tu saya dah jangka yang mungkin payah nak menulis lagi 100 entry sebelum menjelang akhir tahun. Tengok sekarang ini pun jelah, tarikh dan 11hb, tapi entry untuk bulan ni baru je berapa? Jadi, marilah mari atasi kesibukan dunia yang ada, isi masa yang bernilai ni tulis sesuatu. Mana tahu di situ ada memberi ketenangan bagi sesiapa yang dikehendaki.. haha.. ayat tak boleh tahan betul, masuk bakul angkat sendiri! Haha, bukan apa tau, kalau saya pun, selalu dapat motivasi daripada penulisan blog lain, jadi harapnya yang membaca blog ni pun sama. Ya? Kisahnya pagi Sabtu, bergegas kami ke Sunway Lagoon kerana ada hari keluarga syarikat Papa N bekerja. Dua Ahmad ni seronoklah main air. Mama yang penat nak melayan. Daripad...

Tak nak melebihkan antara anak

Biasa kita dengar ibu bapa yang pilih kasih kan? Mungkin kalau ramai anak lelaki, anak perempuan nan sorang menjadi pujaan. Kalau dah berderet anak perempuan pula, anak lelaki bongsu jadi kebanggaan. Mungkin juga anak yang paling hensem jadi pilihan. Tak kurang juga anak yang pandai dipuja lebih berbanding anak yang tak pandai. Sesungguhnya kita manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Namun selagi kita sedar, janganlah dibiarkan kekhilafan kita diteruskan, kerana pasti balasannya tak lama. Hukum dunia ni, siapa buat dialah yang tanggung akibatnya. Kalau kita memilih antara anak kita, pasti bila kita dah tua, dah tak berupaya dan kurang sihat, maka dapatlah lihat kesan perbuatan kita.. Saya menulis berdasarkan pemerhatian dan juga meluahkan perasan kerana disebut-sebut tentang lebih anak perempuan. For me, no need to provoke me with something that didn't happened yet.. and if it happened, i believed that Allah Maha Melindungi hambanya... amin. Sekian.

Two leos in the house

Image
Nampaknya ramai yang menyambut hari jadi sejak seminggu dua ni. Kat rumah Okje, TLBD  kan? Hot mama si PK pun semua orang datang makan-makan sempena hari jadi dia, bestnya tu.  Jenguk MD pula HDnya yang baru sambut hari jadi. Papa Usbez ni sama pula dengan tarikh hari jadi Abang Ngah hensem anak Acik Erna dan Eleena anak Kak Kamsiah. Sape lagi ya, ha...si Luth anaknya Petak Bunga pun geng kita juga..Kat rumah Bunda pun ada, Zarif ..Wah ramai kan? Termasuklah dua leo's yang ada kat dalam rumah ini, kami pun.. hihi...  Cari gambar nak masukkan ke dalam entry ni, tapi jumpa gambar comot, tak pelah, tak jadilah masuk gambar kami. Hari jadi saya sehari selepas PK, dah lepas dah, 3hb hari tu manakala Ahmad Nazif ni lahir pada 7hb Ogos 2012.   Untuk anak mama ni, mama tujukan lagu ini.... Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati A...

Alasan untuk gembira

Image
Entah nak tulis tajuk alasan tak ada mood atau macam kat atas. Tapi memikirkan berkenan perkataan kat atas, jadi itulah yang jadi pilihan. Bila masih dalam mood bercuti macam inilah.  Masih di awang-awangan rasanya. Padahal, pagi tadi dah minum susu untuk tambah tenaga. Dah pakai baju kesukaan untuk dipadankan dengan shawl pilihan masa nak ke sekolah. Sempat juga tonton cerita kegemaran untuk memulihkan mood. Dah sampai di sekolah pula, ternampak ada satu sampul dalam pigeon hole nama saya. Ada kad raya dan book mark rupanya.. hadiah daripada rakan blogger, terima kasih Irfa .. teka roti john pun dapat kad raya, alhamdulillah rezeki. Kira dua sahajalah kad raya yang saya dapat tahun ni. Kedua-dua pun tak sangka..yang pertama itu, lagilah, tahu siapa yang bagi saya? Murid yang paling nakal yang selalu saya marah. Terharu masa dia hulurkan kad hari tu.. terasa jahat diri ini marah budak tu. 

Demi balik beraya di kampung kita

Image
Kami bertolak balik pada jam 10 pagi tadi. Sampainya di rumah kat sini pada jam 11.30 malam. Kiralah sendiri berapa lama tempohnya. Rasanya bahagian yang sesak jalan tadi adalah bila nak merentas Machang dan Kuala Krai je. Lepas ambil jalan ke Lojing-Simpang Pulai, dah tak ada sesak mana pun. Berhenti sebab orang tu orang ni nak ke tandas tak payah cakap le, 6 kali rasanya. Eh, ke lebih? Saja-saja naik ke Tringkap nak beli strawberi dan sayur pun bukan penyebab perjalanan kali ni jadi lama. Apa-apa pun, demi balik kampung beraya tak apalah, semuanya ok je. Alhamdulillah selamat sampai sini semula.. Perjalanan yang jauh tak terasa bosan dengan gelagat kedua anakanda ni. Macam-macam akal deme ni. Kalau nak dirakam memang tak larat nak gelakkan gelagat diorang ni. Apapun, pengalaman membesarkan korang ni pasti akan mama kenang selalu.... Terasa makin tua ya.. moga panjang umo dan sihat selalu. Tetiba lak bagi ucapan untuk diri sendiri.. hihi..