Posts

Showing posts from October, 2013

Kenduri kek

Image
Hari akhir sebelum peperiksaan SPM bermula, cukuo meriah hari ni. Murid-murid bawakan banyak kek untuk dimakan bersama-sama dengan rakan dan guru-guru. Ada juga yang sengaja diberikan kepada guru. Alhamdulillah, syukur rezeki.. makan sambil iringi doa untuk kejayaan murid semua.. Dunia makin mencabar selepas ni.. jangan terlalu seronok dulu...

Jam

Image
Jam dinding di rumah saya ni diset cepat 10 minit oleh Papa N. Pada awalnya ketetapan macam ni sedikit menimbulkan masalah. Apa taknya, terkejar-kejar nak bersiap bila sekali sekala kena sekolah sesi pagi. Saya selalu lupa yang jam ni diset awal 10 minit. Kalut betul nak bersiap sebab menyangkakan dah lewat! Tapi, bila dah perasan yang jam tu dicepatkan, mulalah rasa lega..rasa selamat. Tapi, masa jam yang sama ni habis bateri hari tu, mulanya Papa N setkan waktunya tepat ikut jam di astro. Saya yang mulanya tak tahu, selamba je bersiap lambat sebab rasakan ada lagi 10 minit. Lagi kalut jadinya bila tersedar yang sebenarnya 10 minit dah tiada! Pengajarannya, kenapa saya mengharapkan masih ada masa berbaki? Kenapa mengeluh bila dah tepat masa? Patutnya saya yang kejar masa kan? Disiplin jawapannya.. hidup memang tak menunggu kita yang tak mengejarnya... Kalau berselerak macam ni, boleh tangguh masa masuk sekolah tak? Adoi, tolong....

Adat berkawan

Pening betul menjelang hujung tahun ni.. banyak perkara nak diselesaikan. Murid pula ramai yang tetap macam biasa. Cikgu -cikgu bagi siapkan PBS pun diorang buat main je. Yang bagus memang ada, yang nakal tulah yang buat cikgu tambah pening. Ada ke patut sambil saya buat ujian lisan, ada pula yang bergaduh. Sempat dikawal akhirnya baik tanpa apa-apa kecederaan pun. Terpaksalah amik masa yang sangat berharga untuk selesaikan kes, tinggalkan kerja cikgu jadi detektif sekejap. Setelah disiasat rupanya salah sebesar kuman je.. si A ni tak nak kawan lagi dengan B. Si B ni benganglah bila secara tiba-tiba dia dipinggirkan. Alahai, budak-budak. Apa nak diherankan bila orang tak nak kawan dengan kita. Kita pun carilah kawan yang lain. Mana boleh paksa orang lain suka kita. Yang penting kita jangan buat perkara yang menyakitkan hati orang lain terlebih dahulu....kan? Korang setuju tak? Tapi di zaman remaja ni, jiwa diorang ni kerap memberontak, kalau tak kena caranya memang diorang payah nak ...

Senang hidup dan Bersih

Image
Balik daripada kerja petang semalam saya tak disambut oleh Naim. Nazif je beriya-iya hulur tangan nak didukung oleh mama di muka pintu. Saya kerling tengok Naim. Patutla tak layan mama, dia dapat mainan baru rupanya. Ai, kereta mainan dengan alat kawalan yang dibeli hari Ahad masih elok berfungsi lagi, semalam dah dapat mainan baru. Papa belikan dia set kereta api, dengan hiasan lagi. Ada landasan, pokok dan rumah kat tepi landasan tu. Walaupun tak mahal tapi seronoklah dia... Terfikir pula, Naim ni apa dia nak selalu dapat. Dia usaha tu nak dapatkan. Tak boleh panjat, dia lompat, tak diberi dia akan menangis, merajuk, maka usahanya akan berhasillah.. Nazif pula, pantang diam kalau bab kebersihan. Suka sangat main dengan vakum dan penyapu. Nak mengemas je kerja dia. Almari baju diorang ni hampir setiap hari diselongkar oleh Nazif ni. Pengaruh nama ke ni? Naim -kesenangan hidup Nazif - bersih

Anak cikgu

Image
Naim ni memang pengubat letih mama apabila balik dari sekolah. Tengah penat bila sampai waktu magrib tu Naim ni buat  macam macam karenah yang menggelikan hati saya. Pernah tengok benda ni kan? Memang selalu banyak diletakkan di pagar rumah kami. Naim ni suka ambil kertas yang terselit di pagar ni, masukkan ke dalam poket belakang seluar dia dan apabila mama balik dia mulalah menerangkan apa benda tu. Macam cikgu sedang mengajar, Naim ni mulutnya pok pek sambil tunjukkan kertas tu. Ada gaya nak jadi macam mama ke?

Penggunaan kalimah

Entry kali ni berkaitan dengan entry saya yang ni . Lepas balik tu saya tak terlintas lagi, dah tulis entry tu baru saya teringat.. Saya pasti akak yang menyebut tu salah faham penggunaan Masya Allah dan saya yang juga naik hangin bila mendengar tu juga salah faham walaupun pernah dengar penjernihan ini. Jadi, saya salin sebahagian daripada entry ini , untuk kita sama-sama mendapat manfaatnya serta membaiki apa apa kekurangan dalam amalan hidup kita.. Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah: » MasyaAllah – Allah Maha Agung » Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah » SubhanAllah – Maha Suci Allah » Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah >>Innalillah wa inna ilaihi raaji’uun - Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan pada situasi kurang elok ialah “Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon keampunan Allah) ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita ...

Wajah baru Mamanaimnazif

Image
Terima kasih banyak kepada Najiah , blog saya ni dah berwajah baru.. Cantikkan korang? Lebih daripada jangkaan saya ni. Saya bagitahu nak buat blog ni jadi lebih kemas dan ceria, dapat macam ni, seronok bedo'ohh le saya.. Semoga murah rezeki Najiah ni, kreatif orangnya. Kalau sesiapa yang nak mendapatkan khidmat edit blog boleh berkunjung ke blog Najiah ye.. Terharu saya semalam, tengah Najiah ni buat kerja UmiAlya buat entry pasal blog saya ni tak boleh masuk.. Tambah lagi dengan Okje yang bagi mesej melalui G+, tanya khabar kenapa apa jadi.. korang memang sahabat yang baik la.. terasa seronok sangat ada kawan baik macam ni...terbaiklah korang. Saya ni agaknya dah takdir jadi cikgu BM, kerja-kerja IT makin tak reti sekarang.. Yang mudah untuk untuk kerja sekolah je bolehlah.. Sambil ni saya nak ceritakan tentang Naim. Makin petah anak sulung saya ni bercakap.  Beberapa hari lepas saya telefon ayah saya di kampung. Pada mulanya ayah tak berapa cam suara, jadi ayah tan...

Beef tepanyaki

Image
Haa.. nama kononnya macam masakan ala-ala jepun pulak. Padahal ini masak daging bakar je. Kisahnya tengah hari semalam lepas balik dari Plaza Alam Sentral tu, saya lembutkan daging. Memenuhi permintaan suami yang nak makan daging bakar, saya perapkan daging dengan bawang putih dan halia. Taruk sikit garam gula nak tambah rasa. Kalau tak entah bila nak habis daging korban pemberian Cikgu Rok ni. Kemudian, saya bakar je dua ketul besar macam tu. Bimbang takut bahagian dalam tak masak elok, saya potong kecil-kecil sebelum masukkan semula ke dalam kuali. Jadi, inilah hasilnya... Naim makan banyak. Siap angkat ibu jari lagi untuk tunjukkan sedapnya daging ni.

Ahad pulak kisahnya

Image
Pagi tadi Papa N mengajak saya ke Shah Alam. Mulanya saya tak nak ikut, nak jaga anak-anak di rumah saja. Si dia ni nak juga saya ikut, dengan alasan sekejap sahaja urusan yang nak diselesaikan di Shah Alam tu. Alasan lain lagi, kalau semua ikut pasti Naim pun lebih gembira daripada terperok sahaja kat rumah di hari minggu. Pikir-pikir, betul juga. Naim ni kalau dapat tengok lampu di kawasan tempat parking pun dia dah teruja. Ok, bolehlah ikut. Mula-mula kami singgah makan dulu. Papa N mengajak makan di Pelita. Saya cepat-cepat cakap tak nak makan di kedai mamak. Haaa..demand katanya. Siapa suruh ikut, kan?Jadi, kami bersarapan di Subway. Gembira semuanya pada masa ni. Dua je kami beli, satu chicken teriyaki dan satu lagi stik and cheese, makan kongsi empat beranak..sedap tak terkata. Ilham tengok blog nurbijen lah ni..haaa..semua berkenan. Dah abis makan, kami ke Plaza Alam Sentral untuk urusan papa. Masuk bangunan tu je, Naim dah mula buat perangai bila dia ternampak gerai ...

Alya Arissa datang lagi

Image
Sepupu yang hampir sebaya dengan Nazif datang lagi hari ni. Sedap je saya baring di bilik bila balik daripada beli barang-barang rumah pukul 4 tadi. Turun ke tingkat bawah dah pukul 5.40, tengok ada tetamu yang datang. Padahal uncle intan payung dah bagitahu diorang akan singgah. Ai...mama kamu ni dapat peluang lepak, memang tak lepaskan. Terkejut ada tetamu, cepat-cepat saya buat roti telur. Rajin kan, mestilah pilih menu paling mudah untuk disediakan. Tak tengok kanan kiri dah, rupanya tetamu pun ada bawa beberapa makanan untuk minum petang. Meriahlah jadinya. Singgah mandi dan solat je, Alya Arissa dah bertolak balik ke Kota Bharu. Jumpa lain kali ye, semoga lain kali Alya dah pandai jalan macam Nazif ye... Tarikh lahir dua sepupu : Nazif - Ogos 2012 Alya - Oktober 2012

D' Limau Nipis

Image
BSP ke Bandar Baru Bangi jaraknya kira-kira setengah jam perjalanan. Jauh juga tu kan? Semata mata nak makan tengah hari, Papa N mengajak pergi ke BBB lagi tengah hari tadi. Layankan sahajalah, saya lagi suka, tak payah masak, selamat jejari lembut ni. Kan? Kan? Siapa tak suka.. Minggu lepas, dah ambil lauk sotong bakar gred AA yang sedap, jadi minggu ni nak cuba ikan talapia merah bakar pula. Sedap.. berbaloi bayar RM 25 untuk ikan ni. Memang tinggal tulang je tadi.. Ambil pula ulam yang pelbagai, cicah dengan budu campur tempoyak, memang licinlah pinggan kami. Bergilir dukung Nazif yang merengek pun tetap licin lauk dan nasi yang diambil tadi. Alhamdulillah, Naim pun elok je bagi kerjasama masa makan tadi. Dia makan ayam goreng, ulam dan air dia dengan sopan dan diam je. Lapar sangat kot agaknya. Jadi apa lagi, dapatlah mama dan papa makan dengan nikmat sambil pujuk Nazif sahaja. Restoren ni memang sentiasa penuh orang. Siap buka dua ruangan lagi pun tetap ramai yang beratur un...

Tak kering gusi

Image
Seminggu dua ni memang tak kering gusi dengan gelagat Ahmad Naim. Ada saja ayat ayat dan kelakuan Naim yang buat kami sekeluarga gelak. Sambil saya melayari internet malam ni, Naim datang duduk kat tepi. " Mama, ambil gambar Naim". Saya pun ambillah sekeping. "Lagi satu mama". Kali kedua ni saya snap dekat sikit, close up pulak. " Mama, jauhlah sikit, tunggu Naim nak peace".  Arahan dia ni, sabar ajelah.. Kalau adiknya menangis, Naim akan cepat-cepat cakap, " Adik, jangan nangis, nanti kena tidur dengan kucing". Pandai guna balik ayat yang saya pernah gunakan untuk dia sebelum ni. Kalau dia pula buat hal, dia sendiri akan cakap, " Mama, hantar Naim tidur dengan kucing". Kalau melihat gambar keluarga yang digantungkan di ruang tamu, dia akan cakap, "Akak, nanti Naim nak pergi situ ye". Akak dipanggil mamanya, hihi..perasan sekejap kat situ jadinya. Botol susu tetap kawan baik bila waktu malam. Siap marah ...

Dah nazak

Image
Nampaknya seterika yang Kak Bi hadiahkan kepada saya ni dah makin nazak. Tengoklah keadaannya yang dah makin nak tercabut talinya ni. Dah sepuluh tahun pakai ni. Memang jenama ni tahan. Dah berbakti sejak saya di UUM hingga sekarang. Mujur Kak Bi ni jenis suka rekodkan tarikh pembelian barangnya. Jadi boleh tahu hayat prosuk tu. 10 tahun lama kan? Kalau beli baru pun nak beli jenama yang sama jugalah.

Menggembirakan diri sendiri

Image
Terkejut saya bila lepas mengeluh banyak kerja, tetiba je suami cakap, " Yang, kalau abang naik gaji dan pangkat, nak berhenti kerja tak? Sabarlah dulu ye". Haaa... walaupun tahu entah bila boleh ter amin doa laki saya ni, saya gelakkan juga. Dalam hati berkata, tahu juga laki aku ni nak pujuk bini dia ni. Haaa... terhibur juga sementara. Mengejar kerja takkan habis, kan? Kerja apa pun ada masanya akan sibuk dan tak tertanggung rasanya..  pada saya, di saat macam ni,  berfesyen-fesyen ke sekolah menjadi perkara yang boleh menggembirakan diri. Setiap hari cuba pilih baju dan tudung yang cantik, walaupun bukan semuanya pakaian baru.. mix and match jadinya lawa juga pada diri sendiri.  Rakan saya, Nisaq dalam gambar ni pun berpandangan yang sama. Katanya bila melawa ke sekolah, kurang rasa stress yang ada. Yang kelakarnya, Isnin yang lalu ada rakan yang senior tegur saya. Katanya dia tengok saya dan Nisaq kebelakangan ni sama naik. Bab pakaian ke sekolah. Jeles dia te...

Kongsi

Image
Makin seronok saya tengok keakraban dua anak lelaki kesayangan saya ni. Naim di usia 3 tahun 7 bulan dan Nazif, 1 tahun 2 bulan ni semakin banyak berkongsi minat. Suka lagu yang sama, makan pun banyak makan berebut manja makanan yang sama. Malam ni, mulanya kedua-duanya makan nasi dagang bersama-sama sampaikan hampir separuh nasi dagang tu dimakan diorang ni. Kemudian bila saya kupas mangga pula, sekali lagi keduanya makan bersama-sama mangga manis ni.. Kalau minum susu pun sama, kalau seorang minum susu, pasti yang lagi seorang pun akan minta susu juga. Yang kelakar dan agak gelinya pula, masa adik tengah menyusu dengan mama, Naim selalu mengusik macam dia pun nak susu juga..adoi...

Bila dah biasa

Image
Dah makin biasa dengan jadual terkini, nampaknya Nazif pun dah semakin faham keadaan. Dia tahu kena pergi ke taska awal pagi dengan papanya. Elok-elok sebelum tu berdukung dengan mama pun, terus turun dan jalan sendiri  masuk ke kereta papa bila papa mula hidupkan enjin kereta. Siap lambai kepada mama dengan bangga lagi bila berada dalam kereta papa...tak padan dengan sebelum tu tak nak duduk pun, asyik nak didukung dengan mama sahaja. Patutla kan? Kaedah nak mahir belajar pun kena banyak buat latihan. Dah terbiasa, benda yang dibuat akan jadi mudah.

3 vs 1

Image
Alhamdulillah dah habis cerita kegemaran tiga ore jate dalam rumah saya. Haa, kelakar tul, dah macam ada anak-anak remaja pula rasanya malam ni. Papa N, Naim dan Nazif kemain suka tengok cerita Diandra di TV3. Walaupun yang tengok ceritanya cuma papa tapi dua orang Ahmad ni takkan bagi saya tukar siaran lain. Kedua-duanya tunggu nak mendengar lagu Putih Putih Melati. Nazif pun kemain layan lagu ni. Dia siap tunggu depan tv lagi bila lagu ni dipasangkan.. siap gedik-gedik kaki dan tangan. Amboi dik, best sangat ke lagu tu. Tak padan dengan tu, siap ada makan-makan lagi diorang ni. Sambil tengok tv, sambil tiga beranak ni kunyah popiah seaweed. Paling seronok tengok cara Nazif ni makan.. macam sedap sangat je benda ni.. Tiga lawan satu, mama kenalah turutkan sahaja..layan kisah Dian sehingga habis pukul 10 tadi.. lain kali kena pengaruh anak-anak supaya suka rancangan kegemaran mama pula, kan?

Takut kena leter

Sedar tak sedar dah sejam lebih saya bertapa kat dalam bilik. Asalnya tadi, saya menanda kertas soalan PBS murid kat tingkat bawah. Tapi, tak banyak bertanda pun, sambil tanda tu mata tengok tv, citer korea. Mulut pulak mengunyah mangga manis yang MIL bawa dari Tapah. Kononnya tadi insaf diri, tak jadi kerja kalau saya di rumah ni. Niat naik ke bilik sebab nak siap-siap dan nak ke sekolah awal. Entah apa dibuat,  tengok jam dah pukul 11. Haaa.. Kalau malam saya buat macam ni, pasti Naim dah naik atas dan boleh dengarlah ayat-ayat dia.. Malam kelmarin, mamanya duk seronok tengok blog, Naim masuk ke bilik dan cakap dengan saya, "Mama, buat apa ni? Lamanya kat atas. Marilah turun". Haaa...rasanya papa dia yang ajar ke dia sendiri yang pandai cakap macam tu. Kalau Naim ada ni, mesti hari ni pun saya kena leter lagi. Ha.. nak kena ke sekolah dululah nampaknya.

Renungkan

Image
Sharing dr ust zahazan. Mendalam maksud nya. 1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar. 2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah. 3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis. 4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama. 5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas. 6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya...

Masa itu emas

Image
Walaupun hari ni hujan, rasa sejuk walaupun dah tutup aircond, walaupun Isnin, tapi rasa seronok nak pergi ke sekolah. Haa, bukan apa, mengenangkan tak lama lagi nak mula cuti ni, rasa masa sangat bernilai. Tak adalah lagi rasa malas atau Monday Blues. Nak kejar kerja-kerja PBS sebelum murid-murid mula cuti. Sian dua Ahmad ni. Nampaknya korang kena pergi awal setiap hari. Mama ada masa dua minggu je lagi untuk siapkan kerja PBS ni. Nanti cuti sekolah mula, hari-hari bertempek dengan mama ye.. Lagi satu, hari ni seronok nak pergi sekolah sebab tauke kek rajin buat kek coklat. Saya dah siap order semalam...dapat makan makanan kegemaran, baru ceria hidup kita seharian, kan Okje..

Merawat

Alhamdulillah..bertemu kembali kita di ruangan ni. Seminggu yang berlalu, banyak perkara yang berlaku sebenarnya. Antaranya, saya sendiri diserang rasa letih penat. Rupanya hb darah rendah. Patutla, asyik rasa nak baring je disebabkan penat tu. Maka, insaf diri. Cubalah tambahkan hb dengan makan kerang, bayam dan minum susu. Alhamdulillah, setakat ni nampaknya pemakanan tersebut sikit sebanyak berkesan. Pagi tadi juga buat kali pertama saya ke Pusat Perubatan Darul Syifa' di Bangi. Walaupun dah berlalu fasa Nazif menangis meraung pada waktu malam, namun usaha untuk mencegah itu pastinya lebih baik supaya kejadian yang tak diingini takkan berulang lagi. Terbuka sikit minda dan insaf diri juga untuk meningkatkan amalan ibadat setelah ke pusat rawatan ini. Update : atas permintaan Mama AdamAleesya, saya kongsikan di sini ilmu yang Ustaz Darul Syifa' minta saya amalkan tadi. 1. Jika berulang lagi anak menangis tanpa sebab yang disedari bukan sebab sakit atau lain dari kebiasaa...

Naim yang makin petah

Image
Bila berkumpul ramai-ramai di Melaka ni suasananya memang cukup meriah. Tambahan pula dapat makan ramai ramai sambil menyambut hari jadi empat orang ahli keluarga kami tadi, memang kecoh.. Di saat semua orang berebut nak ambil ikan bakar, nasi goreng, spagetti dan lain-lain di atas meja, Naim menunjukkan kepetahannya berkata-kata. Tahu apa dia buat? Naim angkat tangan macam gaya polis trafik tahan orang. Kemudian dia cakap ," Tunggu, awak makan kemudian!". Yang jadi mangsa tu, mak cik dia yang berusia 21 tahun. Haha... gelak besar Kak Yang tadi. Katanya, pandai Naim larang dia daripada ambil makanan.

Demam+ raya

Risau saya nak pergi berkumpul di Melaka esok petang.. Untuk sambutan raya haji tahun ni, MIL ada di Melaka, jadi kami semua ke Melakalah kali ni. Risau sebab saya masih lagi demam on off sejak 4 hari lepas. Selain tu, saya, Nazif dan Naim juga batuk dan selsema. Papa pula jangkit batuknya. Bimbang juga kami bawa virus kepada orang lain jugak kat Melaka tu..nak bergelak ketawa pun tak best sangat bila kejap kejap duk batuk kong kang ni. Demam saya ni pun satu hal...dah empat hari, hari ni terpaksalah juga saya mengalah dengan pil antibiotik..terasa kembali demam pukul 4 pagi tadi, saya pun mulalah telan pil tu untuk 5 hari seterusnya. Dah makan dua papan paracetamol ni, perut mulalah sensitif. Asyik rasa berangin dan gastrik manja-manja mulalah nak berkawan. Tambah lagi sakit yang ada...ai banyak tu pakej kali ni.. Ai, sabar , pujuk hati...dugaan ni untuk menghapus dosa. Pikir macam ti dan banyakkan berzikir supaya cepat baik sakit yang ada. Selamat berhari raya buat korang yang ba...

Hari Graduasi

Image
Sekolah sekarang ni dah jadi trend, mesti ada buat majlis graduasi untuk pelajar tingkatan 5. Ai, budak-budak pun tak kisah nak bayar RM 150 untuk majlis ni. Buat di hotellah katakan. Majlis dah gilang gemilang ni..buat hari Sabtu pula tu, korang kenalah belajar baik-baik dan pastikan dapat keputusan SPM yang baik ye...

Bergilir bergusti

Mama dan papa sama-sama sibuk malam ni. Dua-dua ada kerja yang kena disiapkan segera. Dua Ahmad pula tengah seronok nak main. Jadi, mama dan papa bergilir main dengan dua Ahmad ni. Masa main dengan papa, kedua-duanya sopan. Taklah kena marah. Mama pun boleh siapkan kerja cepat dan terus hantar ke email rakan. Tapi bila giliran mama pula yang jaga anak-anak, papa buat kerja, adoii... Mama digustikan oleh Ahmad Naim. Adoi, sakit betul budak tiga tahun ni buat. Larang dengan sopan dia buat tak faham, masih lagi nak usik mama dan adik. Jadi, kena guna suara kuat dan ugut nak bagi Naik tidur dengan kucing baru dia tak ulang buat smack down..  lega...

Setelah 4 hari

Image
Rasa cepatnya berakhir tempoh bertugas luar kawasan ni. Haha.. padahal bukan jauh pun tempat saya bertugas PMR ni dengan sekolah saya. Seronok sekali sekala dapat keluar. Oh, saya nak ceritakan pengalaman hari keempat yang agak lain daripada hari sebelumnya. Mula-mula, pagi-pagi lagi saya hampir menangis. Nak tahu kenapa? Tiga hari sebelum ni elok je saya bangun seawal pukul 5.30 pagi dan bertolak keluar dari rumah pada pukul 6.15 pagi. Pagi ni, bukan kata lewat keluar tapi saya bangun pun lewat. Terjaga pada pukul 6.17 pagi. Nak pengsan rasanya pada masa tu. Semuanya gara-gara berjaga malam kerana Nazif bangun main hampir dua jam setengah. Mujur, mujur, mujur. Alhamdulillah sempat bertolak keluar dari rumah pada pukul 6.35 pagi walaupun kalut mencari kunci kereta yang tak dijumpai mulanya. Alhamdulillah juga baju dan tudung yang nak dipakai dah siap digosok. Alhamdulillah juga Nazif yang biasanya terjaga sebaiik sahaja mamanya bangkit, pagi tadi tak pula terbangun. Sempatlah...

Kedekutnya mama

Image
Haa.. Naim sekali makan ais krim ni empat! Jadi dah habisla, tak dapat orang lain makan sama. Semalam, dan hari ni, dia je yang makan ais krim buatan sendiri ni. Salah mama kamulah ni. Jimat sangat, masa masuk Daiso, teringat projek MiaMija buat ais krim, saya pun ambil bekas ais krim ni juga, ambil satu je! Ada ke patut! Haha... Naim tak habisla puji. " Sedapnya ais krim mama buat ni. Pandai mama. Terima kasih".

Pengaruh nama panggilan

Image
Antara rakan setugas dengan saya masa PMR ni ialah seorang ustazah. Hari Khamis hari tu, semasa bercakap pasal prestasi murid, ustazah ni cakap yang dia perhatikan budak yang tak dipanggil ikut namanya selalunya budak tersebut tak pandai. Alamak, yeke? Nazif ni kalau di rumah lagi popular dengan panggilan Comel, Bi ataupun Adik. Nampaknya kena kurangkanlah panggilan macam tu. Kena sebut nama penuh dia barulah ada makna yang baik, kan? Paling tak pun, panggil Nazif comel, adik Nazif.... kan? Lucu lah pulak...

Tak hairan lagi

Image
Masa masih bujang dan hingga masa Naim masih kecil saya selalu perhatikan ibu bapa lain yang menguruskan anak-anak yang meragam ketika di tempat awam. Dah besar sikit Naim ni, saya sendiri yang mula merasai pengalaman tersebut. Kini, tak hairan langsung dah. Malah, macam petang tadi, saya senyum je sepanjang setengah jam pertama kami berada di Sunway Pyramid. Dari awal pagi, Naim dah bersiap nak ke 'masuk' katanya. Papanya dah fahamlah tu yang Naim maksudkan ialah dia nak pergi ke tempat membeli belah. Tapi, masuk je kami ke Sunway Pyramid tu Naim mula mengamuk bila tak dibenarkan beli barangan Despicable. Tahan jelah, senyum sambil jalan walaupun Naim meraung menangis hampir setengah jam. Bayangkan orang lain yang perhatikan kami. Dalam hati saya, "korang ada anak nanti, korang tahulah macam mana". Mujur, lepas jumpa satu mainan kereta yang ada lampu berkelip kelip serta mengeluarkan bunyi lagu Gangnam Style, mood Naim kembali baik. Maka dapatlah mama d...

Ustaz

Image
Gambar Naim masa di usia setahun lebih.. nak iras Nazif sekarang kan? Ahmad Naim di usia 3 tahun 6 bulan lebih dah pandai mengarah mamanya pakai tudung! Masa kami bersiap nak keluar makan, biasalah orang yang terakhir bersiap pastinya mama yang kena siapkan anak-anak terlebih dulu. Naim masa tu, tengok je saya. Saya pun senyumlah. Dah ambil beg tangan, saya dukung pula Nazif yang memang duk bergayut kat kaki masa saya sikat rambut sebelum tu. Tiba - tiba Naim tunjukkan jarinya ke arah kepala saya dan sebut , " Mama, pakai." Saya faham yang dimaksudkan oleh Naim tu. Tudung yang saya nak pakai ada di tingkat bawah sebenarnya. Namun, saja nak mengusik dia, saya balas semula kata-kata Naim tu, " Tak nak lah mama". Reaksi Naim seterusnya, dia tengok kiri kanan, terus dia capai tudung saya yang secara kebetulannya ada dekat atas tilam. Agaknya nak pujuk mamanya lagi, " Mama, pakai ni!" , kata Naim sambil menghulurkan tudung tersebut kepa...

Just give me a reason

Image
Mentang-mentang dua hari berada di sekolah lain, hari ni terasa malas mengalahkan lepas cuti balik melancong, tahap malas nak ke sekolah. Hari ni kenalah balik kul 7 malam kembali. Tak adalah keluarga kecil kami ni makan petang sambil bergurau senda macam dua hari ni lagi. Kerepok lekor makan panas sambil berebut, sedapnya. Naim  paling seronok sebab dah dua hari dia jadi budak yang pertama balik dari taska. Mama ambil pada pukul 4.30, banggalah Naim tu. Kemain lama melambai kat kawan- kawan dia. Yang paling tak tahan ayat Naim semalam , " Eh, Haziq belum balik? Babai"..

Penjawat awam, sila berhati-hati

Image
Sekiranya semasa korang nak log in ke sistem e penyata gaji dan dapat paparan macam ni, abaikan ye.. jangan tertipu....  Macam macam cara orang nak menipu.. Abaikan yang warna kuning tu ye... 

Kisah dalam gambar

Image
Watak utama ; Ahmad Nazif dah pandai baiki motor abang punya... sedap sangat air kelapa ni sampai mulut pun muncung... bila abang sayangkan adik, asyik nak cium je Makin pandai main cak cak si Nazif ni.... tiang ni pun jadi tempat main dia.

Rajin buat karangan

Assalamuaikum semua... Banyak perkara dah berlaku dalam dua hari ni, kan? Bagi saya, dua hari mengawas PMR ni terasa seronok walaupun penat. Seronoknya kerana dapat balik ke rumah dan jumpa dua Ahmad lebih awal. Dua hari yang penat ni buat saya terasa malas nak mengarang. Eh, kenapa tiba-tiba saya guna istilah mengarang ni? Haha. Padahal sebulan yang lalu, bila seorang kawan saya mengatakan yang saya ni suka buat karangan, saya macam bengang mendengarnya. Ada ke patut, lepas kawan saya ni tengok blog saya ni, dia kata " Patutla akak menulis blog, suka buat karangan. " Bila dah lama, rasanya saya kena mengaku yang saya ni suka buat karangan. Masa sekolah dulu pernah saya kena panggil dengan seorang guru BI yang komen beliau, karangan saya tu isinya sama macam buku cerita. Waktu tu, saya tak meniru pun. Cuma memori kuat bila membaca novel yang disukai. Tahu bila saya faham maksud cikgu saya ni? Bila dua minggu lepas, salah seorang murid saya jawab karangan yang saya bagi de...

Sayang papa lebih

Image
Semalam saya diberi kebenaran balik awal. Sekali sekala rasa seronoklah macam tu. Dalam perjalanan saya dah rancang untuk bawa Naim dan Nazif pergi main memandangkan hari masih siang. Tujuannya nak bagi diorang rasa gembira. Malam sebelum tu, disebabkan Nazif asyik menangis je, saya banyak bagi tumpuan pada Nazif, jadi inilah masa nak gembirakan Naim. Reaksi Naim bila mama datang jemput? Sangat gembira. Riuh dia cerita macam-macam bila nampak mama. Tangan dihulur suruh mama pegang. Senyumannya masa itu pastilah sangat menawan.  Jarang sekali dapat mamanya jemput kan? Awal pulak tu, budak lain ramai lagi, dia gembira dan banggalah. Jadi, saya pun bawakan diorang ni pergi ke kedai yang ada mesin nyanyi hari tu. Anggapan saya, diaorang akan main banyak kali, jadi saya dah sediakan banyak duit syiling untuk tujuan tu. Tapi, sebaliknya berlaku.. Naim main sekali je, manakala Nazif pulak masa tu lagi rela didukung oleh mama. "Mama, dah siap. Nanti kita datang dengan papa neh...