Posts

Showing posts from December, 2011

puisi renungan

Image
You can't upload love, you can't download time,  you can't Google all of life's answers.  You must actually live some of your life.  And You will never become who you want to be if you keep blaming everyone else for who you are.... imej: google p/s  Qada' dan Qadar Allah, kita sebagai perancang perlu redha dengan ketentuanNya..

Cikgu dalam kehidupan anda

Image
1. Cikgu yang terbaik dalam hidup adalah - Pengalaman. Ia merupakan cikgu yang terbaik dalam hidup kita semua. Hal ini kerana, daripada pengalaman akan mengajar kita erti hidup, menjadi lebih matang, dan mendewasakan kita. Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk maju ke hadapan, mahupun berubah lebih baik daripada sebelum ini. 2. Cikgu yang teristimewa dalam hidup - Ibu Bapa Ibu bapa merupakan cikgu yang terindah dalam hidup kita kerana mereka lah yang mengajar kita tentang erti kehidupan daripada kita kecil sehinggalah dewasa kini. Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu sahaja, ibu bapa akan mengajar kita tentang manis dan pahitnya kehidupan ini kerana mereka telah matang dalam hal itu. Jadi, kita gunakan segala yang diberikan, untuk membimbing diri sendiri dalam meneruskan kehidupan. 3. Cikgu yang terindah dalam hidup - Tenaga Pengajar Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah rendah mahupun menengah, dan kesemua yang pernah mendidik kita, cukup terindah dalam hidup ini...

Kalau anak tak nak makan di rumah...

Image
Assalamualaikum semua.. Rasanya ramai ibu bapa yang ada anak anak kecil dah biasa dengan situasi macam ni kan? Anak yang dihantar ke taska atau ke rumah pengasuh selalunya tak nak makan ketika di rumah. Mungkin ada makan, tapi kuantitinya sedikit. Sebagai ibu, tentu perkara macam ni sedikit membimbangkan kita kan? Risau anak tak mendapat khasiat yang sepatutnya. Risau juga anak nanti mungkin terbantut pembesarannya kalau asyik nak minum susu je. Nasi dengan protein, sayur dan zat-zat lain diorang tak nak. Risau juga takut imuniti badan diorang kurang sebab tak cukup zat. Kalau setakat makan sedikit sayur dan buah-buah setiap hari cukup ke? Kini saya pastikan Naim mengambil Scott Emulsion setiap hari dan paksa juga dia makan walaupun dua suap nasi. Untuk protein saya goreng ayam untuknya. Kadang-kadang dia nak , kadang-kadang langsung tak sentuh. Ada tak cara yang sesuai nak bagi anak makan lebih sikit. Rasanya umur hampir 2 tahun tak sesuai asyik minum susu je kan?

Hantu citer korea

Image
Syoknya cuti sekolah ni.. Selain ada lebih masa untuk berehat dan main-main dengan Naim, saya ada masa lebih untuk menonton drama Korea. Dulu saya memang peminat drama Korea, tapi semenjak kawin dan ada anak memang tak sempat langsung nak menonton. Tak ambil tahu pun apa drama terbaru. Tapi cuti kali ni saya memang ambil kesempatan untuk menonton drama korea. Maklumlah Naim dah pandai main sendiri. Mamanya berikan dia mainan dan sambil-sambil main depan tv, mamanya ape lagi, tengoklah drama yang digemari. Boleh tengok Naim main sambil mama tengok tv kan? Nanti buka sekolah tak boleh lagi macam ni...Jadi, nikmati masa yang ada, buat apa yang suka..

Papa: Pertanian kita berjaya!!

Ni nak kongsikan kisah suami bersembang dengan Naim. Maklumlah baru masuk rumah baru, sebulan dua ni memang seronok la. Ada tanah sikit kat belakang, nak bercucuk tanam. Papa: Naim, pertanian serai kita berjaya lah !! Nanti tak payah lagi beli serai. Ada ke patut, tanam serai 6 batang dianggap pertanian? Haha.. Saya gelak ajelah dengar perbualan dua beranak tu. Naim entah faham ke tak bila ditunjukkan pokok-pokok serai oleh papanya tu..

Maksud nama baju kurung

Image
Mungkin korang pernah tahu pasal ni.. tapi, ape salahnya baca lagi entry ni, mana tahu ada tambah pengetahuan lain kan? Saya lak, baru je tahu tadi tentang maksud nama ni. Pada hal dari kecil selalu je pakai baju kurung ni. Uniform masa sekolah baju kurung. Hari raya pun wajib buat baju kurung. Pergi kenduri atau ziarah orang pun selalu saya pakai baju kurung. Keluar saja-saja pun ada juga pakai baju kurung. Sekarang lagi lah, setiap hari pergi kerja pun pakai baju kurung. Pakai je, tak tahu pun asal nama baju ni. Menurut Fietri, rancangan MHI tadi, 'Baju kurung pun ada nilai adat. Kenapa dinamakan baju kurung? Sebab orang Melayu terkurung dengan adat. Apabila memakai baju kurung, zahirnya baju kurung tetapi di dalamnya ialah adat istiadatnya, budi bahasa, semuanya terikat dengan peraturan adat. ooo..macam tu maksudnya.. sepatutnya bila pakai baju kurung, orang yang pakai tu kenalah tunjukkan kelakukan yang baik kan?  tapi sekarang ni, macam-macam leh kita tengok.

First time is always the best

Image
Cakap pasal kali pertama tentu banyak perkara yang korang terkenang di memori korang kan? Tapi betul kan, apa saja yang kali pertama kita buat selalunya perkara tu mengujakan, semangat berkobar-kobar, seronok lebih-lebih dan terkenang-kenang.. imej : google Ingat kali betapa seronoknya kali pertama pergi ke sekolah? Kali pertama melancong? Kali pertama dapat gaji? Kali pertama beli kereta? Hari pertama beli I-pad, Iphone atau Galaxy Tab? kali pertama mengandung? Kali pertama dapat anak perasaan amat seronok walaupun sakit .. kalau kali pertama kawin, opps, itu saya no comments la... imej: google Seronokkan semua tu? Pengalaman saya kali pertama panjat gunung pada usia 19 tahun, seronok betul, perasaan teruja sampai tak tidur malam. Terpikir je tentang tempat yang bakal pergi. Tambah pula nak pergi ke gunung tu kena naik kereta api yang juga pengalaman pertama. Sudahnya dalam kereta api, saya tertidur kerana penat sangat. Selepas yang pertama, semuanya macam jadi ke...

Mandi lagi?

Ai, suka mandi ni hobi budak kecil agaknya.. Bukan hari ni saja, hampir setiap hari pun memang Naim ni macam tu. Paling sikit kena mandikan dia 4 kali sehari. Hari ni lak dah 6 kali dia mandi, termasuklah kerana yak.. Tak ada apa-apa sebab pun, kalau nampak pintu bilik air terbuka, dia cepat-cepat buka seluar dan masuk bilik air, buka paip. ee, bahaya tul kan? Alhamdulillah setakat ni memang ada perasan kalau dia masuk bilik air sendiri. Selalunya, memang akan pastikan pintu bilik air sentiasa tertutup. Jom kongsikan manfaat mandi. Mandi air panas sekitar 32-35 darjah Celsius dapat membuka liang – liang yang dapat membantu mengeluarkan racun. Dimana ia berfungi membantu menurunkan aras gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya dapat bekerja dengan baik. Waktu yang disyorkan adalah selama 10-20 minit. Mandi dengan air yang sejuk pula dapat menghilangkan stress kerana meredakan ketegangan, dan disyorkan dengan suhu sekitar 12-18 darjah celcius. Ini t...

Serba salah

Image
Ai, kenapalah dilanda perasaan serba salah? Nak cakap tak boleh takut lak disangka saya ni tak sporting atau berkira. Nak diterima lak, takut pula pihak lain yang berkenaan tu rasa saya ni tak fikir kebajikan dia... Ai, kalau berada di tengah-tengah macam ni kan susah.. Orang pertama dengan tegas minta bantuan saya. Kalau bantuan berkenaan saya je, lebih mudah buat pertimbangan. Dia lak guna kaedah psikologi yang menyebabkan nak bagi jawapan 'yes' tau 'no' pun tak sanggup. Ikut cara dia cakap, nak tak nak kena juga 'yes'.. Tapi yang pihak lain yang berkenaan nanti macam mana? Bikin pusing kepala...

Budak belum 2 tahun pun tahu ni

Image
Menjenguk ke blog seorang rakan tadi, saya tertarik dengan isu yang ditulis. Terus je dapat ilham nak kongsikan pengalaman tentang hal yang sama. Dah tiga hari lepas berturut-turut kitaorang, suami isteri bawa Naim jalan-jalan sekitar pukul 11 malam kerana dia asyik nak main sampai tak nak tidur malam. Terpaksalah korbankan sikit petrol dan duit tol, tapi berbaloi dia akan tidur tak berapa lama selepas tu.. Semasa bawa Naim keluar dua malam lepas, tetiba lak di simpang selepas keluar tol Putra Height tu ada polis tengah buat sekatan jalan raya. Dalam hati dah panik sebab, keluar tak bawa IC pun. Tak perasan pulak waktu tu tali pinggang keledar tak pakai. Naim lak, bila dia nampak polis tu, entah macam mana dia tarik tali pinggang keledar tu dan minta saya pakai. Depan-depan polis tu takkan nak pakai lagi. Buat tak tahu je lah. Senyum. Budak 21 bulan ni tak puas hati lagi. Dengan bahasa yang tak berapa leh faham tu sibuk je dia cakap , "Mama, ni, ni, ni"..sambil menari...

Pilihan warna

Image
Cuba korang tengok ni, baju batik baru beli ni cantik tak? Ni hasil berjalan-jalan di Pasar Siti Khadijah semasa balik kampung aritu.. Waktu kat kedai dah terasa ni yang paling cantik dah. Sebab tu beli yang ni. Bila balik, kakak-kakak saya pulak bagi komen cakap saya selalu pilih warna gelap bila beli baju. Alamak, betul ke macam tu? Ditinjau-tinjau almari, ternampaklah tiga helai baju kurung yang dibeli pada waktu puasa aritu pun warna coklat dan ala-ala coklat. Betul rupanya kata diorang. Alahai, tak perasan lah pulak. Dah minat color ni nak buat macam mana. Takkan tak nak pakai disebabkan komen diorang tu. Bukan murah beli ni. Lagipun stok baju batik bukan banyak pun dalam almari tu.. Lagipun bagi saya , kalau beli kain baju dan buat baju kurung yang berwarna cerah ada lak masalah lain nati. Kena lah dialas atau kena pakai 'inner'. Lagi-lagi mengajar kat depan budak-budak sekolah menengah yang tengah membina jati diri tu faham-faham saja lah. Ada yang jenis tengok cik...

Kelakar pun ada

Image
Baru ada masa nak menulis. Tadi bukan buat ape pun sebenarnya. Mula-mula duk bersembang dengan mak mertua. Dia dah nak balik pun. Tetiba pulak disuruh saya buat tempoyak sebab ada durian yang dibawa daripada kampung dah tak berapa elok. Bukan tu je, buah yang elok pula diminta buatkan menjadi kuah durian. Katanya boleh dimakan dengan roti nanti. imej: google Reaksi saya.....Alamak. Seumur hidup makan durian pun baru beberapa kali. Sebabnya tak minat sangat buah ni. Ini nak kena buat tempoyak dan kuah durian pulak? Pernah saya ceritakan kepada mak tentang makan gulai tempoyak kalau balik ke kampung suami. Gelak mak saya. Katanya, "itu sebab orang tua cakap jangan tak suka sesuatu, sebab nati mungkin benda yang kita tak suk tu kita kena buat. Dah dapat suami orang Perak kenalah belajar makan makanan berasaskan durian tu.." Mujur tadi jadi pembantu je. Mak mertua yang masak. Tapi sambil masak dia sempat pesan, dah tengok cara buat ni, lain kali boleh buat sendiri... ooo...

Dalam percubaan

Image
Bagi pengunjung blog ini, kalau anda tertengok blog ni tentu rasa kelainan kan? Kalau ada lah, tak ada pun tak pe. Tahu pun, bukan ramai pun yang baca.. Sebenarnya saya tengah mencuba edit blog sendiri. Bukan pe, bosan tengok design lama tu. Lagipun masa belajar dulu saya memang jurusan IT sebenarnya. Ni kira asah bakat kembali. Nampaknya bagi orang yang tak mahir, kerja ni memerlukan banyak masa. Setakat sejam setengah berusaha ( sebelum tulis ni), nampak macam tak terurus lagi. Mujur kat sekolah tak kena ajar IT. Kalau tak entah ape jadi..Tak ape lah, usaha tangga kejayaan kan? Tukar templete baru maknanya banyak kerja susulan yang menanti..Tapi semuanya akan diusahakan dengan gigih. Terima kasih kepada rakan yang banyak membantu. Penulisan Min amat membantu saya. Min ni pun juga tak lokek berkongsi sekiranya ada kemuskilan yang ditanya..  terima kasih sekali lagi ya..sila lah berkunjung ke blog cik adik ni ya...

Benci tapi malas

Bencinya tengok rumah berselerak tapi saya malas nak kemas, Bencinya kalau makan di luar tapi tak sedap tapi saya malas masak, Bencinya tengok permainan anak bertaburan tapi saya juga malas nak kemas, Bencinya pakai baju renyuk tapi saya malas gosok.. Bila penat dan letih melanda diri semua terasa malas... biar pun benci kemalasan ni... ai, bila lah nak berubah.. tolong la berubah mokcik oii...

selamat berkhatan untuk Mirul

Image
Imej: google Semalam semasa berada di rumah ni, Mirul ( anak buah) ditanya seronok tak bila akan berkhatan hari ni. Dia jawab ape tau tak? "Entahla". Bila ditanya lagi " ni ayah yang suruh ke Mirul yang nak berkhatan?". Jawapannnya "dua-dua". Sesambil tu, dia tekun je bermain online game. Budak sekarang tak takut. Berkhatan bagi diorang biasa je. Teringat lak sewaktu adik saya dulu, 16 tahun yang lalu rasanya..eh rasa tua lak..hehe.. Adik saya ni nakal orangnya semasa kecil. tapi dia selepas berkhatan tu, diam tak bergerak sehingga sembuh. Dalam hati ada juga saya gelakkan dia. Terfikir yang ada juga perkara yang dia takut. Tu dulu. Perubatan kini dah canggih, sehinggakan berkhatan dah jadi perkara yang budak-budak anggap satu kemestian, bukan lagi takut nak menghadapinya.. Selamat berkhatan buat Mirul... Kena kurangkan aktif untuk sehari dua ye..

Sejuk hati mama

Korang tahu tak? Naim ni memang aktif sungguh hari ni. Agaknya sebab ramai orang dalam rumah hari ni, dia seronok sangat. Main macam-macam sampai tak tertahan nak larang kadang-kadang. Bayangkan, sepanjang hari ni dia pakai 5 helai baju. Tu pun sebab ada beberapa ketika dia dibiarkan pakai baju basah sebab asyik nak main air je. Selain daripada tu, banyak tul helah dia nak main. Diambilnya lego sekotak, diselerakkannya berkali-kali. Tak cukup dengan itu, ditumpahkan serbuk susu sepupunya, Kak Hani yang waktu tu baru je sejam sampai ke rumah. entah berapa kali juga ditariknya rambut Kak Hani. Hani yang berumur 4 tahun lebih ni apa lagi, meraunglah bila dipukul oleh budak 21 bulan ni. Ai, anak mama ni. Pandai lak dia menggayakan cara pegang senapang sepupunya, Abang Mirul. Siap dia buat bunyi-bunyi senapang tu lagi.. entah dari mana dia belajar, sebelum ni tak pernah kami belikan dia senapang pun. Tapi sejuk hati mama menjelang malam. Walaupun terpaksa memandikan dia buat kali ke...

Kenapa lelaki tak nak memberikan komitmen dalam perhubungan?

Image
Semasa ber'sms' dengan kawan lama tadi, dia meluahkan rasa tak puas hati kerana kawan lelaki yang dia berkawan sejak lebih tiga tahun masih lagi berikan alasan bila ditanya soal kahwin. Rasanya ramai perempuan yang mengalami situasi macam ni kan? Sama ada pernah mengalaminya sebelum bertemu jodoh yang sebenar atau pun masih lagi di situasi ni sehingga kini. Mungkin alasan yang selalu diberikan oleh lelaki macam ni ialah kerana banyak lagi perkara yang ingin dicapainya sebelum mendirikan rumah tangga. Bimbang komitmen terhadap perkara tersebut akan terganggu. Ada juga yang kata belum sampai masa. Saya siapalah sekiranya nak membuat kesimpulan tentang hal ni. Anda yang di situasi ni , diharap lebih memahami pihak lagi satu. Tenangkan fikiran, banyak berdoa kepada Allah supaya memberikan petunjuk. Yakinlah pada ketentuan Allah. Setiap yang ditentukan untuk kita ada hikmahnya yang tersendiri..

contest i love my blog

Image
orang lain dah berduyun join contest ni, kita lak baru nak join. Tak pe la, better late than never kan? Sebabnya saya memang suka blog saya. Menulis di blog bagaikan terapi diri. Nuffnang dh beberapa minggu saya buang... Sebabnya menulis diutamakan. Pengunjung yang datang bagi saya kegembiraan. Terima kasih semua..

Wasiat ibu

Nak ceritakan sedikit pengalaman semasa balik kampung seminggu yang lalu.. Terjumpa sesuatu yang mengimbau kembali kenangan lama...Saya ni semasa belajar dulu pernah menjadi pemegang amanah.hehe, canggih tul gelaran tu.. sebenarnya bukan ape. Disebabkan saya anak perempuan bongsu, saya yang banyak berada di rumah pada waktu tu. Jadi, semasa tu dengan takdir Allah, mak saya telah jatuh sakit. Semasa mak sakit tu, mak ada mintak saya tuliskan wasiat dia. Takut tak sempat jumpa semua anak cucu..Bukan nak dedahkan wasiat tu.. Tapi, selepas 7 tahun berlalu, bila saya saya jumpa kembali kertas yang saya catatkan wasiat tu, saya menyedari sesuatu... Betapa besarnya kasih seorang ibu kepada anak-anaknya.. di saat menangggung kesakitan masih lagi ingat tentang anak-anak.. Masih lagi memikirkan nasib cucu yang dijaganya.. Dan kini mak saya dah sihat. cara ibu menjaga dan memanjakan Naim sepanjang satu minggu kami berada di kampung buat saya rasa gembira dapat menggembirakan dia.. Ora...

Resepi ikan taucu padang

Entah betul atau tak nama ni...hehe, ni kesnya bila baca buku resepi kawan, hafal dalam kepala je bahan dan cara masak, takut tangan lenguh nak salin. Tapi ape pun bila cuba buat kat umah, hasilnya memang sedap. Korang pun, kalau rajin cuba lah. Resepi ni saya rasa ada sedikit berbeza daripada resepi asal, sebab dah lupa sukatannya. Kuantiti yang tercatat ialah mengikut apa yang saya masak hari tu. Bahan-bahan 1. Ikan tenggiri ( 2 potong) 2. Taucu ( 1 setengah sudu besar, dilenyek sebelum masak) 3. Halia ( seinci, ditumbuk) 4. Bawang merah ( 2 ulas, ditumbuk) 5. Bawang putih( 1 ulas, ditumbuk) 6. Cili boh ( 2 sudu) 7. Bawang besar ( sebelah dipotong dadu kecil) 8.Cili merah 9. Kicap soya manis ( sesedap rasa) 10. Kicap pekat 11. Serbuk kunyit 12. buat tomato ( separuh biji dipotong dadu kecil) 13. Garam dan gula 14. sos tiram 15. secawan air Cara memasak: 1. Ikan yang dibersihkan perlu diperap dengan serbuk kunyit dan garam sedikit selama 2-3 minit. 2. Sediakan ku...

Bestnya balik kampung

Memang terasa gembira sangat bila dapat berada di kampung halaman sendiri. Setelah lama tak balik ( kali terakhir hari raya Aidilfitri baliknya), seboleh-bolehnya terasa nak bergolek-golek kat katil. Terasa nak makan semua makanan yang ada. Malah, memang dua hari ni saya cukup banyak makan. Tak percaya? Betul, bahkan makan tengah hari tadi makan bertambah. Orang yang dah bersuami dan ada anak ni sebenarnya sesuai tak ada perasaan nak bermalas-malas dan bermanja-manja bila balik kampung? mestilah boleh kan? selagi mak ayah masih ada ape salahnya kita nak bermanja-manja kan? Jadi, apa lagi, anak bagi papanya jaga, saya duk makan atau bersembang dengan mak dalm bilik. Saja tak nak orang kacau.. Banyak yang nak disembangkan dengan mak..

Kenapa tak nak derma pada tabung kosong?

Image
Dah beberapa kali saya perhatikan perkara ini berlaku. Masyarakat kita ni kalau diletakkan tabung kosong yang transparent dilabel kat luar derma ape-ape, payah tul nak menghulurkan bantuan. Kenapa saya sebut tabung transparent? sebabnya kalau yang tak nampak di dalam ada ape, selalu akan dapat derma wang kertas RM 1 je.. Contohnya di sekolah, buat hari terbuka untuk ibu bapa datang ambil keputusan peperiksaan anak-anak diorang. Diletakkan tabung kosong, alamatnya akan sikitlah derma atau ada kalanya memang tak dapat satu sen pun. Tapi sebaliknya, kalau cikgu tu sengaja letakkan modal ( duit sendiri RM50 contohnya) , tak payah kita cakap ape-ape, cukup dengan label tu je, akan ada ramai ibu bapa yang bagi sumbangan. Selalunya diorang akan masukkan RM 5 minimum.. Jarang ada RM 1 lagi bila tabungnya transparent. Ni kes malu dia tak bagi kalau orang lain bagi ke? Heran bila fikirkan, tapi sekurang-kurangnya akan dapat sumbangan yang boleh digunakan untuk kebajikan sekolah dan muri...

Ape nak buat lepas abis SPM?

Amboi, macam remaja je saya tanya macam tu.. Bagi orang yang mengawas peperiksaan SPM macam saya ni tentulah seronok sangat-sangat kerana dah habis bertugas arini. Mulai esok boleh relax je menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah.. arini pun kami dah dalam perjalanan balik ke kampung.. Kampung mana lagi, kampung Kelantan lah.... Jadi bagi adik-adik yang tak terfikir lagi apa yang nak buat sementara menunggu keputusan SPM nati, boleh la baca. Kot-kot dapat idea sikit sebanyak. 1. Bekerja sementara Bekerja sementara ni bagus tau. Selain dapat duit tambahan, korang dapat menambahkan kenalan. Tentulah juga akan menambahkan pengalaman korang. Bila bekerja nanti, baru korang tahu betapa susahnya nak dapat duit sendiri.. dengan tu, korang akan jadi lebih menghargai duit. Kalau bekerja juga korang akan rasa pengalaman kena marah, kena tekan supaya buat kerja yang baik atau cepat. Ni juga memupuk sifat kepimpinan, kepatuhan, amanah dan rajin.. 2. Menyertai kursus kemahiran Bagi yang ta...

Hadiah ape yang sesuai agaknya?

Image
Korang mesti rasa resah bila nak pilih hadiah bagi seseorang kan? Aa sama lah kita. Saya kalau nak belikan hadiah buat sesiapa je lah tak kira untuk suami, mak ayah, mertua atau kawan-kawan selalu rasa resah. Bukan ape, bimbang hadiah yang dibeli tak sesuai dengan diorang. Pernah bila saya bagi hadiah orang tu terima tapi tak pernah menggunakan hadiah yang diberikan. Bukankah tu bermakna dia tak berkenan dengan hadiah tersebut? Kecik hati saya. Tak beli pun salah, beli lagi salah, kan? Rugi duit saya... Lainlah kalau orang tu bagitahu siap-siap apa yang dia inginkan. Tu senang bagi kita. Tapi kalau bagi hadiah macam tu tak la terasa cabarannya, kan? Kalau dia mintak yang bukan-bukan, lagi naya kita. Tak ke terasa orang tu demand lak? Jadi moralnya, mungkin kita kena tengok orang dan budget kalau nak beli hadiah untuk orang lain. Yang penting ikhlas. InsyaAllah, Ahmad Naim akan saya didik supaya menghargai pemberian orang lain..

Disember bulan hari jadi

Image
Masuk bulan Disember ni maknanya kita dah semakin menghampiri penutup tahun 2011. Bulan ni bulan yang meriah bagi keluarga saya sebenarnya. Ramai ahli keluarga yang kebetulan telah di lahirkan pada bulan Disember. Mula-mula, bulan ni adik tunggal saya Lukman, yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 20 Dis. Kemudian, yang keduanya ialah anak sulung Kak Ngah iaitu Muhammad Kamil menyambut ulang tahun kelahiran pada 2 Dis. Begitu juga dengan anak kedua Kak Ngah, Nurul Atiqah yang dilahirkan pada 8 Dis. Ada lagi tau, salah seorang anak Kak Ja pula, iaitu Nadirah juga telah lahir dalam bulan ini iaitu 5 Dis. Ramaikan? Kalau semua orang dapat berkumpul dan kita dapat raikan sama-sama kan best? Tapi banyak halangan, semua dah semakin besar, ada urusan sendiri... Apapun, selamat hari lahir buat korang semua. Semoga sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga dipermudahkan urusan harian dan diberikan kegembiraan, kesihatan serta dapat capai apa yang ingin dicapai.. p/s : doa ada, hadiah tak a...