Sambutan merdeka

Alhamdulillah arini cuaca agak baik. Maka dapatkan sekolah kami adakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah..Acaranya bermula kul 5.45 ptg sehingga waktu balik. Budak-budak ape lagi, seronok aje lah bila tak belajar. Cikgu-cikgu pun tumpang seronok le sebab sekali sekala tak payah melayan budak-budak nakal..

Kalau diberi peluang dlm acara mcm ni diaorang ni berbakat tul. Tengoklah gaya bacaan sajak yang penuh semangat oleh diaorang ni. memang mendapat tepukan gemuruh oleh rakan-rakan lain.

sesi nyanyian lagu patriotik pun meriah..(memang suka buat bising dlm kelas pun, jadi time ni takkan tak nak tunjuk bakat, hehe)


Yang paling best mestilah sesi kemuncaknya, iaitu sesi laungan kemerdekaan..yang ni kerja aku, mencari murid-murid yang berminat dan sanggup untuk buat laungan ni..Ketua yang bersuara lantang, Iqbal memang patut dapat pujian, suaranya lantang betul. Yang lain2 pun memang bagus sangat tadi walaupun cuma sempat berlatih satu kali je sebelum acara ni. rasa seronok sgt tengok diorang tadi..

thanks murid semua dan harapnya sedikit sebanyak sambutan di peringkat sekolah ni akan memberikan kesan kepada anak-anak murid semua untuk lebih menghargai erti kemerdekaan, bukan sekadar tumpang seronok aje ye..

Comments

Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1