Pemimpin

Semalam tengah hari di sekolah saya ada sesi usrah sempena maulidur rasul. Usrah kali ni jadi catatan di sini sebab ada perkara yang buat saya kagum.

Sejak tahun 2007, saya masuk profesion ni, dah berkhidmat di bawah 5 orang pengetua. apa yang buat saya kagum dengan pengetua sekarang ni ialah beliau ni orang yang sedia mendengar pandangan orang bawahannya. Bukan sahaja mesra orangnya, malah beliau jenis yang duduk sekali dengan orang bawahan untuk membincangkan masalah.

Nak tahu buktinya? antara buktinya, semalam semasa sesi usrah yang sememangnya pengetua rancangkan khas untuk guru guru melayu, beliau ucapkan terima kasih atas kerjasama guru semua dan bagi peluang untuk guru guru luahkan perasaan. Korang bayangkan, semalam lebih satu jam sesi luahan macam macam masalah dalaman cikgu, disebabkan bebanan kerja yang banyak memang ramai yang mengaku rumah tangga tunggang terbalik.

Pengetua kami sama sama menangis semasa ada beberapa cikgu yang mengaku bergaduh dengan suami dan anak disebabkan komitmen terhadap kerja sekolah. Hebat orangnya.. Itulah yang boleh saya katakan dengan pengalaman yang cetek ada pada saya ni.. Saya memang tak ada cita cita nak jadi ketua, tapi kalau korang sekarang ni seorang ketua atau nak jadi ketua, korang jadilah ketua yang macam ni. Tak rugi meluangkan masa dengar masalah orang bawahan, tak rendah martabat tuan sekiranya lebih mesra dengan orang bawahan, malah akan lebih bersemangat orang bawahan bila ada ketua yang prihatin.

Antara pesanan pengetua yang saya nak kongsi untuk anda demi kecemerlangan dalam hidup. Bagi saya pengetua ni berjaya, beliau jadi pengetua di usia 46 tahun dengan ada 7 orang anak, bayangkan macam mana pengurusan masa beliau? Wanita hebat, kan? Beliau baru 49 tahun ni..
* sentiasa redha terima beban kerja
* usaha sebaik mungkin untuk sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan dengan alasan anda yang paling layak sebab itu diberikan jawatan tersebut.
* jangan mengeluh diberi komitmen banyak, anggap itu peluang untuk tampung mana mana kekurangan dalam diri, supaya gaji yang dapat lebih berkat
* sentiasa hargai pasangan dengan ucapkan TERIMA KASIH dan I LOVE U supaya dapat sokongan penuh daripada pasangan anda...

Comments

  1. untuk menjadi seorang leader yang disegani memang sukar, itulah hakikatnya..

    ReplyDelete
  2. betul2. sya pernah duduk di hot seat, so kerja mmg byk la... rasa 24 jam pun x habis. sepanjang tahun. tapi, sebab boss yang memahami, buat aje kerja. sabtu dan ahad pun kadang2 datang.
    sebabnya, kasihan dkt boss. dia pun menerima arahan org sj. itu maksudnya respect. kalau sbb takut, kita tumpu 100% time kerja aje. balik rumah, babai... hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. nak buat orang respect bos tu tak mudah.

      Delete
  3. Bertuah aisy ada bos mcm tu...payah nak jumpa ketua yg mcm tu nak2 perempuan.....bos kena strict tp kalau terlalu strict sampai xnak dgr keluhan hati atau suara org bawah. Pun xelok jugak...respect la dgn bos aisy tu. Harap bos cikgu nanti pun cenggini la hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila balik nati cikgu kena mohon dulu kan? ke trus je masuk sekolah lama? kawasan pod petaling perdana ni mmg kurang cikgu sesangat sekarang... cikgu datang sekolah saya lah...

      Delete
  4. betul kata aisy, tak semua boss boleh dengar kata orang bawahan.... untungnya aisy dapat boss macam tu... kalau diberi pilihan, saya rasa tak sanggup nak jadi orang atas... byk sgt tanggungjawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur balik sini mesti akan naik pangkat tu... bos la maknanya kan?

      Delete
    2. kalau balik dgn Phd, mmg akan naik pangkat jadi pensyarah kanan... so kebarangkalian akan dipilih memegang jawatan pentadbiran adalah tinggi.... tapi sgt berharap tak terplih dgn sebarang jawatan pentadbiran

      Delete
    3. takpe nur.... kalau diberi jawatan pentadbiran pun ok juga, maknanyannur mmg layak untuk diberi jawatan tu... kena yakin n buat yg tbaik...

      Delete
  5. dapat bayangkan bagaimana pengurusan masa pengetua Aisy..
    wanita yg memikul tugas sebagai pengetua dengan anak seramai itu sememangnya hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni betul..kagum saya dia boleh naik cepat dgn tujuh kali cuti bersalin....
      mmg orang yg cemerlang dalam pengurusan masa..
      beliau bagitahu empat anak pertama tu lahir dalam masa lima tahun, tu yg menguatkan semangat dia

      Delete
  6. ramai gak wak baca pompuan X sukak lady boss jugakkk., auuUHHs

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni, saya pernah ada tiga pengetua wanita... salah seorang tu mmg ramai yg tak suka.. yg kali ni mmg alhamdulilah tip top.

      Delete
  7. Aisy, terus terang.... saya memang lebih suka lady boss berbanding lelaki, mereka lebih memahami.
    Teguran mereka pun lebih sopan.. tak menyakitkan hati.

    Nasihat2 yr HM di perenggan terakhir tu memang bernas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita sama sama amalkan nasihat nasihat yg diberikan... saya pun ada masanya bila penat kat sekolah asyik moody je bila balik rumah, lupa nk say thank u to my husband sebab tolong jaga anak2

      Delete
  8. akak baca pun terharu
    bagus .. bukan semua pengetua macam nie .. dia sanggup mendengar bila dia meletakkan dirinya sama macam org lain ..
    syukur , lebih mudah kerja kita bila kita senang berbicara dengan dia kan ;)
    semoga terus maju jaya dik !;)
    bukan mudah menjadi pendidik kerana levelnya sama macam ibu dan bapa ;)

    ReplyDelete
  9. ketua yg bagus...kesian dgr sampai rumahtangga tunggang langgang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maam macam kak...dgn kerja yg tertekan ni ada yg mengaku penah tampar anak sebab stress

      Delete
  10. sepatutnya seorg ketua mmg begitu..tak mcm bos akak dulu,suruh org bincang,tanya masalah,alih2 kita juga yg kena,sedy betul..sekarang dia dah bertukar,kami gembira siap buat pulut kuning lagi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat plut kuning? mesti bos lama akak tu orang yang menakutkan betul... lega dia dah tak ada kat situ, smoga akan n akan rakan kerja baik dan tenang ye...

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?