Melatih anak bersikap berani

Perlu kita latih anak bersikap berani. Lagi lagi kalau anak yang manja, lagi wajar kita ajar dia supaya bersikap berani supaya dapat elakkan dia menjadi mangsa buli apabila berada di luar nanti. Kita takkan mampu nak lindungi anak kita selamanya 24 jam sehari,kan?

Menyedari hal inilah, saya hari ni bertindak membeli sebuah basikal kecil untuk Naim. Saya berpendapat bila Naim tahu mengayuh basikal sebenar, sedikit sebanyak keyakinan diri dia akan bertambah.

Asalnya saya beli dengan niat nak melatih sikap berani dia. Tapi bila fikirkan hari jadi Naim bakal menjelang, maka terus basikal ni jadi hadiah hari jadi Naim. Bagus kan Naim?

Sudah tentunya Naim gembira dengan hadiah ni. Saya perhatikan Naim macam berminat nak main dengan basikal ni walaupun dia tak reti nak kayuh sendiri pun kalau tak dibantu oleh papa atau mamanya.

Nampaknya kami kena bagi Naim masa yang panjang sebelum bagi dia naik tanpa dua roda kecil di belakang tu. Tak apalah kan? Ambil masamu anakku ye.. Mula mula tadi Naim takut nak naik ke atas basikalnya sendiri, malah nak turun pun dia minta bantuan kami. Dah lama sikit baru dia berani naik dan turun sendiri..

Terima kasih kepada Cikgu Anis sebab bagi saya inspirasi ni. Firas dah pandai kayuh basikal ke?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Comments

  1. seronok lah dapat basikal baru. nnti dh besar bole join le tour de Langkawi. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, bangga mama kalau naim jadi atlet negara nanti... aunty nealopah tolong doakan ye...

      Delete
  2. Ada lg satu tip... org kata, ajar mereka tido kat bilik sendiri. Tp pastikan rumah pasang alarm la.... klu tak bahaya la plak kan, dibuatnya terjadi apa2 and kita plak jenis "tido mati".

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, betul juga tu... boleh dipraktikkan juga tu

      Delete
  3. Mana gambar Naim merempit, nak tengok please. Dorang bila dapat handle something on their own macam beskal ni, mmg happy habis. Itu yg give konfident kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar? nanti ye, sebab Naim tak reti kayuh lagi, huhu... nak kena orang tolak, dah penat tolak jadi idak le ada gambar naim merempit lagi...

      Delete
  4. tak sabar nak tengok gambar Naim & basikal, plzzzzz

    ReplyDelete
  5. memang kena latih kan..adib n amni ada masa terlebih berani ada masa penakut sgt ;)

    ReplyDelete
  6. Kalau dah nama pun guru dah biasa memotivasi anak-anak murid, kena anak sendiri lagilah Aisy mesti sentiasa cari jalan terbaik. Tak lama Naim mesti semakin berani dan pandai mengayuh..

    ReplyDelete
  7. Sangat setuju.... latih dari kecik sebagai latihan... bagi lasak sikit....tapi kadang tu ikut budak jugaklah aisy..

    ReplyDelete
  8. memang terpaksalah menjadikan anak kita berani.. dunia
    sekarangni lagilah... hidup memang kena berani baru boleh maju kehadapan....

    ReplyDelete
  9. betul tu sis...dari kecik memang kena ajar untuk jadi berani..nanti dah besar senang berdikari :)

    ReplyDelete
  10. wah,sukanya naim dpt beskal..nanti boleh kayuh sampai shah alam

    ReplyDelete
  11. Bestnya! Adam suka naik basikal. Tapi masih 4 roda :)

    ReplyDelete
  12. salah satu cara yang bagus utk anak jadi berani..bagus Naim tak lama lagi pandai kayuh sendiri guna dua roda aje..

    ReplyDelete
  13. janji dia berani mencuba kan kak :)

    ReplyDelete
  14. Naim pasti boleh dan sikap berani memang kena dipupuk sejak awal namun berani biarlah bertempat..kak intan doakan Naim menjadi anak yang baik, soleh, sihat, ceria dan berani berhadapan dengan setiap cabaran. Ameen

    ReplyDelete
  15. mana pic Naim..ala nak tengok la Aisy..mesti comel punya..:)

    ReplyDelete
  16. ohoo..basikal yg ada dalam next entry tu ke? hahaha..self confidence tu penting..

    ReplyDelete
  17. adam juga bukan seorg yg berani,susah jg nak cakap dgn dia untk dia beranikan diri tu

    ReplyDelete
  18. nanti boleh la naik motor kat AU3 ni.. hehehe jgn nangis mcm Ewin sudah.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1