Geram dengan Abang Saleh

Oshh, lega rasanya sebab suasana di sini kembali tenang. Tiada lagi kedengaran meriah bunyi mercun, bunga api dan suara orang menangis.

Bukan saya ni tak suka sambutan Tahun Baharu Cina. Seronok apa tumpang kegembiraan jiran yang berlainan kaum. Dapat makan limau mandarin yang kawan kawan bangsa cina bagi pun dah buat saya tersenyum panjang.. nak tahu kisahnya? Meh kawe nak royat ni..

Sekitar pukul 10 malam tadi tiba-tiba kedengaran bunyi mercun. Macam seronok je mula-mulanya. Saya tak ada intai pun, tapi boleh agak tentu itu bunyi dari rumah jiran yang nak sambut tahun baru. Tetiba Naim tanya satu soalan..

"Mama, bunyi apa tu?"
Mama yang jujur terus jawab, " bunyi main mercun, sayang"
Naim yang memang tak faham istilah tu tanya lagi soalan yang sama. Saya yang malas nak layan jawap berulang kali, kemudiannya suruh Naim tengok dari pintu. Tujuannya saya nak dia tahu mercun tu apa.

Rupa-rupanya Naim dah tahu pasal bunga api kesan daripada tengok Upin Ipin. Dia datang balik dan bagitahu saya yang bunyi tu ialah bunyi Abang Saleh. Tersenyum saya bila tahu Naim dah faham. Tapi rupanya itu permulaan bencana.... Mama yang tak fikir panjang ni pula, kononnya nak gembirakan Naim kemudiannya pun bawa Naim keluar untuk tengok budak budak cina tu main bunga api. Naim pulak, bila dah keluar tak nak tengok jauh jauh, dia nak buka gate dan nak pergi main kat rumah mak cik tu. Takkan nak bagi keluar? dah la dah malam, benda tu bahaya pulak tu..

Padahnya, si Naim ni tunjukkkan bakat sopranonya, meraung raung kat laman luar tu selama sejam!!!.macam macam cara kami pujuk pun tak berkesan. nak ditarik masuk pun dia tak nak, akhirnya kami biarkan je dia berlatih koir kat luar tu...akhirnya lepas puas dia menyanyi, akhirnya dia masuk ke dalam rumah sendiri tanpa dipaksa...

ai, bersemangat muhibbah betul Naim ni, orang lain raya dia nak tumpang sama...ni kali kedua naim menangis gaya soprano untuk hari ni. Tadi petang pun sama, syok sangat main kat Aeon, dia tak nak balik pun... tahan ajelah dengar dia menangis sepanjang perjalanan balik tadi...

Haru dengar anak menangis, tapi takkan nak turutkan semua yang dia nak? mana yang sesuai tu tak apa lah...Kalau korang, apa nak buat bila anak tak nak dipujuk?

Comments

  1. Hahhaa abang salleh. berbakat Naim ni, boleh asah lag untuk jadi Pavarotti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... kalau tak bingit dan fikir malu dgn jiran mmg nak biar je dia asah bakat...

      Delete
  2. Naim2.. bagusnya ibu kamu, dibiarkan berlatih nyanyi sorang2 kat luar sana tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak larat pujuk dah, dia tetap nak juga pergi main mercun tu... tu yg jadi gitu

      Delete
  3. Dah puas dah hadapi kerenah anak2 yg tak makan pujuk kat khalayak ramai... tp time
    diorang bawah usia 7 tahun dulu la..
    kdg biarkan je dia guling2...... hahaha... sbb malas dah nak pujuk lg, tp paling tak best
    bila dia buat perangai tak nak gi majlis, mmg surrender la time tu, balik rumah je la jwbnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira ni normal ke sam? nanti ada lak orang yang kata saya ni mak yang tak prihatin lak?

      Delete
  4. Mia pun dah tak kisah bab mercun sebab dah biasa....ish,..tahan dia melalak sampai sejam....semalam tak kuat sangat mercun..malam nie,..entahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahla kak...entah kalau mcm ni ragamnya, mlm ni apa lak yg bakal jadi... Jgn meraung lagi dah

      Delete
  5. ahahha budak2 rasanya suke je bunyi mercun nie
    tapi di kg akak nie sunyi sepi dik .. x dgr punn

    rasanya di kota lah banyaknyee kan ;)

    ReplyDelete
  6. biarkan ajelah dia nak buat latihan vokal tu.. hehehe.. jgn mak & ayah dia pun melalak sama sbb tensen sudah lah.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. bunyi mercun nih memg mengganggu kan

    ReplyDelete
  8. hehe.. naim-naim..
    bersemangat muhibbah gitu..

    ReplyDelete
  9. abang saleh? refer pada saleh yaacob ke kak?

    p/s: menyirap dengar saleh yaacob nyanyi lagu merapu tu..rasa macam nak lempang jer..bingit dan tak sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saleh yaacob... ni abang saleh dlm upin dan ipin, ada satu episod raya, sally ni main bunga api sampai terbakar...tu yg naim gelakkan dia....

      Delete
  10. hahah..naim wat soprano kat lua umah yer..ekekekek...

    ReplyDelete
  11. hehehe..Naim keluarkan suara suprano..
    sy punmcm tu Aisy..bila dah menyanyi tak boleh pujuk trpaksa biarkan dia berlatih koir sorang diri..last2 dah penat diamla dia..tapi kena tahan hati sajala mendengar..hehe

    ReplyDelete
  12. akak blk kg x dgr la bunyi mercun tu..

    tahan betul naim menangis sampai sejam ye,mmg kesian kalu anak menangis,tp takan semua nak diikutkan,kdg2 akak pun buat taktau je kalu adam mcm tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1