Naim tak nak naik car mama!!

Kemahiran Naim ni makin lama makin berkembang nampaknya. Yang semakin menjadi-jadi sekarang ni ialah Naim tak nak naik kereta mama. Entah apa kurangnya kereta mama ni. Bila nak keluar dengan kereta mama je mengamuk-ngamuk dia ni. Petang tadi siap nyanyi soprano sekali lagi semata-mata protes tak nak naik kereta mama...Nak juga naik kereta papanya.

Apa, Naim ingat kereta mama ni  tak hantar ke tempat mamat  bangla kat belakang tu untuk cuci apa? Ingat kalau naik kereta mama nanti orang kedai runcit tu takkan bagi Naim beli ais krim solero ke? Atau pun kereta mama ni tak sampai kalau Naim nak ke taman?

Nilah kereta mama yang dah 5 tahun lebih berjasa nak ooi.. Masa kita kat JB dulu, kereta ni lah yang Naim naik tiap-tiap hari tau. Mama hantar Naim pergi ke rumah pengasuh dan ke klinik naik kereta ni tau.... Ai, jimat la minyak kereta mama ni nampaknya....

 
Nanti mama beli kereta macam dalam gambar tu, tak nak bagi Naim naik tau.  Mama pulak protes, hihi...

Nak sambung sikit pasal kereta ni.. Beruntunglah korang yang banyak bergantung pada suami pasal kereta ni.. Ada kawan-kawan kita yang bangga cakap suami dia yang uruskan semua pasal kereta dia. Dia tahu naik aje.. Bagusnya macam tu kan? Mesti berkepok-kepok duit dia dalam bank tu.. Yelah, sebab semuanya suami yang uruskan, gaji dia tentu tak usik pun.... nak bersangka baik ni...

Comments

  1. BMW kot ...tu yg Naim tak mo naik tu...gerun sangat! ha..ha...
    Naim bukan tak mo naiklah mama...naim nak eyak ni...hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha...nape lah agaknya naim tu yer..cian mama...mama bawa laju sangat kot..tu naim takut !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh taklah kak, mama naim ni bersopan santun je bawak kete bila ada anak kat dalam... hihi

      Delete
  3. salam aisy nasiha...

    pandai naim pilih nak naik kereta mana ye...comel je:)

    ReplyDelete
  4. Untung ada jugak kereta, kami ni menapak atau tren jer. My hubby kalau dia sorang, naik beskal jer. hehhee
    Naim dah pandai memilih hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai jimatkan kos minyak mama dia ni... itu yg sebenarnya

      Delete
  5. naim dah ada taste la mama... hihihi

    ReplyDelete
  6. wahh.Naim demand..hihi..sabo la akak ye..

    ReplyDelete
  7. kak intan pon kete urus sendiri , bayo sendiri..hheehe..naim taste lain sikit kot

    ReplyDelete
  8. akak bab keta mmg en.azmi uruskan,belum kawin dulu harapkan abg ipar sbb abg ipar pandai repair kereta,skrg pun masih abg ipar yg tgkkan kalu rosak, tp bab duit idok le duit en.azmi je keluar..kena sama2 keluarkan la..hehehe
    sebab sama2 guna,kami ada satu kete je..

    ReplyDelete
  9. hehehe..gelak gelagat Naim tu..
    hah nanti mama beli keta mcm dlm pic tu..Naim tak dpt naik lah citernya..keluar suara suprano nanti hehehe

    ReplyDelete
  10. hoh..memilih pulak dia..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts