bikin suspens
Kisah ni baru malam ni berlaku.
Amaran, kalau korang takut jangan baca....
segera tutup entry ni tau...
>
>
<
<
>
>
<
>
<
Naim malam ni makin dengan gembiranya.
Walaupun main sorang, semasa main dia ni akan lari-lari datang ke tempat mama atau papanya duduk untuk tegur kitaorang..
Selalunya, dia tegur, "assalamualaikum mama"
Dalam sejam dia main tu rasanya lebih 20 kali salam yang Naim bagi mamanya ni..
Naim main ni, korang bayangkan dia angkut dalam 5-7 buah kereta mainan dia dan dia main sambil nyanyikan apa-apa lagu yang dia suka.
Ada masa dia duduk, ada masa dia berlari dengan kereta-kereta mainan dia tu.
Tetiba tadi semasa dia main tu TETIBA Naim sebut
"tak nak lah kakak!"
Kebetulan saya dengar apa yang Naim sebut tu.
Segera pula saya tegur dia,
"Mana ada kakak, apalah Naim ni"
Naim yang ada di ruang tamu dengan saya terus tunjukkan dengan jari telunjuk dia arah ke dalam bilik.
Seriau saya tau tetiba...
Kat rumah kami ni ada 3 bilik di atas dan satu bilik di bawah yang selalunya bilik kat bawah ni opah dan atuk Naim yang akan tidur bila datang ke rumah kami.
Sekarang memang tiada sesiapa di dalam bilik tu..
Saya terus pasangkan ayat-ayat ruqyah, ulang kali kedua dah semasa saya taip entry ni..
Rasanya tak ada apa-apalah, sebab Nazif yang lagi kecil yang ubun-ubun baru nak tertutup ni ok je, tak ada pula Nazif menangis macam takut kalau dia nampak sesuatu yang tak sepatutnya..
Korang ingat ada apa ye kat rumah saya?
Orang kata budak kecil boleh nampak makhluk halus.
tapi Naim dah hampir 3 tahun, bulan depan akan genap usia 3 tahun, rasanya dah kategori besar tu.
Lepas tu dia nampaknya relax je, sambung main macam biasa...
Harapnya tak ada apa-apalah ye...
sekian, apa perasaan korang baca?
Harapnya tak ada apa-apalah ye...
sekian, apa perasaan korang baca?
My niece pun suka cakap2 macam tu, tengah syok main sorang pastu cakap "ok la, penat dah, esok lagi yer kita main, kamu balik la dulu".
ReplyDeletehihihi mungkin la ada "teman" dia main. as long as tka nangis.
betul...harapnya tu sekadar imaginasi naim je
DeleteMasa kecik si Shashal, kitorang kat satu hotel dekat Desaru, Shashal pun ada
ReplyDeletemenujukkan satu riaksi yg pelik masa tgh swimming kat swimming pool... mcm merenung satu objek lepas tu ketakutan dan tetiba keluar dari kolam tak nak mandi.. padahal takde sapa2 pun kat situ.
itu pun saspens gak tu...
DeleteSeram kan.. dulu pernah ada sorg mkcik tu pesan, jgn biar anak main sorg2. at least kite ada dekat dgn dia. Hopefully tak ada pape lah.
ReplyDeletemmg kami ada kat ruang tamu je, cuma tak join dia main kereta... harapnya cam tulah ye.
DeleteAssalam aisy Nasiha..Naim masih dikira kecik tu..masa anak acik umur 4 tahun pernah juga..masa tu acik dok kuaters klia..dia kata..'mak budak ni kacau.aimi nak tidur' katanya.masa tu hampir kol 1 pagi..seram jugak acik
ReplyDeleteseram juga tu..... mujur tak ada apa apakan?
Deletepnah anak sulung akak masa demam, tiba2 menjerit ketakutan sambil menunding jari ke arah luar tingkap sambil berkata 'dia terbang ke arah sana umi...'
ReplyDelete(masa ni dia masih kecil & kami baru berpindah rumah baru yang belum punyai ramai penghuni..)
Kita anggap jelah ia imaginasi anak2, hurmmmmm
itulah kak..anggap je lah macam tu
DeleteErkkkk.....err saja naim nak usik mak dia kot.mfiras pulak kekadang nakntido mlm tgn dia duk tunjuk kat kipas sambil senyum2....bila tanya apa tu...dia diammjer....suspen....cikgu pun ajar dia sebut fan...mujur dia nak ikut. Bleh ler hilangkan rasa gedebar tu hihi
ReplyDeletehaha..macam2 kes yang boleh buat omak saspens kan? firas aja usik cikgu tu kot
Deletesuspen jugak akak membacanya nih..apa cerita seterusnya,ada tak tanya naim lg pasal kakak tu?
ReplyDeletehehe..saya tak tanya pun, diam aje..
Deletesama macam adib n amni..tgh leka2 main tiba2 lari... ckp ada sesuatu..baca yasin banyak2 n sentiasa ada dgrkan ayat al quran didalam rumah
ReplyDeleteAin, x apa, jangan risau..In Shaa Allah x ada apa2…mungkin “teman” yang baik..
ReplyDeleteishhh ... seram lak liya...
ReplyDeletesbb tu le Qalesya mmg liya pantau dia.. sebab dia sll main sorang2.. cakap sorang2.. kekadang risau gak sbb tu liya suka layan dia main.. at least xda le ckp sorang2.. nk bagi adik xda rezeki lagi.. :)
Seram jugak tu....mulalah kita start seriau bila dah disebut dek Naim...
ReplyDeleteHahhaha... saya pernsh alami. Seram sejuk. Pastu seminggu pasang rukyah. Pastu, hilang dh seram sejuk.
ReplyDeleteuiissh..seram juga la Aisy..pernah juga alami situasi anak yg nampak sesuatu.. umur anak2 3 tahun ke bawah..tak tau la apa yg dorang nampak..
ReplyDeletehuuu..seram kak..terasa la keseraman tu walaupun sy baca entry ni awal2 pagi..
ReplyDeleteteringat blog Aien Alien..citer pasal Acik Chobit..entry dia lebih kurang macam entry akak la..