Posts

Showing posts with the label Idol

Pemimpin

Semalam tengah hari di sekolah saya ada sesi usrah sempena maulidur rasul. Usrah kali ni jadi catatan di sini sebab ada perkara yang buat saya kagum. Sejak tahun 2007, saya masuk profesion ni, dah berkhidmat di bawah 5 orang pengetua. apa yang buat saya kagum dengan pengetua sekarang ni ialah beliau ni orang yang sedia mendengar pandangan orang bawahannya. Bukan sahaja mesra orangnya, malah beliau jenis yang duduk sekali dengan orang bawahan untuk membincangkan masalah. Nak tahu buktinya? antara buktinya, semalam semasa sesi usrah yang sememangnya pengetua rancangkan khas untuk guru guru melayu, beliau ucapkan terima kasih atas kerjasama guru semua dan bagi peluang untuk guru guru luahkan perasaan. Korang bayangkan, semalam lebih satu jam sesi luahan macam macam masalah dalaman cikgu, disebabkan bebanan kerja yang banyak memang ramai yang mengaku rumah tangga tunggang terbalik. Pengetua kami sama sama menangis semasa ada beberapa cikgu yang mengaku bergaduh dengan suami dan a...

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji

Image
SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara. "Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram. "Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan. "Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila...

Tahniah Chong Wei

Alhamdulillah Chong Wei menepati ramalan ke final badminton Olimpik..Gembira kita sebagai rakyat Malaysia, akhirnya ada juga atlet kita yang masuk final. Paling tak pun dapat pingat perak kan? Tapi, semoga dapat emas, lagi lah syok. Bukan calang calang orang boleh bawa balik pingat emas Olimpik ni. Semoga Chong Wei akan buat yang terbaik nanti, walau siapa pun lawannya..