Kelakuan ibu mengandung mempengaruhi bayi

Saya pernah terbaca dan juga dengar kata-kata yang akhlak anak dipengaruhi oleh kelakuan ibunya semasa dalam kandungan dan kelakuan bapanya selepas dia dilahirkan. Bila difikirkan, banyak sekali kebenarannya. Betapa indahnya Islam, ajarannya memang lengkap. Kita  yang harus banyak belajar dan amalkan nilainya.

Ambil contoh dua hero saya ni.. Naim payah sangat nak tidur, Nazif pula mudah je nak buat dia tidur. Sejak dalam pantang lagi, Naim memang jenis suka berjaga, walaupun pada waktu malam. Memang pun masa mengandungkan Naim, saya masih lagi tinggal di JB dengan rakan rakan serumah. Waktu tu sedih rasanya tetapi tak nak tunjuk, sebaliknya saya cuba kuatkan semangat, uruskan sendiri semuanya walaupun ada ketidakselesaan selalu pendamkan sendiri sebab tak nak menyusahkan orang lain. Kawan saya banyak kali tegur yang saya waktu tu tak nampak macam orang mengandung sebab saya nampak sihat, cergas dan kurang tidur.

Sebaliknya masa mengandungkan Nazif ni mula rasa manja sebab dah tinggal bersama dengan suami. Dengan alahan letih pada masa tu, memang saya banyak tidur masa tahun lepas. Itu yang blog ni tak update sampai 4 bulan awal tahun lepas..

Lagi, kelakuan Naim yang manja dan suka minta perhatian. Saya rasa berkaitan juga. Naim ni nak kata budak nakal, tak juga. Nakalnya tu kadang-kadang je. Lagipun normal budak lelaki nakal, kan? Naim ni sebenarnya lebih kepada seseorang yang sentiasa inginkan perhatian daripada orang di sekitarnya.. Perasaan saya masa mengandungkan Naim dulu macam tulah walau pun pada zahirkan nampak tabah sebab suami dan ibu bapa jauh. Maklumlah mengandung anak sulung, tak ada pengalaman lagi. Dengan kerja banyak, takut menyusahkan kawan, selalu saya pendamkan rasa letih atau sakit yang ditanggung. Pada masa yang sama terasa nak sangat bermanja dan dapat perhatian macam orang lain yang mengandung. Ingat lagi, masa lima bulan lebih kaki saya dah mula bengkak, memang rasa tak selesa. Tambah sedih lagi bila ada cikgu cikgu tua yang tak prihatin, suka hati je cakap yang diorang bertuah sebab suami jaga baik masa tengah mengandung.. menyampah betul bila ingatkan hal tu..

Makanan kesukaan Naim pun nampaknya agak sama dengan apa yang saya suka makan masa mengandung dulu. Saya suka makan sup, kuew teow dan buah-buah.

Cukuplah dengan contoh yang saya tulis, yang saya nak tekankan di sini ialah, kepada ibu mengandung, anda jagalah emosi dan berkelakuan baik sepanjang tempoh kehamilan anda. Semoga anda diberkati dengan anak anak yang soleh dan solehan.  Kalau diberi kesempatan perbaiki masa, saya akan cuba kawal emosi saya supaya tak sedih dan minta lebih perhatian semasa mengandungkan Naim dulu. Kini, saya cubalah jaga emosi supaya Naim dan Nazif akan jadi anak yang soleh. Banyak masa boleh ditambah baik apa yang kurang pada diri ini.

Kepada rakan blogger yang sedang alahan tu, Mama Aryan dan MamaAdam, jaga diri baik baik ye..semoga lahirkan anak yang comel dan sihat ye..

Comments

  1. Yup betul kat aisy ckp tu..saya admit bila anak first saya aktif mmg mcm saya mengandungkan dia tp bila anak kedua dia cepat penat dan tak suka jalan jauh pun mcm saya jugak masa pregnantkan dia...saya pun cuba kawal emosi sebaik mungkin masa mengandung ni harap semuanya pun ok jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa, awak pun tengah mengandung juga... semoga sihat dan dapst baby yg comel juga ye..... zarif dan zara mesti tak sabar nak ada adik tu...

      Delete
  2. ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pe...jadi kena buat kuah yg sedap ye....

      Delete
  3. Betul la I rasa, emosi ibu mengnadung sangat affect anak tu. Saya pun masa pregnant dulu tak reti duk diam, ke hulu ke hilir dapat anak pun tak reti duk diam. hahaha

    Btw, tak elok la compare2 dan buat preggers tersentap, orang ngandung ni patutnya kita jaga not only kebajikan, tapi hati dan perasaan sekali. Kan mudah sentap masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla, mulut tempayan boleh tutup, mulut orang....

      Delete
  4. ha ah, sgt setuju.. kena pandai jaga emosi masa mengandung.. masa mengandungkan Irfan, saya pun duk dgn kawan2 bujang sbb hubby kat KL, saya T'ganu... tapi kawan2 saya layan saya macam puteri masa mengandung, rasa best sgt.... apa saya nak mereka akan turutkan :)

    ReplyDelete
  5. Salam...Dato' Dr Fadzilah Kamsah pun ckp Mcm tu jugak. perangai ank brbeza krn emosi ibu smasa mngandung setiap ank brbeza beza.

    ReplyDelete
  6. Masa pregnantkan firas, saya suka makan yg manis2,masam memang tolaknketepi.....bila dah lahir, firas mmg xsuka mkn yg masam2

    ReplyDelete
  7. Setuju sgt..
    *Masa ngandungkan Ain, suka sgt mkn tomyam... sampai skrg Ain penggemar tomyam yg tegar. Begitu juga dgn adik2 dia, Qistina sampai skrg ni suka sgt math dan apa2 juga game yg perlukan proses berfikir.. sama mcm masa ngandungkan dia.

    ReplyDelete
  8. betul tuh..kalo mase mengandung kite suke membaca insyaALLAH anak yg dikandung akan ikut sikap kite

    ReplyDelete
  9. Salam ain...apa habaq? hehehe..betul juga tu..setuju ain cakap..sapa ckg2 tua tu? amboehh sedapmulut depa ja kan...hahah..konsert rock dah abeh..ekekkee

    ReplyDelete
  10. Masa mengandungkan Nur Maryam saya suka jaga kecantikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti tengok, rasanya kalau nur maryam besar mesti dia suka melawa juga tu...

      Delete
  11. memang betul tu..tingkah laku & perasaan ibu akan mepengaruhi anak yg dikandung..

    ReplyDelete
  12. betul tu... sebab tu org kata... kalau pregnant... mental, fizikal dan emosi kena stabil... tapi apa2 pun.. perangai siapa lagi anak2 nak ikut kalau bukan perangai mak ayah dia... heheh

    ReplyDelete
  13. a'aa betul tu.. mmg tgkah laku ank, byk drpd kita sendiri kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts