Bila anak banyak cakap

Mulut Naim bukan main riuh sekarang ni. Dulu pun riuh juga, tapi sekarang ni makin banyak pula perbendaharaan katanya. Kadang-kadang dah cakap macam orang tua. Pengaruh Upin Ipin pun ada juga yang tak baiknya. Nak tahu kenapa? Naim ikut cakap "aku" untuk membahasakan dirinya. Tapi mujur juga bila ditegur dia akan cepat tukar, tapi tak lama esoknya dia buat lagi. Memang kena banyak sabar.

Sekarang ni dah pandai Naim ni mengajuk orang lori yang lalu kat depan rumah untuk beli barang terpakai. Ada ke patut bila je dia dengar lori tu pasangkan , " barang lama tukar baru", dia akan cakap, "Mama lama, tukar baru"... geram tul. Tahu pula dia gelakkan saya bila saya marah dia cakap macam tu..

Ni belum lagi Naim jumpa ramai kawan, kalau dah masuk sekolah macam mana ye? saya mulalah bayangkan yang akan datang walaupun lama lagi. Cabaran jadi mama ni macam-macam ye...



Comments

  1. maksud Naim.. nak mama baru erk, opsssss.. jangan marah, akak gurau jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..naim ni ..tu yg bt saya geram tu... dia ingat tukar mama tu macam manalah...

      Delete
  2. ekekeke..naim ni anak yg bijak kan..tu la , rasanya upin upin kena tukar perkataan "saya "kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal... budak kecil mudah nk tiru... kita tunjuk contoh tak baik diorang ikut tak baiklah.

      Delete
  3. Hihihi... budak cepat terpengaruh. Adam pun, kalo sesekali loyar buruk kadang2 x tahu nak marah atau nk gelak. Mcm2 perangai =)

    ReplyDelete
  4. sama la ngan adib..baru prasekolah..kdg2 dia pun tersasul ckp aku..bile tegur dia ubh api nn cakap balik..dugaan btl

    ReplyDelete
  5. adam pun kdg2 terkeluar aku juga,bila dah mula bergaul dgn kawan2 kat taska dia tu,tp selalunya dia bahasakan diri dia adam..cumanya yg paling bimbang dia dah mula main lawan2 pulak dgn adik dia ni..adrien tu dah la kecik lg..

    ReplyDelete
  6. hehe semakin bijak si Naim bercakap..
    anak saya pun suka tengok upin ipin..selalu ikut dialog2 upin ipin..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts