hadiah menangis

Alhamdulillah dua hari yang penat ni akhirnya berlalu juga. Esok tak perlu lagi saya keluar dari rumah seawal pukul 6.50 pagi.

Petang tadi suasana tak macam biasa. Naim tak menunggu saya di pintu. Naim juga tak bergegas keluar untuk membuka pintu kereta bila saya sampai. Mengharapkan Naim datang angkut beg sekolah saya pun tak kesampaian. Terasa lain pula bila tak disambut dengan senyuman manja Naim macam yang biasa dilakukannya. Walaupun selalunya saya gelakkan Naim bila dia cakap, "mama, masyuk," , hari ni bila dia tak ada pun kat depan kereta memang jadi rasa lain.

Bila dijenguk rupanya Naim sedang menangis di dalam rumah. Dia kena marah sebab nakal dan usik adik. Kesian tengok dia menangis tu, saya tak jadi masuk ke dalam rumah. Sebaliknya saya ajak Naim ke 7-eleven yang dekat dengan rumah.

Bila balik papanya tanya, "aik, menangis pun dapat hadiah?"..

ha..memang pun, nak pujuk dia tadi mama belikan ikut apa yang dia nak.. Jadi dapatlah 3 batang ais krim solero, kinder bueno, air minute pulpy dan roti krim gardenia... yang tak terdapat dalam gambar tu dah selamat....
terasa bersalah asyik sibuk bekerja...

<

Comments

  1. hehehe..Naim menangis dapat hadiah..
    sama mcm anak sy suka betul usik si adik bongsu..

    ReplyDelete
  2. nak nanges gak la kotkot dapat hadiah dari aisy hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... kena blajar teknik nangis daripada naim lah nampaknya... dia nangis penuh perasaan... tu yg dapat reward..

      Delete
  3. ekeke kadang2 dgn anak2 nie .. kita naik lemah bila dia nangis
    padahal dia buat silap , kita kena aar dia dgn sesuatu yg dia akan ingat
    dan x lupe .. takut nak buat kesalahan tuu

    last2 kita ibu yg ngalah .. but cannot do so many times kan .. jgn sampai dia
    tahu apa kelemahan kita sbb budak2 nie dia cerdik , dia suke xplore dlm kita x sedar ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak..
      saya pun rasa macam tu... tak boleh bagi macam ni selalu, nanti dia ambil kesempatan..
      masa diberi hukuman kena tegas kan?

      Delete
  4. erkk..cop2 nak tanya..siapa yg marah Naim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Papa main yg marah... Ek apa kena mengena mamanya pula yg belikan ais krim ? Haha... Sebab tak disambut mesra oleh naim kot yg myebabkan dia dihadiahkan aiskrim

      Delete
    2. owh..sbb papa dia tanya, "aik, menangis pun dapat hadiah?"

      tu yg ingatkan org lain marah Naim..:D

      Delete
  5. Itulah naluri ibu Aisy. Kakak tak nafikan. Kalau kakak pun mungkin buat yg sama.

    Naim nak tahu tak Solero tu aiskrim favourite auntie tau. Auntie suka yg hijau luar masam-masam dan dalam lembut rasa susu best kan..:)

    ReplyDelete
  6. kesiannya naim kena marah ye...memang rasa lain kalu perkara yg biasa dibuat anak tak buat kan

    ReplyDelete
  7. alahaiiii sian naim kne marah.. tp nsib mama pandai pujuk.. :-)

    ReplyDelete
  8. kinder joy tu mahal kot. rm4.50 kan sebiji? haritu, 6 org anak buah nak beli.. =,='. rasa mcm tak berbaloi dgn harga ada coklat 2biji dan mainan dlm tu..dindang pun ok lagi.. las2 beli cornetto satu sorg.. hehe

    ReplyDelete
  9. naim dah bosan agaknya.sebab tu duk kacau adik ..hehe
    sekali sekala hadiahkan benda yg buat dia happy apa salahnya kan.

    ReplyDelete
  10. Hihihi.... adam jarang nangis. Tapi selalu merajuk. Kadang2 xtau dia merajuk betul ke tipu. Hihihi. Papa yg rajin bg hadiah. MA pujuk ngan air liur je.

    ReplyDelete
  11. siapa yg marah tuu...ish mama pulak yg kena pujuk yer

    ReplyDelete
  12. naim nangis ayah die mrh ke?tuh la sllu nk pujuk anak kne bribe diorg dgn pe yg diorg nk..

    ReplyDelete
  13. cian naim..terasa lain kan bila selalu disambut tp kalau x ada rasa mcm ada yg x sempurna kan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1