perancangan Allah tak kita tahu..

kebelakangan ni semakin kerap saya susah hati memikirkan perlu ke tidak saya menukar pekerjaan. Entah beban kerja yang bertambah yang menyebabkan urusan di rumah kelam kabut atau mungkin juga keadaan di rumah yang tunggang terbalik tu yang menganggu tumpuan saya di sekolah terganggu.

Namun, setakat hari ni belum lagi saya berani buat tindakan drastik. Sebaliknya saya cuba berfikiran positif, mendoakan situasi ni bakal berlalu cepat. Mana mana kerja yang mampu saya selesaikan akan saya selesaikan secepat mungkin. Saya juga memberi masa kepada diri sendiri untuk mencuba dan bertahan sedaya yang mungkin.

perancangan yang Allah dah buat kita tak tahu. Itulah kata-kata yang jadi penguat jiwa saya kebelakangan ni. Saya kuatkan hati untuk sabar, bertahan dan tak panik dengan situasi yang dihadapi.

Dalam entry sebelum ni saya ada beritahu yang ada terasa nak makan nasi arab tapi tak sempat nak pergi makan disebabkanmaca-macam hal. Saya pun tak sangka, dalam minggu ni je dah dua kali ke restoren Saba, memang puas makan nasi arab.. benar kata orang, kalau dah rezki untuk kita, lambat laun akan dapat juga... semoga dari segi masalah yang sedang serabutkan otak saya ni pun akan selesai dengan baik bila dah tiba masanya... korang doakan saya ye.

Comments

  1. salam aisy..lama rasanya akak tak jenguk aisy,kesihatan sgt kurang memuaskan buat masa ni.
    insha Allah..segala masalah yg aisy hadapi pasti ada penyelesaiannya..akak doakan semoga yg baik2 akan berlaku dlm hidup aisy ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks akak...doakan saya ok ye..
      saya pun doakan akak dan baby ok..
      jaga diri n happy selalu k

      Delete
  2. Semoga semuanya baik-baik belaka untuk awak..Jangan stress dan rancang sebaiknya tau.

    ReplyDelete
  3. Salam ain, doa banyak2 k..kak intan penah ngadap situasi ni..stress yg teramat…asyik rasa nak berhenti dan tukar kerja..tapi bila keadaan dah tenang , duk pk balik..keja kat mana2 pon ada stressnya..entah2 g tempat lain lagi stress ..tapi itulah, kita berbalik kepada berserah dan berdoa kepada Allah..mohon diberi petunjuk..owh Saba kat cyberjaya ya…kak intan penah g hampir 5 kali gak..portion nya punya la banyak..standard arab makan kan..suka kambing

    ReplyDelete
  4. lapar la pula tengok nasi tu..fikir positif Aisy..
    banyak bersabar dan kuatkan hati..anggap itu datu dugaan hidup

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1