peminat

Disebabkan permintaan anak buah saya supaya saya rajin edit blog, pagi ni saya gigihkan diri dan perah otak untuk menulis.

Anak buah yang suruh saya ni ialah anak bongsu Kak Ja saya. Rasanya dalam keluarga saya, dia dan kakaknya aja yang rajin ikuti perkembangan blog saya ni. Suami saya sendiri pun tak macam ni. Terharu juga bila dapat tahu ada orang tertunggu -tunggukan kita, kan?

Cakap pasal tertunggu ni, saya rasa bukan diorang minat sangat tunggu saya update blog sebab saya ni tulis bagus sangat. Setakat tulis ikut suka hati saya ni apalah sangat..Diorang ni suka baca bila saya tulis tentang Naim dan Nazif sebenarnya. Maklumlah, tak dapat jumpa selalu, tapi Nazif dan Naimlah saudara diorang yang paling kecil dan comel, yang lain semua dah besar.

Saya faham perasaan ni. Ingat lagi masa kecil dulu, saya dah mula tertunggu tunggu kepulangan dan panggilan daripada kakak kakak saya sebab nak tahu perkembangan anak anak saudara. Rasanya sebab kasih sayang antara ahli keluarga, kita akan rasa saudara kita yang paling comel dan rindu sangat dengan telatah diorang. macam kata adik bongsu saya masa Naim kecil dulu, dia tengok budak dan bayi lain tak ada sorang pun yang nampak cute macam Naim. Gelak ya dengar ayat dia tu.. ko cepat kawin dik, ada anak sendiri lagi cute..




budak cute dalam gambar ni dah mula makan bubur. Banyak tau, bagi separuh mangkuk dia merengek nak lagi, jadi akhirnya semangkuk kecil bubur selamat jadi makanaan Nazif ni.

Comments

  1. Bagusnya kuat mkn,firas dr kecik sampai skrg memilih

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu, tengoklah badan nazif ni...
      tapi naim masa kecil mudah makan, bila dah pandai makan sendiri payah pula jadinya..

      Delete
  2. comelnye... selamat update blog. rajin2 masuk n3 baru yer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni yg takleh nak janji...masa cuti mcm ni tak banyak kerja bolehlh update selalu..kalau dh penat, tk adalah jawabnya...

      Delete
  3. bestnya... tapi memang pun. masa saya bujang, emak selalu jenguk saya. bila dah ada adam ni, emak tak jenguk saya dah. dia jenguk cucu dia pulak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak saya pun sama, sekarang cal tya cucu dulu macam mana.... kadang kadang tak tya pun saya macam mana.....huhu

      Delete
  4. alolololo comelnyer...geram pulak nengok

    ReplyDelete
  5. comelnya...apapun kalau dah ada peminat...kita kena usahakan agar peminat kita tak merajuk dengan kita

    ReplyDelete
  6. seronok bila ada yg tertunggu2 nak baca cerita kita kan..mmg kita akan rasa anak2 & anak2 buah kita yg paling comel..hehe bukanlah anak org lain tu tak comel,ada yg lebih comel pun,tp mcm tu lah sapa nak puji anak sendiri kalu tak kita kan..

    ReplyDelete
  7. nazif yang comel.meh nak tium cikit..muahks!!! kak intan pon suka baca blog ain especially yg membabitkan pengalaman seorang ain dalam mendidik anak2...

    ReplyDelete
  8. Blog saya pun lebih ditujukan kepada adik-adik saya kat M'sia... sebab tu saya suka letak pic byk2, biar hilang sikit rindu mereka kat anak sedara.... bila tak be'update' mmg akan dapat msg, "Bz sgt ke?"... ekekke
    bila ada peminat ni, lagi la rasa rajin nak menulis.. motivasi tu...

    ReplyDelete
  9. comelnya Nazif..anak kita hampir sebaya kan Aisy..
    anak saya pun mula makan sudah

    sy pun tertunggu2 juga Aisy buat entry..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1