Lain lain

Korang sangka tak seorang yang berbadan besar, tinggi dan bersuara lantang yang mampu mendiamkan ratusan insan lain dengan hanya menjerit tanpa bantuan pembesar suara, tapi di sebalik semua kehebatannya tu kelemahan yang tersembunyi ialah insan ini seorang yang menggigil bila memandu kenderaan. Malah, insan ini lebih rela menunggu lama untuk menaiki kenderaan awam atau menumpang kenderaan rakan daripada memandu sendiri.. penyeksaan batin baginya jika memegang stereng kereta..

Korang juga sangka tak seorang yang mampu mengajar 150 orang di sesuatu masa dengan baik tetapi bila diminta memberikan ceramah atau membentangkan sesuatu kepada pihak lain insan ini akan lemah lututnya serta ketar suaranya?

Panjang pulak induksi saya kali ni. Sebenarnya saya nak tulis tentang kelemahan diri. Kita sebagai makhluk ciptaan Allah ni tak lari dari kelemahan, kan? walaupun sehebat mana pun seseorang tu akan ada kelemahan yang tersimpan dalam diri seseorang tu. Bukan mudah nak kita atasi kelemahan diri. Lagi lagi insan yang lemah macam saya ni..

Kalau korang baca entry sebelum ni, saya ada tulis pasal fear factor saya... hehe, tau apa? jangan gelak tau.... halnya sebab saya dapat jawatan MC masa majlis sekolah. nilah kerja yang paling malas, eh tak, sepatutnya sebut paling lemah nak saya buat... bila pegang je mikrofon untuk tujuan macam ni, saya memang jadi menggigil .... geram betul.. kalau mengajar tak pulak menggigil..

Orang yang tak ada simptom macam ni senang je cakap.. kat kelas ok je kenapa bila majlis macam tu nak menggigil.. mana saya tahu, dah banyak kali cuba tapi selalunya memang akan jadi stage panic....dan rasanya semalam tugas saya sebagai MC taklah sehebat orang lain, tapi sekurang kurangnya saya telah cuba... ha, lain kali bagilah kerja lain lak ye......

Korang lak apa yang korang takut atau lemah nak buat?

Comments

  1. samalah, part paling tak suka

    ReplyDelete
  2. alahai..sama pulak dgn akak,akak fobia kot kalu dgn mikrofon nih,kalu cakap tanpa mikrofon tu..sakan la..bila kena mikrofon terus gigil

    ReplyDelete
  3. Sama ngan acik tu siha.nak. Mulakan tu dah mula ok je.tapi kalau bab pegang stering keta tu.dah 22 tahun lesen acik dah acik buat loket dahsebabtak pernah digunakan he he

    ReplyDelete
  4. hahaha..apa yer..mm cik azue plak...bawa keta kut..bawa moto ok g..or malas kut..mm yg pasti..ketakutan or kemalasan itu nak kena di demolish nie..hahaha..more specifik..tak tau ler takut per..sbb cik azue nie akan try dulu selalunyer..

    ReplyDelete
  5. betul betul betul aisy....cikgu anis pun takut dengan mikrofon. sangat tak suka jadi mc.

    ReplyDelete
  6. ekekek hakikat dikk
    memang ada ..
    hurmm kalau akak lak .. pengecut tgk cerita seram2 nie ..
    kata adik beradik akak .. badan je besar ! ahaha welll ;))

    ReplyDelete
  7. haha....aku pulak tak suka gi interview...ketaq lutut semcm...kalau ada panggilan interview, mmg aku lemah...ekekek...

    ReplyDelete
  8. fear factor....macam2 jenis ada...

    ReplyDelete
  9. hehe..Aisy sy pun jenis yg gementar punya..
    tapi tak apa la Aisy yg penting Aisy dah cuab yg terbaik kan..

    ReplyDelete
  10. aku pun rasa camtu jugak kak..kalau discuss pasal keje, aku boleh jer bagi pendapat and cakap macam biasa..tapi kalau dalam meeting, bila cakap tu rasa macam bergetar2 jer suara..padahal semua2 tu kawan sekerja jugak..

    maybe sebab ada bos2 kot dalam meeting..

    ReplyDelete
  11. sy pnh jd mc.. cakap pun tergagap.. serius takut...!!

    ReplyDelete
  12. sama la. lemah la nak bercakap depan org ni.sebab tu tak suka kalau tak kena buat presentation depan pensyarah dan kwn2 masa study dulu

    ReplyDelete
  13. kak intan sangat fear dengan ulat sampah...owhhh sangat lah geli..boleh menjerit2

    ReplyDelete
  14. lagi satu x suka ketinggian..gayat nyer rasa..gigil lutut

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1