sama tak?

Malam tadi terasa susah nak lelapkan mata lak. Akibatnya, saya taip entry ni pada pukul dua pagi.

Macam-macam di fikiran sebenarnya. Sambil sambil ambil mood nak tidur dah berapa kali saya pasang bacaan surah Al Waqiah, mohon semoga Allah permudahkan urusan harian saya seterusnya.

Dua hero saya yang tengah lena tidur ni comel betullah. hehe, kalau mama tak puji anak sendiri, siapa lagi yang nak puji diorang, kan? dua beradik ni tidur gaya sama je, yang beza cuma sebab selimut.  Saya cuba didik Nazif tidur berselimut macam saya, sebab Naim memang jenis takkan pakai selimut. Kalau lena sangat pun, selepas beberapa jam bila dia dah perasan dia diselimutkan dia memang akan campakkan selimut tu. Walaupun sejuk sangat, jarang sekali selimut lekat di badan Naim.


muka diorang ni sama tak? 
Kalau saya jalan di kawasan kampung, saya mudah dicam oleh orang yang saya ni anak mak saya atau adik kepada Kak Long saya. Kata diorang memang muka kami saling tak tumpah. Kalau budak dua beradik ni nampak sama, pun bagus juga, kan?

Comments

  1. masa diaorg kecik tak ketara, bila besar barulah nampak 'acuan' yg sama..

    anak akak 4org, yang sulung jer ikut akak, 3 lagi semua acuan abahnya

    ReplyDelete
  2. Ni lebih kurang sama jugak mukanya..:)

    ReplyDelete
  3. comelnya2 depa...geram tgk..nazif bam bam muka dia

    ReplyDelete
  4. dlm keluarga akak,cuma anak pompuan ke 2 tu ja berselimut..walaupun siang2 buta..katanya takleh tido tanpa selimut..
    akak dan yg lelain..hujan ribut seklaipun..hatta kat cameron highlands atau genting pun..tak berselimut..entahlah..rasa rimas..panas..

    ReplyDelete
  5. salam kenal...ila follow sini =D

    muka nazif ngan naim..memang ada iras =) dah adik beradik..sikit or banyak memang akan ada sama

    ReplyDelete
  6. Tapi biasa budak tak suka selimut. Kena tunggu besar sikit baru dia tahu sejuk dan masa tu baru nak berselimut. Kakak pun jenis berselimut. Tak tahan sejuk kalau pukul 1 pagi tu kakak dah off aircond.

    Iras muka biasa mesti ada kalau adik-beradik ni..

    ReplyDelete
  7. Iras tu ada.. hehe kita punya family,
    semua tak seiras :D

    ReplyDelete
  8. comelnya ...... dah besar sikit baru nampak sama ......

    ReplyDelete
  9. biasanya adik beradik memang muka sama ..
    so cute mereka berdua nie ;)

    ReplyDelete
  10. sama2 cute!
    saya duplicate muka ayah dan muka adik no 4 =)

    ReplyDelete
  11. kena tunggu besar skit baru senang nak tengok ikut rupa sape hehe....firas pun tak suka selimut aisy....kalau letak selimut jer, mata pejam tapi tangan dan kaki duk kuis2 selimut tu.rimas agaknya

    ReplyDelete
  12. sama..abang adik sama rupa..:)

    ReplyDelete
  13. lebih kurang sama juga muka diorang nih..memang dua2 pun comel lah

    ReplyDelete
  14. rasa macam tak sama la kak..maybe sebab kecik lagi kot..so persamaan tu tak berapa ketara..

    aku sendiri rasa muka aku xde iras dgn adik beradik..tapi bila org lain yg tengok, diorang kata seiras pulak..penelitian tu xsama kot..

    ReplyDelete
  15. naim sama mcm qalesya tk suka berselimut... kite selimutkan dia..dia bukanya balik.. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1