Posts

2013 in memories

Image
Cepat tulis..dah nak habis hari pertama ni. Haha, nak juga taip kisah untuk tarikh 1.1.2014 ni. Tak sangka banyak betul entry saya sempat tulis dan tak padam sepanjang tahun 2013. Terima kasih kepada MamaZir , PK , MamaAryan dan Mamakacukan yang menjadi pengomen tegar. Ada masanya diorang ni sibuk, sekali mengomen tu sampai 17 komen untuk 17 entry. Sampaikan masa ni, saya pulak rasa bersalah sebab menulis banyak. Diorang ni, pasti akan bagi komen juga tak kira apa yang saya tulis. Lain kali, korang komen sikit-sikit pun tak pe. Saya dah kenal dan tahu korang sahabat yang baik. Selain tu, terima kasih juga untuk NurBijen, Acik Erna, Zilla, Adyna, Kak Wan Intan, Kak Nur, Kak Kamsiah, Miss Mirror, Nina, Izan Mama Mia, QasehRania dan  semua yang lain walaupun yang saya tak sebutkan nama. Oops, lagi satu NasMamaJJ yang lama menyepi, lama balik kampung tuh. Sorry, tak ada warna biru. Malas nak buat link sebenarnya. Maklumlah, selalu buat entry guna hp je, sekali sekala guna l...

Mulakan dengan bismillah

Image
Nampaknya tahun 2013 tinggal beberapa jam lagi. Kita di bumi Malaysia ni dah tak lama nak masuk waktu Asar pun. Bersyukur kita dapat teruskan kehidupan dengan insan-insan yang kita sayangi. Saya hari ni berada di sekolah untuk sesi orientasi pelajar tingkatan satu. Hari ni kerja bahagian sambutan, jadi merempitlah saya dari rumah pagi tadi. Mujur sampai ke sekolah pada pukul 7.25 masih awal lagi untuk bersedia. Setiap tahun pun, di majlis macam ni, saya selalu tersentuh melihat kerjasama dan penglibatan ibu bapa. Cukup ramai ibu bapa yang meluangkan masa untuk menghantar anak mereka ke hari pertama di. sekolah. Ada yang datang tu dengan bawa bersama anak yang masih bayi. Ada pula yang kelihatannya cukup prihatin, pelbagai persoalan ditanyakan sampai guru tingkatan pun pening nak menjawab. Apa-apapun, semua ni tak lain tak bukan, menunjukkan para ibu bapa memang prihatin dengan pendidikan anak-anak mereka. Kehadiran ibu bapa melebihi jangkaan. Para pengawas kena letakka...

Hakikat kehidupan

Image
Mama sibuk nak lengkapkan buku rekod, Nazif pun menyibuk sama. Nak tak nak, kena bagi dia kertas dan pen juga. Kalau tidak, berkali-kali Nazif tarik pen dan buku mama . Hasilnya...... Kertas penuh contengan...bagus..tahu kawasan .. Tengok tikar... juga diconteng...tak pe, tikar tu murah je... Yang paling tak tahan, kaki Nazif juga penuh contengan....Ai, dik, tak sakit ke? Cepat pula dia... mama baru tulis suku je, dia pulak dah siap conteng macam-macam. ........ Nota cinta:  # Esok hari terakhir mama ke sekolah sebelum mula sesi 2014. Terima kasih Papa N sebab jadi Mr Mama selama 5 hari ni.  # Hari ni saya rasa geram sangat dengan diri sendiri atas kelupaan yang berlaku. Berkali-kali tanya diri, kenapa? Apa ni? Apa masalah? Mungkin juga boleh dikelaskan sebagai kesilapan .. Namun, cuba positifkan diri, anggap tiada manusia yang sempurna. Insya Allah saya akan cuba elakkan lupa lagi dan kepada sahabatku, jika terbaca ni, ampun beribu ampun. Ma...

Rancangan menyepah

Nak menyepahkan rumah pun ada rancangan, haa.. kelakar perbualan Naim dan Nazif pagi tadi. Sebelum masuk ke bilik air, saya pesan kepada Naim, " Naim jaga adik ya". "Ok," jawab Naim. Bila dah masuk ke bilik air, dari dalam saya dengar suara Naim, " Adik, mama tak ada. Jom kita buat sepah ". Perancangan baik dua beradik. Patutla rumah kita tak kemas. Korang siap buat rancangan nak sepahkan rumah ye, rupanya. Adik yang kecil ni pun ikut je abangnya... Gambar hasil rancangan menyepah ni, tak payahla tunjuk ya...kisah biasa bila ada anak kecil.

Tidur dari 9 malam hingga 6 pagi

Image
Hebat betul kuasa tidur. Mula golek-golek di tilam pada jam 8.45 malam, sambil  pujuk Nazif tidur sama dengan mama. Memang tak lama, Nazif pun lena. Mamanya apa lagi, terus pejamkan mata. Memang itu pun tujuan asal. Tak sangka dapat tidur lama. Bila ada  anak dua ni jarang sekali saya tidur lama. Lagi satu, mana pernah kami tidur  seawal pukul 9 malam. Dua Ahmad ni selalu main sampai pukul 1 pagi, biasanya. Jadi 9 malam ni macam pukul 5 petang diorang, semangat lagi nak main..Semalam, rasanya Naim pun tidur lebih kurang masa kami tidur. Saya terjaga untuk cas hp sekitar pukul 10.15 malam, saya tengok Naim pun dah tidur. Bukan ada apa aktiviti lasak yang dibuat pun seharian. Kalau saya, mengantuk sangat sebab dua malam tak cukup tidur. Malam Jumaat tu tak lena tidur sebab memikirkan masalah minit mesyuarat. Malam Sabtu pula sempat tidur dua jam setengah sahaja sebab anak-anak main sampai pukul 2 pagi. Mamanya kalau ada hal penting, pukul 5 pagi dah tak boleh peja...

Cerita pendek

Image
1. Kenapa kena ada mesyuarat? Siapa yang suka masuk mesyuarat formal? Angkat tangan?..meh nak bagi hadiah, rajin  tu... Secara ikhlas, saya mengaku yang saya memang jenis tak seronok duduk di dalam mesyuarat. Lagi-lagi kalau mesyuarat yang berpanjangan dari pagi sehingga ke petang.. ditambah pula tugas saya sebagai pencatat, alangkah kurang seronoknya.. kalau mesyuarat tingkap, saya tak kisah. Memang suka pun walau kena dua tiga jam..haaa.. kaki gosip nampaknya.. Bekalan masa mesyuarat sepanjang hari ni.  2. Mengada-ngada ke nak perhatian lebih? Naim ni kalau ada benda yang dihajatkan, tapi tak dapat, boleh tengoklah dia buat perangai. Kami suami isteri dah pakat tak nak layan sangat kalau dia buat perangai macam tu. Sengaja alihkan perhatian dia dengan benda lain. Tengok gaya dia minum air tu, pasti korang takkan sangka yang Naim baru lepas menangis bersungguh-sungguh dan gaya tangisannya kalah Nelydia tau..tengok je air ni strawberi ni sampai ke m...

Sekadar meluah

Image
Tadi kami ke Shah Alam, ada urusan di pejabat kerajaan. Kecewa betul. Nak salahkan siapa pun rasanya tak boleh. Masing-masing mengambil kesempatan pada masa cuti ni nak selesaikan urusan yang berkenaan. Orang lain ada hal, kita pun ada hal, jadi bab kesesakan ni saya faham dan boleh terima lagi. Tapi, staf yang berkenaan bukankah sepatutnya lebih memahami keadaan ini? Kenapa tak disediakan lebih kaunter untuk melayan pelanggan yang beratur sehingga ke koridor? Kenapa daripada 8 kaunter, cuma empat sahaja yang dibuka, sedangkan tahu pelanggan yang sedang menunggu macam sardin? Kesian bagi pelanggan di usia emas atau yang ada anak-anak kecil seperti saya ni, terpaksa juga berhimpit dengan pelanggan lain yang ada. Akhirnya saya balik tanpa siap urusan yang sepatutnya. Apa nak buat? Kedua Ahmad ni dah mula mengamuk kegelisahan dihimpit tidak selesa. Lain kalilah nampaknya. Kerusi pun patah tak berganti... sedih!