PDPR : Pro and Cons
Assalamualaikum semua.. Di kala sesi PDPR hampir melabuhkan perjuangannya ni, saya terasa nak mencatatkan sedikit pengalaman sendiri, anak-anak dan rakan-rakan terdekat. Kiranya setahun ni banyak juga yang boleh dicatatkan di sini. PRPR ni benda yang baru jadi pasti banyak kesan baik dan buruknya. Bukan sahaja guru, murid-murid pun dah terbiasa dengan kaedah pembelajaran secara bersemuka. Siapa sangka bila datang pandemik ni, dalam sekelip mata je kaedah pembelajaran atas talian menjadi kemestian buat semua, kan? Pertama, saya perlu ceritakan yang saya rasa kagum bila melihat sikap ingin tahu murid-murid yang sangat tinggi melalui kaedah belajar secara Google Meet ni. Buktinya kelas-kelas saya untuk subjek-subjek penting sentiasa penuh murid. Mungkin juga kerana sekolah saya di kawasan bandar, dan latar belakang murid kebanyakannya memang mempunyai pelbagai gadjet yang menyokong sesi pembelajaran secara maya ni, alhamdulillah dari segi kehadiran. Bercakap tentang sikap...