Posts

Showing posts from August, 2020

Resepi keluarga dan bendi hasil tanam masa pkp

Image
 Assalamualaikum semua. Siang tadi sikit kami makan tengah hari harini. Hihi, bukan lambat sikit kalau dah makan pada pukul 4.15 petang ni. Al kisahnya tadi kami dah makan kek. Jadi taklah terasa sangat menunggu siap masak untuk makan berat ni. Ternampak di instagram gambar kek ni, lalu  terorder la pulak sebab yang jual tu melayan kami nak ambil kek di tepi tol. Jauh ni belinya dari Rawang. Tapi alhamdulillah sedap keknya ni. Alang- alang kami dari Tapah tadi jadi taklah jauh pun, sehala je masa singgah tadi.  Memang nampak sedap keknya kan? Rasanya pun sedap, alhamdulillah. Ok, kembali ke kisah bendi yang ditanam semasa PKP haritu. Rasanya lama sangat dah tanam tapi alhamdulillah dua minggu lepas pokok bendi tu mula menunjukkan hasilnya. Walaupun buahnya keluar sebiji-sebiji, perasaan teruja tu sentiasa ada. Sebelum keluar kerja, jenguk pokok bendi dulu sambil kira buahnya. Masa balik kerja pun sama, mesti tengok pokok bendi dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. Kali ni ...

It’s okay not to be okay

Image
 Assalamualaikum semua. Kesibukan semasa selalu melekakan kita, kan? Ada masanya saya cuma berharap setiap hari berakhir dengan kerja siap mengikut masanya. Cuba tak buat diri sendiri stress sebenarnya. Tapi ada masanya banyak benda yang akhirnya kita abaikan. Tak sedar pun kita abaikan benda tu sehingga diduga tentang perkara tersebut. MasyaAllah. RahmatMu sememangnya sangat besar dan tak terfikir oleh hambaMu ini.  Terima kasih Allah. Sesungguhnya dugaan ini walaupun cuma separuh hari, dah menyeksa hambaMu ini dan menginsafkan hambaMu ini sesungguhnya.  Meh sambung kisah ni, asalnya semalam saya nak tulis macam tu je, konon biarlah rahsia. Tapi sekarang ni terasa nak menulis panjang sikit jadi kita tulis jelah. Kisah dugaan di atas tu sebenarnya taklah besar mana bila kenang sekarang. TAPI, semalam petang sehingga lewat malam tu terasa macam dunia nak terbalik dah. Laptop yang digunakan buat kerja sehari-hari ni secara tiba-tiba tak boleh masuk windows. Kemudian, bila s...