Posts

Showing posts from May, 2020

Sejak PKP banyak perkara dah lain ke?

Image
Hai semua, jom saya nak kongsikan kisah hari ini. Tak tahulah nak kategorikan lucu ke, sedih ke atau maybe gabungan kedua-dua tu. Layankan ajelah ya korang. Al kisahnya tengah hari tadi, anak minta nak makan kimbab. Jadi tak payah masak, semua beli je, kata si bapaknya. Jadi apa lagi, mother happylah kan? Semestinya la kalau dapat cuti masak dan kemas sangat happy. Lagipun sejak PKP   ni tak pernah lagi beli makanan korea, jadi tiga bulan tak merasa taste korea. Jadi mother pun pesanlah sekali apa yang dia terasa nak makan. Apa yang terjadi tadi, si bapak pergilah beli makanan kat mall. Tapau dan bawak balik, musim ni mana boleh makan kat kedai kan. Masa bapak order , bapak call si mother dan dia tanya , “ Mama nak order bulgogi kan? Nak ala carte atau set?” . So mother pun jawablah , “ Ala carte jelah”.  Kemudian bapak sambung lagi, “Betul ke ala carte, kalau ala carte tak ada nasi! “ “Eh, pelik betul ni, order sambil tengok menu tak tu? “ tanya lagi si mother. Tak puas h...

Mengajar online musim PKP

Image
Assalamualaikum semua. Lepas bulan Ramadan dengan masih lagi di musim cuti pertengahan tahun ni, buat saya terasa seharian panjang sangat masanya. Dah berkali-kali tawaf kawasan rumah, makan pun dah berkali-kali, kemas pun berkali-kali masih lagi belum lewat petang. Rasa banyak sangat masa lapang. Nak berjalan ke mall yang berdekatan, memanglah tak ada kalau saja-saja. Setakat enam hari berhari raya ni tak terasa ada keperluan nak menjengah ke mall lagi rasanya. Nak adakan kelas online macam biasa pulak tak dapat jugak sebab murid tengah cuti. Kalau buat nati dapat aduan kang cari susah tu maknanya, hihi.  Credit to Miss Adilla, yang kerap kali snap gambar semasa kelas online saya dan masukkan di ig story dia. Mujur dia tak snap gambar semasa cikgunya nganga mulut. Tak sangka betul 2020 yang dinantikan ni macam ni keadaannya, kan? Mengajar dengan normal baharu ni pada mulanya terasa tak puas hati. Eh sampai skrg pun saya rasa kurang puas hati sebab tak dapat melihat wajah ...

Raya at home Aidilfitri 2020

Image
Assalamualaikum semua, Meriah tak sambutan Aidilfitri korang kali ni? Banyak buah juadah raya dan kuih tak? Beraya dengan keluarga besar ke macam mana tadi? Sesungguhnya Allah menduga umat-Nya yang mampu menghadapi ujian-Nya, kan? Mari kita mulakan dengan memegang kata-kata tu agar kita ni sentiasa redho apa adanya. Ujian demi ujian pastinya adalah untuk menambahkan keimanan kita kepada Allah. Ok cerita pasal raya kali ni. Anak-anak pastinya yang paling gembira bila raya. Pada mulanya Naim dah macam tak nak beraya sebab kami putuskan tak pergi beraya ke rumah kakak di Keramat, jadi Naim kecewa sangat. Siap moncong dan hentak kaki lagi pada hari kami bagitahu pasal beraya di rumah tu.  Namun, budak-budak kan? Kejap je mood dia tu. Bilq tiba hari raya ni dia ok je rupanya. Anakanda berdua ni nampak gembira je seharian tadi kerana dah habis puasa sebulan. Alhamdulillah puasa kali ni kedua-duanya dapat berpuasa penuh. Budak ni terutamanya, sangat bangga dengan pencapaiannya. Da...