Diet secara sihat

Saya rasa isu diet ni memang tak dapat dipisahkan dengan perempuan..  Kebanyakan perempuan memang rasa gembira kalau badan tak naik berat kalau dah makn banyak kan?  Kalau naik berat tu mula rasa nak diet.  Ada masanya cakap di mulut je lebihnya,  diet ke laut jugak akhirnya. 

So,  kat sini saya catatkan kejayaan diet saya yang boleh dikatakan sekali seumur hidup saya ni komited dengan diet bersungguh-sungguh.   Alhamdulillah berjaya turunkan berat badan sikit.  Kiranya impian di tahun 2019 ni salah satunya ialah nak menurunkan berat badan yang naik semasa cuti yang lalu.

Apa yang saya amalkan semasa tempoh 14 hari ialah minum banyak air kosong,  sekitar 2.5 L hingga 3.2 L sehari.  Selain tu,  tak minum air manis langsung.  Saya juga hanya makan nasi sekali untuk tengah hari , itu pun dua hari sekali je ambil nasi.  Nasi pun suku aje.   Makanan lain pilih yang dibakar atau sup.. Tidak ambil kuah.  Banyak makan buah dan sayur.  Jajan,  makanan segera,  gula-gula coklat semua tak sentuh..  Turun 4+kg dalam masa 14 hari.  Oh,  lupa sebut pulak,  dalam tempoh tu saya buat senaman ringan macam lompat tali 100-200 kali sehari dan selali sekala jogging 15-30 minit. Bersemangat bila nampak hasil setiap kali timbang.

Sekarang sampai akhir Mac ni masih lagi berat 48-49 kg.   Tapi sekarang saya dah tak amalkan diet serius macam di atas,  cuma saya pantau makanan sahaja.  Pastikan tak ambil yang berkalori tinggi kerap sangat.  Kalau dah makan,  biasanya hari seterusnya saya kawal..  Alhamdulillah menjadi. . Oh,  lupa bgtau haritu saya mula diet pada 1Jan.

Apa tah objektif entry ni..  Haha,  xkisahla..  Sekadar mencoretkan saya pernah amalkan diet yang berjaya.. Ingatkan lepas beranak anak ketiga dah tak dapat berat angka 4 dah.   Lega la kini dah ada berat gitu.   Taklah obses nak jadi macam kerengga pun,  sekadar beringat bila usia dah meningkat ni.  Nak sihat juga nak bahagia. 
 Sis yang 48kg.. Haha. . Makan tetap makan.  Nampak pololes tu sebab henpon kawan sis ni memang menipu sangat.

Sekali sekala keluar makan dengan rakan baik memang tak kira kalori dah. 

Comments

  1. Wah best nya berat bawah 50...
    Tu berat akak masa kat bradford, balik mesia teruss naik 60... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. . Sejak bersalin tahun 2016 tu memang angka 5 je. . Saya pun tak sangka diet secara sihat yang bersungguh kali ni dapat capai 48kg. Alhamdulillah masih kekal 48-49 kg sehingga sekarang. Moga takla naik lagi. . Dah makin berusia ni nanti payah nak dapat berat ideal kalau dah naik banyak. . Sya pegang niat gtu je masa amalkan diet haritu..

      Delete
  2. Tahniah AN..... berjaya menurunkan berat.... Seronoknya lahai dengo cite orang yg berjaya kurus ni.... Tp seriouslah AN bukannya gemuk pun sebelum ni.
    Mak jugaklah nampaknya yg obesiti hahhaha...

    Yelah kan... nak kurus memanglah kena disiplin, ini awak tak disiplin, makan beger lagi, exercise dahlah tak seberapa hihi.... ada hati nak kurus ..... Emmm tahun depan ajelah start balik diet!

    ReplyDelete
  3. Wah komited betul AN.. Sy aritu buat IF yg kata turun 2kg ja pastu naik balik 2kg..ni tgj diet balik. Siet kalori ja.. Tu pun tak komited sgt.. Doakan moga istiqomah la.. byk lg nk kena turun ni. Nak naik senang, nk turun aduhai. hahaha pelan2 la janji turun kan Yg penting diet secara sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Itu yg kata sekali seumur hidup tu.. Kali ni mmg dpt serius betul.. Tak sangka dpt tahan diri jgn makan bukan2, bawa bekal sihat ke sekolah dgn gigih ya.. Ada hari yg bgn kul 4 pagi buat chicken grill, ikan bakar dan salad. . Potong buah mcm2 utk bekal sihat.. Tak sangka dpt buat. .

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1