Assalamualaikum semua.. Lama sungguh tak update blog.. Tetiba terasa nak menulis. 2018 ni nampaknya akan jadi tahun yang mencabar buat saya.. Tak tersangka Allah makbulkan doa saya dalam bentuk yang mengejutkan.. Ya Allah, sesungguhnya Kaulah Tuhan yang Maha Tahu dan Maha Mengetahui semua yang ada di dunia ini..
Tahun lepas rasanya saya banyak mengeluh.. Dapat banyak kelas hujung. Stress hadap anak-anak murid yang pelbagai karenah. Kerja sampingan yang banyak dan pelbagai pun rasa berat bahu memikul. Penah saya mengeluh, mengharap semua yang saya rasa terbeban tu ditukar.. I wished so.. Pada masa tulah. Nak dijadikan cerita, 2018 ni mulanya saya rasa aman sangat, sebab tahun ni saya tak langsung mengajar kelas belakang. Suasananya memang aman dan saya macam rasa bermimpi, datang ke sekolah setiap hari tak rasa pening dengan kenakalan murid.. Bila suami tegur nampak keceriaan saya, saya menjawab, " kan dah cakap, mengajar kelas belakang dan kelas depan memang lain situasinya. Bukan cikgu ni nak pilih, tapi bila ajar kelas depan, budaknya tak nakal dan bersungguh nak belajar". Rasa macam impian jadi kenyataan.
Tapi, itulah kehidupan. Tak selamanya kita akan bahagia dan selesa dengan pilihan kita. Pasti kita akan diuji. Susah pun ujian. Senang pun masih dianggap ujian. Selama dua bulan saya berbahagia dengan kegembiraan yang ada, tetiba dikejutkan dengan berita saya dipindahkan ke sesi pagi kerana menggantikan rakan guru yang berpindah sekolah. Oooooooooow.. Rasa macam berada di hujung jurang pada masa tu.. Tak pasti apa yang bakal berlaku kalau terjatuh ke bawah, malah tak nampak pun suasana di bawah jurang itu.
Jadi, selagi bergelar SYMP, maka kenalah berubah suasana mengikut arahan. Selepas 11 tahun selesa mengajar murid menengah rendah, kini terpaksalah menelaah setiap buku yang ada untuk mengajar murid menengah atas. Jawatan yang membebankan saya nampaknya Allah tukarkan dalam bentuk dugaan lain pula yang kena saya hadapi.. Semoga saya diberikan kekuatan. Sesungguhnya Allah tak uji umatnya dengan kesusahan yang tak mampu ditanggungnya.. Baru sebulan ni, panjang lagi masa dan insyaAllah boleh saya hadapi ini.. Detailnya biarlah Allah yang tahu, luahan umatMu ini dalam hati dan solatnya, moga diterima..
Dah besar nampaknya si kecik tu,lama tak dengar cerita. InshaAllah setiap apa yang Allah berikan pasti.ada hikmah dan kebaikkannya kan
ReplyDeleteSemoga cikgu diberi ketenangan dan kemudahan dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa oleh Ilahi.
ReplyDeleteTahniah dan.semoga terus success
ReplyDeleteMengajar kelas hujung mungkin memerlukan cikgu yang lebih berdedikasi dan mempunyai kemahiran luar biasa.
ReplyDelete