Welcoming our new family member

Assalamualaikum.
Ambil masa lama nak siapkan entry pasal ahli kelima famili kami ni, tetapi saya bertekad nak publishkan juga entry pasal kehadiran bayi ketiga ni. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan kurnian-Nya kepada kami. Tiga anak lelaki yang comel bakal menjadi sumber kegembiraan dan melengkapkan lagi rumah tangga kami.

Kelahiran bayi ketiga kami pada 19 September 2016, jam 8.56 pagi menandakan juga kilang dah tutup. Doktor terus buat BTL(ikat peranakan) sekali dengan pembedahan mengeluarkan bayi. Mungkin pengalaman yang biasa atau tak dapat difahami oleh orang yang tidak melaluinya, tapi bagi saya melalui proses pembedahan LCSS ini merupakan satu pengalaman ngeri. Namun, berjaya juga saya tempuhi sebanyak tiga kali. Betullah orang kata, kalau bercakap pasal pengalaman bersalin ni, kita mudah lupa kesakitan yang kita tanggung apabila sahaja kita lihat bayi yang dikandung sembilan bulan tu selamat berada di samping kita, sempurna sifat dan pastinya pada saat tu, kita akan rasakan yang itulah bayi yang paling comel yang kita pernah tengok. Oh anakku😍😘😘😘😘.

Tarikh 19 September tu, doktor yang tetapkan. Sebelum tu, saya cuba dapatkan tarikh pada hari 1 Malaysia, kononnya nak tarikh cantik. Tapi, doktor nak juga buat pada tarikh 19hb tu kerana katanya elok bagi bayi membesar dalam perut, lagipun pada tarikh tu bayi berusia 38w 4d. Itu pun keluarnya baru 2.8kg. Tulang sahaja! Tengok bayi masa awal kelahiran tu, saya teringat keadaan Naim, pun sama je kes kurang isi tu. Kedua-dua Ahmad ni pun lahir pada 38w. Berat diorang pun lebih kurang sama je. Papa N ok saja, katanya lawa tarikh 19.9 tu. Eleh, semua lawa.. masa Naim lahir 22.3 pun katanya lawa juga tarikh, sebab nombor berturut. Tarikh lahir Nazif pun katanya lawa juga sebab 7.8. Abis tarikh lahir bini je tak lawa ye? Asyik lupa je bila birthday i ni ye...😭😭😭

Kisah yang tak dapat saya lupakan, dan insyaAllah bakal menjadi peringatan kepada saya bila saya menghadapi masalah pada masa hadapan nanti ialah kali ni, saya menyaksikan sendiri proses doktor menjahit luka di perut saya. Entah bagaimana boleh berlaku, selepas doktor keluarkan bayi, tetiba saya lihat di lampu yang berada di atas kepala saya tu, ternampak proses doktor sedang melakukan kerja menjahit luka. Mulanya, saya panggil doktor bius yang berada berdekatan, nak minta ditutup kembali kerana terasa gerun sangat masa tu. Namun, doktor bius tu pada masa tu sedang bersembang dengan nurse tentang sesuatu, maka dia tak dengar panggilan saya. Jadi, disebabkan badan bahagian bawah dah diberikan bius, maka saya menyaksikan proses tu tanpa ada rasa sakit. Terus pada masa tu teringat pesanan mak saya, perkara yang sakit, takut atau mengerikan yang pernah kita alami dan berjaya dihadapi dengan baik, kita jadikan sebagai panduan hidup kita. Lain kali kalau kita menghadapi kesukaran, kita boleh teringatkan perkara tersebut dan kuatkan semangat kita sendiri nanti. Mau tak ngeri tengok perut sendiri dijahit depan mata!!!πŸ˜•πŸ˜·πŸ˜·πŸ˜·. Korang raseee??

Seterusnya keluar dari OT tu, saya dibawa ke wad. Pembedahan dua kali sebelum ni saya tak pernah merasa sangat kesan ubat bius selain kebas dan kesan biasa. Tapi kali ni, saya diuji dengan pening, muntah dari tengah hari sampai ke tengah malam, kesejukan badan sehingga menggeletar badan dan dapat diredakan kesejukan tu dengan enam lapisan selimut. Berikutan muntah sepanjang hari, seterusnya perut pula kembung tahap dewa. Diberikan ubat angin pun saya tetap kembung dan perut terasa macam tegang belon. Dugaan lagi !!😭😭😭😭😭😭😭 Namun, insyaAllah ada rakan-rakan sewad yang memahami, salah seorangnya rakan guru yang ditahan kerana mengalami masalah semasa kehamilannya, jadi beliaulah yang banyak membantu dalam fasa saya tidak sihat dan lemah tu. Moga dimudahkan proses bersalin rakan tersebut, sempat tahu namanya Nurul je. Tak sempat berbual panjang pasal asal usul bila badan tak sihat hari tu.

Bila dah balik ke rumah, yang pastinya insan yang paling gembira ialah abang Naim dan Nazif. Asyik tenung adiknya sahaja untuk tiga hari pertama tu. Tak kira adik tidur, menyusu atau berak kencing, semuanya nak diperhatikan. Siap senyum lebar lagi setiap kali dengar adik meneran nak berak. Berkali-kali Naim luahkan kegembiraannya bila ahli keluarga dah bertambah menjadi lima orang. Seronok dah lima, katanya! Tak tahula dia betul maksudkannya atau dia terpengaruh dengan mana-mana cerita tv. Yang paling tak tahan, beberapa kali dia minta saya dailkan no telefon ibu(kakak saya) dan dia sendiri mengajak ibunya dan kakak( sepupu-sepupunya) datang ke rumah kami untuk melihat adiknya yang comel. Sabar ajelah kan.. Namun lega la bila kedua-dua Naim dan Nazif tidak menunjukkan sikap jeles atau tidak senang dengan kehadiran adik diorang ni. Sebaliknya cukup ceria sekali mereka dengan kehadiran adik baru.

Nampaknya lain harila saya sambung lagi entry pasal baby Nazmi ni. Belanja gambar baby sikit ye..

Baby semasa di wad, hari kedua. Nampak chubby je muka padahal kalau tengok memang tulang aje.. bengkak air kan?
Yang pasti baby ni paling lebat dan hitam rambutnya.

Baby pada hari ke 12. Masa ulang alik ke klinik untuk periksa tahap kuningnya. Siang banyak tidur namun menyusu boleh tahan, sampai kembung mamanya asyik minum untuk menggalakan penghasilan susu badan. Harapnya kuning baby cepat ok, sian dia asyik kena ambil darah je.. 

Nati update lagi ya..

Comments

  1. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun terpaksa melalui pengalaman yang agak menakutkan kalau bagi akak tu..Selamat berpantang, dah sihat betul2 nanti bagitahu yang boleh melawat baby Nazmi yang comel nih..Suka Naim ya dapat baby, bagus tu jadi abang yang baik pada adik2 tu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nati bolehla akak dtg.. saya bg msj nanti ye..

      Itulah kan, kalau xde pengalaman perit , maybe kita ni tak rasa bersyukur dan menghargai apa yg kita ada kan..

      Delete
  2. alhamdulillah
    tahniah buat semuanya
    smga baby nazim sihat sihat sentiasa. aamiin

    betul lah tu kata papa mmg cntik no no tu..

    kes akak sma dgn adikipar saya.pon bru lps bsalin ank no 3 .operate kali ketiga dpt bby girl.terus ikat juga.
    selamat berpantang buat akak. take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq cik su.. cik su bila nak tambah ahli lg? Rania dah besar tu, dh boleh jadi kakak dh..

      Haha.. 19.9, mmg nampak cantik kan.. syukur la apa yg ada. Kawan saya yang cina kata tarikh tu bagus.. moga bb pun membesar jado orang yang baik..

      Delete
    2. Tq cik su.. cik su bila nak tambah ahli lg? Rania dah besar tu, dh boleh jadi kakak dh..

      Haha.. 19.9, mmg nampak cantik kan.. syukur la apa yg ada. Kawan saya yang cina kata tarikh tu bagus.. moga bb pun membesar jado orang yang baik..

      Delete
  3. tahniah untuk kelahiran ahli keluarga kelimaπŸ˜ƒ
    selamat berpantang untuk mama juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq imm.. itulah, dah 13 hari ni. Kejap je rasa nak abis pantang..

      Delete
  4. Tahniah atas kelahiran ank ketiga.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..tahniah AN dah tambah sorang lagi hero

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama la ye acik, tiga heroes in the house.. tq acik erna

      Delete
  6. Ouch, saya yang baca pun rasa ngilu jer baca pengalaman tu..
    Ada juga kawan2 pernah cerita benda yg sama...

    Lebatnya rambut Nazim...

    Ha, setuju...
    Rasa baby kita la yg paling cantik..
    Aisyah pun selalu kata mcm tu, "Our baby is the prettiest baby in the world"! hahahaha

    ReplyDelete
  7. Tahniah Ain! Bertambah hero sorang lagi di rumah tu :)

    ReplyDelete
  8. Semua na na na ye..
    Mcm family nabilah la.
    Nazif tu nama abg, naim nama adik, nazmi anak saudara..
    Tahniah AN, semoga anak soleh semuanya..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... tahniah aisy & family atas kelahiran ahli baru.. seronoknya bau baby.. nmpk je muka anak, hilang rasa gementar..
    Ngerinya tgk perut kene jahit..😨😨😨
    Tp pengalamankan.. Allah nk bg tgk, ada la hikmahnya tu..
    Kalau ira xtau la camne, mau pejam mata je.. sedangkan video ceaser yg org share kat fb tu pun x sanggup nk tgk..terasa2 mcm perut sendiri..😦😦
    Selamat berpantang..
    Comeynya baby nazmi.. smga jadi ank soleh ye.. sebaya aisyah la ni..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Selesai sudah satu lagi pengalaman berharga ya AN. Sakit macamana pun bila tengok baby Nazmi, hilang semua perasaan takut, kecut perut, ngilu, ngeri dan sebagainyakan. Tinggal satu perasaan aje yang tinggal - gembira ^_^

    Memang lebat rambut baby. Ada orang kata kalau baby 'kurus' lahir, nanti dah besar chubby. Macam tulah anak-anak saya - Abang lahir 2.91kg, Adik lahir 3.1kg tapi tak tahulah betul ke tidak! Kalau tengok anak-anak AN, semuanya slim melim kan dah besar!

    Oh, seriaulah kalau tengok doktor jahit perut. Masa saya tu hari pun sama tapi saya minta doktor 'pengsan'kan aje saya. Tak mahulah saya tengok. Bab kebas tu AN, masa anak sulung saya lama tau kebas tu hilang. Anak dah umur 3,4 tahun pun masih terasa kebas di bahagian bawah perut. Tapi alhamdulillah saya takda masalah dengan kedua-dua kelahiran. Rezeki saya mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh boleh minta pengsankan ye? Xtahu la pulak. Sy ikut he apa doc buat.

      Haha, anak anak sy kalau maknya rajin masak agaknya boleh banyak juga berat badan. Ni maknya malas masak, jd diorang takla makan byk mana. Dh la jenis xduduk diam..
      Seronok baca atau dgr orang yang cakap dia xde masalah masa operate bsalin.. , rezeki korang baik sangat tu. Orang baik sangat ni.

      Delete
  11. Alhamdulillah. Tahniah =)
    bertambah penyeri dlm rumah..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, bertambah lagi umat Muhammad...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  13. Tahniah AN....Memang betul. Itulah perasaan sorang ibu. Perasaan yg tidak dapat digambarkan dengan kata kata tatkala berjaya melalui saat getir dan melihat anak yg sempurna sihat tubuh badan dalam dakapan.

    Samalah kita AN, sudah tutup kilang. Tapi yg pasti production tetap on haha...
    Kira besarlah jugak tu 2.8kg. Anak okje paling besar pun cuma 2.5kg tau. Bayangkan ajelah apa yg ada tu?

    Yelah gambar yg baru lahir tu nampak mcm chubby je pipi dia. Tak pe lepas ni montellah tu. Nampak iras Naimlah Nazmi ni....

    Selamat berpantang ye dan strugglelah sangat nak dapat berat yg diidamkan....nyampah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okje badan kecil lg drp saya ni, tu yang anak-anak kecil. Sy pgnant tiga kali berat max 60kg , anak paling berat nazif, 2.98kg.. saya duk rasa diorang nampak kecil sb kalau anak kakak2 sy selalunya lebih 3kg. Memang semangat masa lahir.

      Haha, tq doakn berat ideal idaman sy kembali.. aminnnn

      Delete
  14. Terlewat dtg sini..apapun alhamdulillah semuanya selamat kan cikgu... mcm2 pengalaman melahirkan tu..hanya Allah yg mengetahui.. 2.8kg tu sama dgn berat anak sy masa lahir. Sukanya 2 hero tu menyambut adik baru ye... moga terus membesar dgn sihat baby.. :)

    ReplyDelete
  15. Salam kenal AN. Akak ni KB. Dalam Aweks Blogger tu ada ajer kita tp tak pernah kenal pun sblm ni ye. ^_^

    Tahniah dpt bby baru. 3 anak, 3 mcm pengalaman AN. Serupa akak jugak! Bersalin anak pertama dlu dh tertgk org lain nk meneran, tersembul kpla anak dia, seriau akak. Kalau nk diceritakan 4 pengalaman jenuhlah nak mbaca nnti.
    Anyway, slmt berpantang. Birthday Naim sama dgn anak bongsu akk 22.3 juga.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah congratulations again AN..pengalaman mengerikan awat tak tutup mata AN..seriau ehh.hehehe..

    Tak cukup isi apanya just nice ka tu berat lahir nazmi.yg penting comel sihat dan selamat..

    Klu smp 40w boleh pi 3kg kot.hehe..takpe tu kiat menyusu tu nti mesti bambam

    ReplyDelete
  17. tahniah.. hero lagi yer.. takper cuba lagi.. sama jugak yer kes kita kuning ehh

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah...
    Tahniah kak.,,
    Smoga baby trs mbesar dgn sihat hendaknya..
    Bertambah meriah lah lps ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1