Adakah anak-anak kita seronok beraya?

Assalamualaikum semua.
Seingat saya, sepanjang usia saya ni, terutamanya sebagai kanak-kanak dan remaja, hari raya ialah hari yang cukup dinantikan dan sangat dirasa kegembiraannya pada hari tersebut.

Dah menjadi kebiasaan saya, minggu selepas hari raya macam ni, saya suka memberikan tugasan supaya murid-murid menceritakan pengalaman hari raya mereka. Apa yang saya dapat selalunya tidak semua yang menulis. Kelas pertama semalam, pelbagai alasan diberikan untuk menjawab keengganan menulis. Ada yang mengatakan hari raya bosan kerana tiada ke mana-mana, tiada saudara mara datang, hanya makan dan menonton tv di rumah sahaja. Ada juga yang memberikan alasan pergi beraya di satu dua buah rumah dan hanya mendapat beberapa ringgit duit raya, jadi tiada apa yang nak diceritakan sangat.

Bagi saya terkejut. Bukan perkara baru ni, tapi bila menghadapinya buat saya terfikir, kita yang dewasa ni kalau membiarkan perkara ni terjadi kepada anak-anak kita, adakah kita ni tak prihatin, pentingkan diri atau mungkin tak sedar?

Bukankah sepatutnya apa sahaja hari perayaan patut diraikan lebih daripada yang biasa? Tak bermakna perlu lebih wang, tapi mungkin tenaga dan masa yang dikorbankan supaya kemeriahan tu anak-anak dapat rasai. Dapat anak bezakan Hari Raya dengan hari biasa???

Comments

  1. topik yang menarik nih, bagi akak kita sebagai ibubapa yang perlu pastikan anak2 seronok dihari raya, anak-anak perlu faham apa maksud hari raya tu kan, tapi bagi anak2 yang dah besarlah,kalau anak2 akak tak faham lagi tu, cuma bila cakap raya je mereka dah seronok sebab dapat beli baju baru.

    bawa mereka jalan2 rumah saudara, bila anak2 tanya kenapa berjalan banyak2, akak jawab saja, hari raya ni lah kita nak jumpa sedara mara,dapat makan best2,dpt duit raya tu bonuslah hehehe.

    yang penting masa raya jangan biarkan anak2 hanya duduk makan dan menonton tv dirumah je, tapi bawa anak2 berjalan rumah sedara, tapi ye lah anak2 kecik lagi bolehlah bawa, bila besar takut anak2 dah takmahu ikut berjalan pulak, itu kena fikirkan cara lain pula bila anak2 dah besar nanti, harap2 anak2 masih mahu ikut ke rumah saudara, barulah terasa kemeriahan dan keseronokan dihari raya

    ReplyDelete
  2. Menarik topik ni. Yang penting masa raya ibu bapa kena habiskan masa bersama anak-anak. Jangan main gadget je kerjanya dan tgk tv. Biarlah berjalan kan..

    ReplyDelete
  3. Ha ah aisy...bila anak2 dh besar diorg fhm dah bgi yg kecik2 tu..ofkoslh nk seronok duit raya,jln2..masa nilah pun nak jumpa sanak saudara..yg sedihnya masing2 pgg hp termasuklah yg tua2..tu..

    Knor suka raya rmh sndiri lgi..anak2 pun nampk tak kisah jer...pergi rmh opah blh suami lps tu balik..anak2 tak rapat dgn diorg..klu ajak jer semua lemau...terasa boring itu...sabar jerlah

    ReplyDelete
  4. Pelik juga tu Aisy.
    Jarang zmn2 kanak2 kita dulu raya tak best. Bg seorang kanak2... raya adalah yg paling best dlm diary sepanjang thn.

    Mengikut apa yg I nmpk.. anak2 I pun mewarisi keriangan yg sama .. walau kami sambut secara sederhana.. alhamdulillah. Tambah2 pulak taun ni dpt menyambutnya dgn kedua nenda mereka.

    Harus difikirkan kenapa murid2 Aisy tu x happy di hari raya. Kena buat research tu.. hehe.

    ReplyDelete
  5. Dasyat juga ye remaja selarang.kesian dah tak merasa kemeriahan raya macam kita2 dulu.
    Walaupun raya sekarang ni tak semeriah kita waktu kanak2..sy tetap bawak anak2 beraya rumah jiran2 dikampung...lawqt sedara mara yg sempat..supaya depa pun dpt merasai dan menikmati raya..

    Betul kata AN..klu dibiarkan boleh jadi parah ni..

    ReplyDelete
  6. Satu realiti yg tak boleh dinafikan Aisy. Zaman kakak dulu kalau hari raya kami berkumpulan menerjah dari satu rumah ke satu kampung tanpa rasa prejudice. Selamat petang tiba rumah masing-masing. Anak sekarang kalau ada kehendak pun ibu-bapa ada sedikit rasa cuak terutama bab keselamatan. CULIK! satu perkataan yg sudah cukup menggegar jantung. Takut kan...

    ReplyDelete
  7. Ank LM hepi kot?ye lah sabtu dh balik..raya dua kg..jumaat dh blk umah..sempat.kemas,rehat sblm sekolah hari isnin.ba duit raya mmg x byk.dpt..zaman.ekonomi gini phm je la

    ReplyDelete
  8. Bagi budak2 kecik, diaorg seronok aje kan beraya ni..
    Tapi budak2 besar ni tak tau la.. masing2 layan game, gajet, tv.. sedara dtg beraya pun dia mcm x kisah je.. salam je, pastu smbg semula main game.. berbeza dengan kita dulu..
    Sesuatu yg perlu diambil berat ni utk kebaikan generasi akan dtg..

    ReplyDelete
  9. Kannnnn.....dulu raya kemain meriaaah....kesiaan dorang x dpt rasa semua tu

    ReplyDelete
  10. Pergh!!! Ni yg seram ni kalau cikgu dah buat tanda soal haha....mcm nak jawab SPM weyh .....

    Agaknya apa yg diaorang nak pada Hari Raya yg boleh buat mereka tak bosan ek?
    Renung renugkan lah...hihi

    ReplyDelete
  11. zaman kita dgn zaman ank2 skarang sgt berbeza..
    zaman kita dulu betul2 terasa kemeriahan nya, bermula dr bulan puasa lg..

    ReplyDelete
  12. Itulah masalahnya, AN. Anak-anak saya sendiri langsung tak teruja nak membeli pakaian raya dan persiapan raya. Yang jadikan mereka teruja hanyala sebab dapat pulang ke rumah kakak saya di kampung. Yang membezakan raya dengan tak raya adalah bila mereka dapat berkumpul ramai-ramai dengan sepupu yang lain dan main bunga api (bunga api aje, mercun Mommynya tak benarkan!) Selain tu, mereka tak tahu pun apa erti raya.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1