Serba sederhana
Assalamualaikum semua.
Dah selesai Ramadan ketiga nampaknya kita ye. Dua hari pertama seronok sangat sebab kami berpuasa di kampung. Bila sebut berpuasa di kampung, pastinya menu berbuka dan bersahur cukup meriah.
Bila dah balik ke rumah sendiri, mulala menggaru kepala nak memikir apa menu yang nak dimasak untuk berbuka. Tanya Papa N, katanya masak aje yang simple-simple. Aduh, itu bukan menu bang oi, jawapan tak membantu langsung. Kang si bini minta dibawa makan kat hotel baru tahu!. Mesej pula kakak dan kawan yang berdekatan. Dapatla juga tahu menu diorang, tapi di hati sendiri tak berkenan pulak.
Kebetulan masa tengah fikir tu, saya terbaca semula mesej seorang rakan yang mengkhabarkan berita kematiaj arwah bapanya tengah malam 1 Ramadan. Maka, timbulla keinsafan di situ. Lega dua hari yang lalu dapat makan dengan ibu ayah kat kampung. Moga Allah panjangkan usia ibu ayah saya.
Maka dengan penuh keinsafan,saya masaklah ikutla hati, masak dengan bahan yang dibawa dari kampung digabungkan dengan bahan sedia ada dalam peti sejuk kami. Hasilnya, menu hari ketiga kami ialah, jeng jeng jeng..cukup sederhana..
Sedap2nyaa!. Kerabu memang my favourite. Tq Aisy berkongsi resepi.
ReplyDeleteItulah..kalau kat rumah mak saya, ramai yg akan berebut makan ulam ni
Deletealhamdulillah tetap nampak sedap dan berselera
ReplyDeleteKerabu tu sedapnya..tu yg paling menambat selera tau AN..menu dikampung yg pelbagai tu mana..mesti tak sempat snap ni..hehe
ReplyDeleteHaaha.. mana sempat nk snap,penat puasa masa tu.. haha.. tgu ngap aje.. kang keluar hp kang ada kena sound pulak
DeleteLauk gini mmg fev simple n sdppppp kecur tgok siang2 ni...hahha sabar jerlh
ReplyDeleteseronoknya dapat berpuasa dikampung mesti meriah dengan juadah kan. akak esok baru nak balik kampung berpuasa dengan family en.azmi.
ReplyDeletesederhana pun nampak menarik dah menunya tu ha. nak mencuba kerabu ada ikan pula, maklumlah akak ni kurang sikit berkawan dengan ikan hehehe
Buka simple-simple aje lagi best. Lauk yang payah nak masak tu, kalau tak habis nanti membazir pulak jadinya. Ini tips dari orang malas sebenarnya, AN ^_^
ReplyDeleteEntahlah kali ni puasa tekak saya asyik dok teringat ikan bilis+bawang+cili padi goreng. Nak ulang tayang banyak kali rasanya tau walaupun bawang tu kita susun elok-elok aje tepi pinggan!
Itu pun kegemaran saya.. mudah nk sediakan ikn bilis dgn bawang cili tapi sementara anak anak saya suka sambal ikan bilis ni kenala layan sambal ikan bilis..
DeleteAlhamdulillah menu simple & sederhana itu dah cukup baaik... tak perlu berlebih2an kan...
ReplyDeletekat kampung mmg meriah bila time sahur & berbuka..ya Allah mmg nikmat.. :)
sedapya asam pedas daging!! Alhamdullilah. berbuka dengan menu yang simple lagi sedap. yang penting tak membazir :)
ReplyDeleteHihi....yg mahal tu sebab sampai garu kepala nak masak apa....
ReplyDeleteNanti bila bila teringinlah nak buat asam pedas daging.
baru nk minta resepi kerabu ulam tu. nsb dh ade. terima kasih AN berkongsi..
ReplyDeletesedap ni kalau dibuat time berbuka..
sejak puasa ni tak buat lagi apa2 kerabu..
ReplyDeletesmlm ada bwk blk pelam hijau, dok plan nak buat kerabu.
tp xtau lg hari apa nak jadinya..
kerabu ulam AN ni pun boleh masuk list jgk, mmg suka sgt mkn kerabu..
y simple2 tu sedap kak..
ReplyDeletelya pom msk menu berbuka y simple n semua mkn.. sng