2 orang, 2 pesen, apa lagi kalau 40 orang

Teringat perjumpaan dengan ibu bapa pada minggu lepas, rasa lega sangat sebab ibu bapa yang datang tahun ni semuanya baik belaka. Haha, baik tu maksudnya tiada la berlaku perkara yang luar dugaan. Alhamdulillah lega sangat. Ibu bapa murid-murid kelas saya tahun ni nampak semuanya sangat prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan anak-anak mereka.

Ayat yang paling saya suka ialah, " Yelah, kita jaga anak sendiri dua orang dah dua ragam kita hadapi, kadang-kadang pening jugak, apa lagi cikgu yang jaga 40 orang murid ". Caption awak memang win la encik..sangat memahami, patutla berjaya sebagai bos besar!!  Merendah diri pulak tu, bila saya tegur yang encik tu lagi hebat sebab menjaga staf yang ramai, dia jawab yang dia pekerja biasa je.. jadi saya senyum jela. Tak nakla ingatkan dia jumlah pendapatan yang dia isi dalam borang maklumat murid tu sebagai Manager berapa banyaknya.

Pengajaran yang saya ambil sepanjang 9 tahun ni, peranan ibu bapa sangatla penting dalam membentuk akhlak dan kejayaan anak-anak. Tahun yang jadi guru kelas murid pandai, pasti dapat melihat ibu bapa yang educated dan juga nampak kesungguhan dalam mendidik anak. Manakala sekali sekala jadi guru tingkatan murid kelas belakang, juga dapat lihat karenah ibu bapa yang pelbagai sampai boleh kita kata, " Bapa borek anak rintik".

Moga Allah berikan kita hidayah dan panduan dalam mendidik anak-anak kita ke arah yang baik dan jadi insan penyejuk hati dan pembawa rahmat.

2 orang dua ragam. Si abang suka merengek masa di luar rumah, sebab pelbagai keinginan dia bial tengok macam-macam. Manakala si adik pulak akan baik mood masa keluar tapi kalau di rumah, dialah juara!! Ok sekian.

Comments

  1. sangat setuju..kejayaan anak2 tu sgt penting perlukan peranan ibu bapa..bab bapak borek amak rintik memang kebanyakan camtu.didikan anak2 kan bermula dr rumah

    ReplyDelete
  2. Betul tu, AN. Dua anak pun naik semput kita melayan ragamnya inikan pulak nak menjaga anak murid satu kelas. Itulah sebab saya tak mampu jadi cikgu yang baik macam awak, AN!

    Ibubapa kena ambil berat hal anak-anak sebab itu tanggungjawab kita. Kalau semuanya diserahkan kepada guru aje, susahlah jadinya. Bila apa mahunya tak menjadi, nak menyalahkan guru pulak sebab tak pandai mengajar anak murid. Salah dah tu sikap macam tu!

    ReplyDelete
  3. heheehehe mujur sorang ok kat luar, sorang buat peel ...kat umah pun mcm tu aisy...kalo due2 buat peel mau terbalik mak apaknyer keekekekeke tu laa anak2kan aisy, peel tak diduga...

    betul tu aisy, bukan semua kite leh lepas pada guru....kat umah mak pak pun kene amik bahagian jugak....jgn semua nak harap guru....byk keje guru oiii...

    ReplyDelete
  4. mmg besar pahala seorang guru..
    semoga dirahmati selalu AN, :)

    ReplyDelete
  5. Teringat masa perjumpaan ibu bapa kat sekolah anak hari tu. Bila bercakap pasal harapan ibu bapa dan cikgu, boleh pulak sampat menitiskan air mata depan cikgu huhu....
    Bila diperhatikan mmg penting peranan ibu bapa pada pembelajaran anak anak ni kan..

    Anak gitulah.....satu perut tapi peel lain lain...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..lamanya xkeudara diruangan yg disukai ini..rinduuu!!!!

    ReplyDelete
  7. memang peel anak2 ni berbezakan, hai kalau akak yang jadi cikgu tak tahulah macam mana gayanya, nak melayan kerenah 3 anak pun dah pening, apatah lagi yang satu kelas..memang tabiklah dengan cikgu2 ni ha.

    anak sulung ni sama agaknya, suka meminta macam2 pantang nampak apa yang disukai terus memujuk supaya dibeli, itu abg adamlah tu..

    ReplyDelete
  8. betul tu kak.. kena byk sabar mendidik ank2 org ni...
    syabas buat semua guru !

    mmg pnting hbungan baik ibubapa n guru dlm pkembangan anak2.. sememangnya..anak2 itu cermin ibubapanya.. hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?