10 wasiat Rasulullah kepada anakandanya Saidatina Fatimah Az-Zahra
1 . Darjat
" Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu."
2. Khidmat
" Ya fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah".
3. Mencuci
"Ya Fatimah, seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaiaan seribu orang yang telanjang."
4. Reda suami
" Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah."
5. Jiran
" Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum dari telaga kautsar pada hari kiamat kelak."
6. Pahala
"Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita berasa sakit melahirkan, Allah menetapkan baginya pahala sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal semasa melahirkan, Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan malaikat memohonkan keampunan baginya.
7. Ikhlas
" Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian kepadanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah."
lagi tiga kemudianla saya tuliskan ya.. tetiba terfikir banyak buku karangan yang dah 3 hari angkut balik dan kemudian angkut semula ke sekolah tak bertanda tu.. dahulukan apa yang patut.. moga kita semua mendapat hidayah-Nya sentiasa..
#setiapjumaatakanbuatentrydakwah

Suami adalah gudang pahala untuk seorang isteri, jambatan ke Syurga. Moga kita saling ingat mengingati ye Aisy..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. nanti sambung lagi ye..
ReplyDeletenak "ikhlas" tu 'susah', Allahuakbar, emmm
Betul.. ikhlas rahsia Allah je. Kita nk buat pun payah sgt
DeleteAda sambungan pulak...hihihi
ReplyDeletenasihat yang cukup bermakna ni
Mak-Ai tinggal tiga lagi pun Aisy ni betullah hihi...
ReplyDeleteSuspen aje.. bila nak sambung yg 3 lagi tu?
Adoi.. haha.. buat suspen ye? Tadi tetiba teringat keje byk, tu yg malas sambung taip.. kalau xpublish saya pulak rasa xok sb sejak mgu lepas sy bertekad nk buat entry keagamaan atau dakwah utk hari jumaat. Tu yang 7 je sempat pun dipublish juga..huhu..alkisahnya
DeleteLagi tiga aje tu, AN. Kalau taip dalam 10 minit selesai kot ^_^ Tetiba aje teringat kerja lain yang perlu diutamakan ya, kenalah buat kerja tu dulu. Nanti tak tenang pulak dalam hati, itu nak buat, ini nak buat serentak. Walaupun kita kata kita superwoman, adakalanya tak 'super' juga kerja ^_^
ReplyDeleteBaguslah AN nak berdakwah setiap hari Jumaat. Membaca entri macam ni adakalanya menyejukkan hati juga dan tetiba aje rasa macam nak sangat-sangat jadi Muslimah sejati habis!
Amin.. insyaAllah doa dan niat yg baik tu bakal jadikan kita insan yg lebih baik..
DeleteTulah, sejak 30an ni kena buat terus kalau teringat sesuatu, kalau x lepas tu biasanya asyik lupa je nak buat.. tu yg jadi terus tinggal blog masa teringat keje sekolah tak siap. Kalau x, pasti tak buat lg.
Alhamdulillah..
ReplyDeleteSemoga kita ikhlas dgn kerja rumah tu ye Aisy..
Banyak barakahnya..
Tulah kan.. nak iklas sokmo tp ada masanya tu mcm2 dugaan mendatang..
DeleteIn shaa Allah sama2 ikhlas dn mndiami syurga semuanya
ReplyDeleteAmin
Tqvm dear friend aisyh
Betapa tingginya darjat suami yg ditekankan oleh Rasulullah kepada anaknya tu kan AN.... Untunglah Papa N, dapat isteri yg solehah, dahlah manis orangnya, baik hati, slim pulak tu hihi...
ReplyDeleteSeriau weyh baca wasiat Rasulullah, mcm tak meet KPI jer hihi...
eh ada sambungan ke? baru rasa seronok menambah ilmu ni
ReplyDeletebaguih perkongsian cikgu AN ni
saya share di fanpage saya ye =)
betaoa xukup beruntung dilahirkan sebagai wanita ye..byk sungguhrahmat dari Allah yg tanpa kita tahu n sedar..Alhamdulillah..cuma bah jiran tu je kt sini takda semangat kejiranan.huhu..
ReplyDeletebileh plak tu ngelat lagi satu nk pending.Macam2lah..bak kata Afia.hahaha