Menikmati hari

Assalamualaikum.
Nampaknya cerah dan panas cuaca hari ni. Bagus sangatla tu kan. Dapat keringkan baju banyak yang ada di ampaian tu. Saja nak bagitahu yang semalam hari terakhir saya bertugas mengawas peperiksaan SPM. Wah, seronoknya bila hari ni dapat duduk kat rumah, menikmati hari cuti ni. Sambil buat kerja boleh relax, boleh tengok tv, boleh makan dan pendek kata santaila kan.

Ok, tak nak sambung panjang-panjang sebab hari ni misi saya nak kemaskan dapur. Nak sambung keluarkan dan susun semula barang di dalam kabinet dapur.

Sebelum tu, meh saya belanja satu gambar di Kota Bharu, tengah hujan lebat masa saya balik ke KB masa tu. Balik dua hari je selepas ke Penang hari tu. Mengejar masa untuk tugas SPM lagi masa tu.

Comments

  1. dah siap ke kemas kabinet dapur tu? rajin dia ye...

    hujan lebat ye...moga dilindungi dari banjir yang besar seperti tahun lepas, sedih rasanya mesti ada rumah yang betul2 siap dikemas, nak menghadapi banjir lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. belum siap lg..td terbabas tgk drama korea pulak.. huhu.. rajin sb jumpa lipas.. gerun, tu yang pulun keluarkan dan cuci lepas sembur baygon..

      Tulah.. moga kali ni takla banjir besar mcm tahun lepas lagi.

      Delete
  2. Dah boleh nak lunjur kaki baring rehat-rehat dah hero-hero comellah ye Aisy
    Cuti masih panjang lagi ni. Boleh balik ke KB lagi kalau nak.
    Tapi bimbang juga sana dah tengkujuh kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..betul sangat kata Kzakie ni.. tak rasa bersalah dah nak berlunjur kaki r baring rehat hari ni.. tak ada lagi tugasan rasmi menanti buat sementara ni. InsyaAllah kalau cuaca ok hujung bulan pula balik masa suami cuti krismas nanti..

      Delete
  3. waah, dh hbs ek...
    enSuami ada lg smpi 8hb..sobsob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. maknanya 2 hari lg la ye? Kejap je tu..

      Delete
  4. Oklah dh hbis..spm
    Tggu result jer.....

    Bolehlh rehat2 lps ni...

    ReplyDelete
  5. Legalah dah habis kerja ya. Jadinya, dah siap ke kemas dapur? Ke in between tu banyak perkara lain nak buat? Malam ni jangan lupa tengok episod akhir Achiara. Kalau tak best endingnya, nanti saya buat satu episod lain pulak ya ^_^

    Oh, dalam pada jaga exam sempat tu pergi Penang dan balik kampung ya! Lepas ni balik kampung lagi tak ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nak balik lg.. tapi tunggu suami cuti..

      Ha.. episod akhir dh. Saya tak sbr nak tahu endingnya macam mana.. mmg suspens cerita ni.

      Haha.. siap la ala saya.. nak berkilat kena panggil orang ler.. tp tuan sdiri buat, kemas ikut citarasa jelah. Hihu

      Delete
  6. Hari tu pun okje mengemas dapur AN....bukan mengemas sangat pun, lebih kpd menyusun sebelum ni, nama jer suri rumah tp dlm kabinet masyaallah, tunggang langgang haha...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1