Nazif dah pandai kayuh basikal

Petang tadi kami berbuka dengan makanan dari pasar ramadan je. Terasa malas nak masak dan sediakan bahan sebelum ke sekolah tengah hari tadi. Kebetulan sekali sekala tak sibuk di dapur masa petang, maka sempatla saya meluangkan masa untuk menemankan anak-anak pergi ke taman.


Entah sejak bila mulanya, tapi petang ni baru saya perasan yang Nazif dah pandai mengayuh basikal sendiri. Wah, tak sangka betul masa terpandangnya kali pertama tadi. Cepat-cepat saya keluarkan hp dan rakam aksi Nazif berbasikal tadi. Kemain si kecil ni, tak padan kaki tak berapa sampai untuk pusingan lengkap, dipusingnya taman tu berkali-kali sampai abangnya dah komplen yang dia tak dapat nak main basikal sebab adik asyik main je. Nampaknya basikal hadiah sempena hari jadi Naim keempat tu dah tak lama lagi sesuai dikayuh oleh budak hampir 3 tahun ni. 

Naim dah pesan tadi, " Mama belikanlah adik basikal baru, sian Naim tak boleh nak naik basikal". Haha, kongsi jelah bang oi.. 

Comments

  1. Tahniah nazif, dh pandai kayuh basikal. (^_^)

    ReplyDelete
  2. Wah, tahniahlah Nazif! Dah pandai naik basikal rupanya. Bukan main teruja nak mengayuh kalau tengok dalam gambar ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha itulah,ingat nk masukkan video.. lg nampak keterujaannya, siap ada satu masanya tu dia nk naik bonggol sikit, jadi tak lepas, dia macam marah siapa yang tarik drp belakang...haha, geli hati betul tgk part tu.. padahal dia yang tak larat nak kayuh

      Delete
  3. bagus nazif..lepas ni mama kena beli basikal barulah untuk nazif ye, kesian abg naim tak boleh naik basikal hehehe

    ReplyDelete
  4. Hahaha abg je lah minta basikal baru. Adik dah syok tu dpt pinjam basikal abg walau x sampai sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. cadangan yang menarik sangat tu. Betul juga kn..abang makin besar, patutla belikan basikal yang baru.. kalau beli tuk adik rugi nati, budak2 cepat besar

      Delete
  5. Wahhhh... Nazif dah karo basikal abang yeh. Sian Naim.....belilah 1 basikal lagi tuk Naim. ( Eh....senang jer okje suh beli ek hihi....) Beli yg beso sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kat rumah Okje ada basikal kak TLBD tak nk guna tak? meh bg Naim ?

      Delete
  6. kejap ye adik dah besar dah Boleh kayuh basikal sendiri.AN dah Boleh proses baru dah.hahaha

    basikal baru untuk abglah beli yg besar sikit..jadi adik ni main ajelah basikal abg.Boleh camtu nazif?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. demi basikal kena tambah anak ya?
      Haha.. insyaAllah kalau ada rezeki lagi..

      Ai.. sukala si naim kalau dpt basikal baru.. tk dululah camne.. setakat ni bg kongsi jelah.. jimat duit..hihu

      Delete
  7. hahaha.. pandai si abang ye. bila dh besar kena kongsi2 la

    ReplyDelete
  8. yeay dah pandai.
    sama la kak, su pon hujung hujung ni dh kurang nk berkungfu di dapur.hi hi i

    ReplyDelete
  9. nmpaknya kna belikan beskal baru utk adik ni

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?